Harus Kau Terima Itulah Hakikatnya.

Itulah hakikatnya, 
Air mata seorang lelaki yang aku sangkakan kuat dan tabah, akhirnya gugur ke bumi.

Cukup untuk 3 tahun lebih aku mengenali dia,
Saat ini aku takut melihat keadaannya,
Keadaan yang sudah hilang pertimbangan.
Mungkin hilang sudah kekuatan hatinya.

Ya Allah, 
mengapa ini semua yang harus dia terima
Dia sudah cukup sakit.
Kau permudahkanlah semula urusannya.

Tangisan yang buat aku insaf seketika
Mungkin pengalaman pengajaran cerita dia, 
untuk orang sekelilingnya, untuk sahabatnya, untuk rakan-rakannya dan untuk dirinya sendiri.
Setiap pernafian yang keluar dari mulutnya, hanya kami sahabat yang mengetahui makna yang tersirat


Walaupun kau kata gembira,
Ternyata kau tipu abang!

Tangisan yang kau tahan, tangisan yang kau sembunyikan daripada cermin mata riben mu,
Ternyata tak mampu untuk kau sorokkan rasa dan apa yang kau rasa,
Maaf.
Aku tetap faham perasaan kau,
senyuman kau masih terasa pahit. 

Kau terduduk menahan sakit,
Aku dan tak terdaya melihat, tapi masih ada mereka menguatkan mu.
Cukup dengan tangisan yang kau sorokkan, 
Aku memahami apa dan segala yang kau rasa.


Sahabat, 
tiada yang lebih penting yang kami nak dari kau
Hanya menanti kebahagiaanmu buat kami.
Bukalah lembaran baru, mulakan hidup yang baru.
Sebagai orang yang baru . Inilah hakikat yang harus kau terima.

p/s : Kau selalu tanya bila aku dengan si dia nak tamatkan zaman bujang , ini jawapan adik kepada abang.
"Aku dan si dia dan berjanji, kalau kau dapat penganti yang betul-betul boleh membahagiakan dan menjaga kau. Baru kami akan teruskan niat itu. Jika itu jodoh kami. Mudah-mudahan. Kami tetap sahabat dunia akhirat kau."


Sakit itu pasti sebelum kembali Bahagia :)

Perasaan dan cinta ternyata tak boleh dipaksa,
Tapi perasaan dan cinta mempunyai keajaiban yang tak kita sangka-sangkakan,

Perasaan boleh muncul tanpa disedari,
Cinta juga boleh muncul tanpa diduga,
Perasaan dan cinta mampu membuat manusia menjadi gila.
Perasaan dan cinta juga mampu menyatukan dua hati menjadi sejiwa.

Tapi perasaan dan cinta juga mampu menghancurkan manusia.

Kerana pengalaman manusia takut untuk mengaku akan perasaan yang dirasa.
Cuma diri sendiri yang mampu mengubah semua itu kembali ke asal,

Belajar menerima apa yang tertulis akan segala yang berlaku, 
Kerana segala yang jadi mempunyai makna yang tersirat dan tersurat,
Walaupun mengambil masa yang sangat lama untuk menerima segala hikmah yang jadi.

Ini kerana kita mempunyai bahagian dan takdir masing-masing.
Belajarlah menerima takdir dan hakikat dunia ini , 
walaupun ini semua sangat menyakitkan.
Namun, kau harus redha sahabat :)



Adakah Dia Dah Kembali ?

Lama sudah dia hilang senyumannya, 
Kini aku dan si dia sudah melihat serba sedikit senyumannya
Mungkinkah kau sedang bahagia wahai sahabat kami,

Aku dan si dia mengharap semula senyuman yang telah lama kau hilangkan
Mungkin ini masanya kau membuka hati kau untuk orang lain.

"Cukuplah aku melihat anas dan leena bahagia"
Sampai bila kau mahu kami bahagia , sedar tak sahabat?
Kami juga mahu kau bahagia.

Kerana pengalaman lalu,
Kau takut untuk kembali bahagia?
Kenapa?

"Kami bahagia, kerana sahabat.
Kami bertahan, kerana sahabat.
Tapi sedarkah engkau, kami juga mahu kau bahagia, kerana engkaulah sahabat kami"

Tag : ANAS SULAIMAN :)
Engkau tetap sahabat dunia akhirat Leena Alyna & Anas Mohamed.


♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...