Memohon Maaf , Memberi Maaf

Assalamualaikum,
Lama dah tak update blog ni. Sibuklah dengan semester 2 kat KLMU tu.
Lagi-lagi keluarga kami diuji dengan adik lelaki aku kemalangan, agak teruk sistem dalamannya.
Tapi alhamdulillah, semua baik-baik sahaja sekarang.

Awalan semester 2 ni, aku diuji lagi
Mungkin tak mudah bagi aku terima, tapi aku tahu Tuhan nak tunjuk sesuatu kat aku.

Sahabat, 
Aku hanya manusia biasa.
Aku hanyalah manusia yang tak pernah menyimpan dendam.
Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan cepat.

Memohon Maaf
Memohon maaf dari seseorang bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan.
Jatuhlah darjat kita kalau terpaksa memohon maaf.
Ego juga turut berperanan menghalang kita dari memohon maaf.
Akhirnya kita tidak langsung memohon maaf dan membiarkan kesilapan yang dilakukan berlalu begitu saja.

Hakikatnya...
MOHONLAH KEMAAFAN, MOHONLAH KEMAAFAN, MOHONLAH KEMAAFAN
kerana orang yang kita salahi itu insyaAllah akan memaafkan kita.
Kalau dia tidak maafkan pun, hati kita pasti LEBIH LEGA.

Memberi Maaf
Memberi maaf bunyinya macam mudah tapi hakikatnya tetap juga payah.
Mulut mungkin menyebut, "baiklah, saya maafkan" tapi hati mungkin belum ikhlas memaafkan.
Ada dalam beberapa artikel yang mengatakan diri kita akan lebih lapang dan tenang selepas memaafkan orang lain kerana ALLAH TURUT MEMAAFKAN KITA.
Alangkah bagus begitu.


Dari sini, aku hanya bertawakal dengan ketentuan ini,
Semoga Tuhan memberikan kami jalan untuk memulihkan semua dugaan ini.


♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...