Sebahagian Hati Di Kuala Lumpur.

Kesibukan melanda diri aku untuk 2 3 bulan ni
Untuk masa ini aku menempatkan diri di Johor Bharu.
Meninggalkan sebahagian hati di Kuala Lumpur.
Kawan datang melawat pun aku tak sempat jumpa. Sorry.

Minggu ni aku balik KL, 
Menemui keluarga dan sebahagian hati.
Menyelesaikan apa yang patut sebelum menjelang tahun depan.
Sibuknya....... Rindu yang teramat.....
9 Dis aku kembali ke JB.

Pejam celik, pejam celik.
Sudah hampir 2 tahun aku dan encik separuh liver ni. hehe 
Dugaan usah diceritakanlah, pahit getirnya aku, dia danNYA je yang tahu.
Bermacam sakit dan luka telah kami tempuhi, sakitnya.!

"Mempertahankan lebih susah dari menghancurkan"

Aku bersyukur, 
kini kami lebih bertindak matang dalam menyelesaikan masalah sendiri,
Bersama dia, buat aku lebih yakin menempuhinya.
25. Dis. 2011
Segalanya bermula disini :)

"Sebagai rakan, kita mendoakan baik-baik untuk sahabat untuk melihat mereka bahagia. 
Bukannya mendoakan perkara yang tidak baik untuk merekakan"

Hargailah Perasaannya.

Kalau sayang, kata sayang
Kalau benci, kata benci
Usah menipu diri kerana egonya diri
Sampai masa menyesal diri

Kita selalu lupa menghargai apa yang ada depan mata
Kita selalu buta dengan apa yang menghargai kita
Bila tiada menyesal tak terkata,
Menangis tak sudah, .
Masa tu nak cakap apa lagi.
Tak cakap apa-apa dahkan.

Aku tak cerita pasal sesiapa, 
cuma meminta kepada mereka yang ada yang sayang
Hargailah, 

[Mereka Yang Tabah : Sentiasa menyembunyikan sedihnya hatinya disebalik senyuman manisnya]


Mungkin dia nampak diam, sebab dia sedang menahan tangisan
Mungkin dia nampak diam, sebab nak jaga hati anda
Mungkin dia nampak diam, sebab dia tak nak anda terus marah dia.

Tapi, 
Apa yang dia dapat?

......................................................
kalau suatu hari nanti dia dah tak ada.
Kita akan rindu semuanya tentang dia.
Percayalah,
Kita akan rindu senyumannya walaupun tak ada gigi
Kita akan rindu suaranya walaupun suaranya macam chipmunk
Kita akan rindu ketawanya walaupun ketawanya kalah pontianak
Kita akan rindu bebelanya walaupun mulutnya tak henti-henti bercakap
Kerana semua itu yang membuat kita lengkap bersamanya.


Fuhhh, Berhabukk ~

Hei, 
Sangat dasyat habuk-habuk dalam blog ni.
Lama dah tak mengarang, ayat pun teruk dah berterabur ni.

Okey, lama dah tak menaip, x mengupdate sejak-sejak tamat praktikal Semester 2 kat Johor ari tu.
Ni dah nak pergi praktikal balik Semester 3 baru buat semua tu balik. hehe

Minggu lepas aku dan abang-abang aku dah buat kerja gila kat Putrajaya.
Saja nak menghilangkan bosan yang teramat ni.
Jadi dengan berbekalkan NIKON.
Kami mengila untuk photoshot ler.



#AbangHariz #AbangAnaz #CikLeena #AbangAnas


#CikLeena & #AbangAnas


#AbangAnaz #AbangHariz #AbangAnas #CikLeena


#CikLeena #AbangAnas #AbangAnaz

Sekian saja untuk hari ini, nantilah update lagi ye .

Harus Kau Terima Itulah Hakikatnya.

Itulah hakikatnya, 
Air mata seorang lelaki yang aku sangkakan kuat dan tabah, akhirnya gugur ke bumi.

Cukup untuk 3 tahun lebih aku mengenali dia,
Saat ini aku takut melihat keadaannya,
Keadaan yang sudah hilang pertimbangan.
Mungkin hilang sudah kekuatan hatinya.

Ya Allah, 
mengapa ini semua yang harus dia terima
Dia sudah cukup sakit.
Kau permudahkanlah semula urusannya.

Tangisan yang buat aku insaf seketika
Mungkin pengalaman pengajaran cerita dia, 
untuk orang sekelilingnya, untuk sahabatnya, untuk rakan-rakannya dan untuk dirinya sendiri.
Setiap pernafian yang keluar dari mulutnya, hanya kami sahabat yang mengetahui makna yang tersirat


Walaupun kau kata gembira,
Ternyata kau tipu abang!

