Harus Kau Terima Itulah Hakikatnya.

Itulah hakikatnya, 
Air mata seorang lelaki yang aku sangkakan kuat dan tabah, akhirnya gugur ke bumi.

Cukup untuk 3 tahun lebih aku mengenali dia,
Saat ini aku takut melihat keadaannya,
Keadaan yang sudah hilang pertimbangan.
Mungkin hilang sudah kekuatan hatinya.

Ya Allah, 
mengapa ini semua yang harus dia terima
Dia sudah cukup sakit.
Kau permudahkanlah semula urusannya.

Tangisan yang buat aku insaf seketika
Mungkin pengalaman pengajaran cerita dia, 
untuk orang sekelilingnya, untuk sahabatnya, untuk rakan-rakannya dan untuk dirinya sendiri.
Setiap pernafian yang keluar dari mulutnya, hanya kami sahabat yang mengetahui makna yang tersirat


Walaupun kau kata gembira,
Ternyata kau tipu abang!

Tangisan yang kau tahan, tangisan yang kau sembunyikan daripada cermin mata riben mu,
Ternyata tak mampu untuk kau sorokkan rasa dan apa yang kau rasa,
Maaf.
Aku tetap faham perasaan kau,
senyuman kau masih terasa pahit. 

Kau terduduk menahan sakit,
Aku dan tak terdaya melihat, tapi masih ada mereka menguatkan mu.
Cukup dengan tangisan yang kau sorokkan, 
Aku memahami apa dan segala yang kau rasa.


Sahabat, 
tiada yang lebih penting yang kami nak dari kau
Hanya menanti kebahagiaanmu buat kami.
Bukalah lembaran baru, mulakan hidup yang baru.
Sebagai orang yang baru . Inilah hakikat yang harus kau terima.

p/s : Kau selalu tanya bila aku dengan si dia nak tamatkan zaman bujang , ini jawapan adik kepada abang.
"Aku dan si dia dan berjanji, kalau kau dapat penganti yang betul-betul boleh membahagiakan dan menjaga kau. Baru kami akan teruskan niat itu. Jika itu jodoh kami. Mudah-mudahan. Kami tetap sahabat dunia akhirat kau."


♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...