Hargailah Perasaannya.

Kalau sayang, kata sayang
Kalau benci, kata benci
Usah menipu diri kerana egonya diri
Sampai masa menyesal diri

Kita selalu lupa menghargai apa yang ada depan mata
Kita selalu buta dengan apa yang menghargai kita
Bila tiada menyesal tak terkata,
Menangis tak sudah, .
Masa tu nak cakap apa lagi.
Tak cakap apa-apa dahkan.

Aku tak cerita pasal sesiapa, 
cuma meminta kepada mereka yang ada yang sayang
Hargailah, 

[Mereka Yang Tabah : Sentiasa menyembunyikan sedihnya hatinya disebalik senyuman manisnya]


Mungkin dia nampak diam, sebab dia sedang menahan tangisan
Mungkin dia nampak diam, sebab nak jaga hati anda
Mungkin dia nampak diam, sebab dia tak nak anda terus marah dia.

Tapi, 
Apa yang dia dapat?

......................................................
kalau suatu hari nanti dia dah tak ada.
Kita akan rindu semuanya tentang dia.
Percayalah,
Kita akan rindu senyumannya walaupun tak ada gigi
Kita akan rindu suaranya walaupun suaranya macam chipmunk
Kita akan rindu ketawanya walaupun ketawanya kalah pontianak
Kita akan rindu bebelanya walaupun mulutnya tak henti-henti bercakap
Kerana semua itu yang membuat kita lengkap bersamanya.


♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...