Tangisan yang kau tahan, tangisan yang kau sembunyikan daripada cermin mata riben mu,
Ternyata tak mampu untuk kau sorokkan rasa dan apa yang kau rasa,
Maaf.
Aku tetap faham perasaan kau,
senyuman kau masih terasa pahit. 

Kau terduduk menahan sakit,
Aku dan tak terdaya melihat, tapi masih ada mereka menguatkan mu.
Cukup dengan tangisan yang kau sorokkan, 
Aku memahami apa dan segala yang kau rasa.


Sahabat, 
tiada yang lebih penting yang kami nak dari kau
Hanya menanti kebahagiaanmu buat kami.
Bukalah lembaran baru, mulakan hidup yang baru.
Sebagai orang yang baru . Inilah hakikat yang harus kau terima.

p/s : Kau selalu tanya bila aku dengan si dia nak tamatkan zaman bujang , ini jawapan adik kepada abang.
"Aku dan si dia dan berjanji, kalau kau dapat penganti yang betul-betul boleh membahagiakan dan menjaga kau. Baru kami akan teruskan niat itu. Jika itu jodoh kami. Mudah-mudahan. Kami tetap sahabat dunia akhirat kau."


Sakit itu pasti sebelum kembali Bahagia :)

Perasaan dan cinta ternyata tak boleh dipaksa,
Tapi perasaan dan cinta mempunyai keajaiban yang tak kita sangka-sangkakan,

Perasaan boleh muncul tanpa disedari,
Cinta juga boleh muncul tanpa diduga,
Perasaan dan cinta mampu membuat manusia menjadi gila.
Perasaan dan cinta juga mampu menyatukan dua hati menjadi sejiwa.

Tapi perasaan dan cinta juga mampu menghancurkan manusia.

Kerana pengalaman manusia takut untuk mengaku akan perasaan yang dirasa.
Cuma diri sendiri yang mampu mengubah semua itu kembali ke asal,

Belajar menerima apa yang tertulis akan segala yang berlaku, 
Kerana segala yang jadi mempunyai makna yang tersirat dan tersurat,
Walaupun mengambil masa yang sangat lama untuk menerima segala hikmah yang jadi.

Ini kerana kita mempunyai bahagian dan takdir masing-masing.
Belajarlah menerima takdir dan hakikat dunia ini , 
walaupun ini semua sangat menyakitkan.
Namun, kau harus redha sahabat :)



Adakah Dia Dah Kembali ?

Lama sudah dia hilang senyumannya, 
Kini aku dan si dia sudah melihat serba sedikit senyumannya
Mungkinkah kau sedang bahagia wahai sahabat kami,

Aku dan si dia mengharap semula senyuman yang telah lama kau hilangkan
Mungkin ini masanya kau membuka hati kau untuk orang lain.

"Cukuplah aku melihat anas dan leena bahagia"
Sampai bila kau mahu kami bahagia , sedar tak sahabat?
Kami juga mahu kau bahagia.

Kerana pengalaman lalu,
Kau takut untuk kembali bahagia?
Kenapa?

"Kami bahagia, kerana sahabat.
Kami bertahan, kerana sahabat.
Tapi sedarkah engkau, kami juga mahu kau bahagia, kerana engkaulah sahabat kami"

Tag : ANAS SULAIMAN :)
Engkau tetap sahabat dunia akhirat Leena Alyna & Anas Mohamed.


Permudahkanlah :")

Aku serahkan segalanya kepada-MU Tuhan.
Jika ini rezekinya,
Tolonglah permudahkan. Amin



Memohon Maaf , Memberi Maaf

Assalamualaikum,
Lama dah tak update blog ni. Sibuklah dengan semester 2 kat KLMU tu.
Lagi-lagi keluarga kami diuji dengan adik lelaki aku kemalangan, agak teruk sistem dalamannya.
Tapi alhamdulillah, semua baik-baik sahaja sekarang.

Awalan semester 2 ni, aku diuji lagi
Mungkin tak mudah bagi aku terima, tapi aku tahu Tuhan nak tunjuk sesuatu kat aku.

Sahabat, 
Aku hanya manusia biasa.
Aku hanyalah manusia yang tak pernah menyimpan dendam.
Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan cepat.

Memohon Maaf
Memohon maaf dari seseorang bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan.
Jatuhlah darjat kita kalau terpaksa memohon maaf.
Ego juga turut berperanan menghalang kita dari memohon maaf.
Akhirnya kita tidak langsung memohon maaf dan membiarkan kesilapan yang dilakukan berlalu begitu saja.

