Jangan Berharap, jika Masih Belum Comfirm :")




Sakitnya bila dikhianati,
Sakitnya bila hubungan yang sedang dibina rapi musnah.

Pernahkah kita terfikir,
Sebab kita terlampau berharap menjadikan kita mudah lupa yang keseronokkan kita, kebahagiaan kita sekarang ini hanya pinjaman.
Sampai masa Allah mengambilnya semula, pasti merana datang menghampiri

Dahulu aku juga pernah berharap, sampai suatu masa pinjaman aku ditarik balik olehNYA
Alangkah kecewanya hati,
Alangkah pedihnya jiwa,
Aku bagaikan tiada hala tujunya, setahun aku cuba untuk membaiki semula hatiku
Dan akhirnya aku kembali kepada NORMAL

kadang-kadang percaturan hidup kita ini tak dapat kita agak. Dan ada masanya tak logik difikiran. 

Bukan niat untuk melupakan DIA,
Tetapi disebabkan CINTA, Hati aku hancur seketika
Mungkin salahku kerana tidak redha dengan ketentuanNYA.

Namun,
Sekarang aku faham.
Mungkin Tuhan memberi aku sedikit pengajaran
Supaya aku tidak terlampau berharap dengan hubungan yang baru terjalin
Kerana suatu hari nanti Allah akan menarik balik apa yang kita ada sekarang ini

Jangan terlampau berharap, kerana Allah lebih hebat perancangannya daripada kita :)

post signature

♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...