Hakikatnya...
MOHONLAH KEMAAFAN, MOHONLAH KEMAAFAN, MOHONLAH KEMAAFAN
kerana orang yang kita salahi itu insyaAllah akan memaafkan kita.
Kalau dia tidak maafkan pun, hati kita pasti LEBIH LEGA.

Memberi Maaf
Memberi maaf bunyinya macam mudah tapi hakikatnya tetap juga payah.
Mulut mungkin menyebut, "baiklah, saya maafkan" tapi hati mungkin belum ikhlas memaafkan.
Ada dalam beberapa artikel yang mengatakan diri kita akan lebih lapang dan tenang selepas memaafkan orang lain kerana ALLAH TURUT MEMAAFKAN KITA.
Alangkah bagus begitu.


Dari sini, aku hanya bertawakal dengan ketentuan ini,
Semoga Tuhan memberikan kami jalan untuk memulihkan semua dugaan ini.


Cinta Yang Tamat

Tamat cinta bukan istilah kau akan gila.
Hati risau melihat si sahabat ,
Hati risau melihat keadaan si sahabat ,
Kami risaukan kau ~

Sahabat ku ,
Dia tinggalkan kau bukan kerana kau tak cukup hebat untuk dia,
Dia tinggalkan kau, pecaya dia akan rugi
Percayalah,
Tuhan sedang mengaturkan kehidupan yang lebih baik untukmu

Lepaskanlah hati dia, daripada hati kau
Kerana jika dia untuk kau dia akan kembali
Dia sudah tunangan orang , sudahlah.



Mulut kau kata benci , hati kau tidak pernah.
Kami tahu. Usah berdalih lagi .

Kami risaukan kau sahabat ~

Maafkan aku, kerana sebabkan aku hanya menyampaikan amanah .
Kau mula terumbang ambing. :'(


Money, Ouh Duit ~

Pagi ini aku break first bersama buah ati kesayangan,
Petang ni nak balik kampung,
Tinggalkan dia untuk satu minggu. 
Rindu-rinduanlah dia nanti, hahaha.

Sampailah satu ketika
Aku dengan dia, mempersoalkan soal duit or money, samalah tu. huhu

"Duit bukan segalanyalah sayang"
(A say)

Kalau ayat-ayat jiwang biasa kita dengar,

"Sayang, duit bukan segala-galanya. Saya nak awak je"

Okey, kalau sekali pun kita nak kat dia.
Kita kena bayar gak kat mak ayah diakan.


Ingatlah,
Duit memang bukan segala-galanya bagi kita,

Tapi segala-galanya dalam dunia ini perlukan duit.
Tak ada duit, tak adalah segala-galanya untuk kita.

Credit to Anas Mohamed :)


Birthday Boy :)

Hari ini aku memberi kejutan buat si dia
25.Januari 2013 , genap hubungan aku dengan dia 1 tahun sebulan
Merangkap birthday si dia yang ke 22 tahun.

Sebetulnya aku akan pulang ke Kuala Lumpur pada 27.Januari
Tetapi demi menunaikan hasrat dan untuk berjayakan misi kejutan ini
Aku pulang ke Kuala Lumpur pada 24.Januari
Tanpa pengetahuan si dia

Maaf,
Terpaksa membuat penipuan ini demi berjayakan misi aku ini
Pada 25 Januari.


Aku bawakan kek untuk si dia,
Dan surprise untuk dia,
Di tempat kerjanya, aku nampak wajah terkejutnya dia

Terkejutnya dia atas kepulangan aku
Terkejutnya dia mendapat kejutan dari aku
Terkejutnya dia mendapat kek dari aku..

Nampak matanya berkaca.

"Hey sayang, selamat hari jadi. Ini kek untuk sayang" :)

Semoga panjang umur sayang, hope sayang suka :)


1 Year :)


25.12.2012
Muhammad Anas bin Mohamed
Terima Kasih kerana hadir dalam hati ini.
25.12 ini adalah hari penting buat kami.
Tetapi apa mampu ku buat,
Terpaksa dikorbankan masa kita.

Kesedihan terserlah,
Aku ke praktikal masa ini.
Bukan segaja meninggalkanmu saat bahgia ini.
Aku pergi untuk menuntut ilmu di sana.

Semoga kekuatan aku masih setia dihatimu
Jangan bersedih wahai cinta hati :)
Tunggu kepulangan ku ye :P

I love You :)


♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...