Jangan Berharap, jika Masih Belum Comfirm :")




Sakitnya bila dikhianati,
Sakitnya bila hubungan yang sedang dibina rapi musnah.

Pernahkah kita terfikir,
Sebab kita terlampau berharap menjadikan kita mudah lupa yang keseronokkan kita, kebahagiaan kita sekarang ini hanya pinjaman.
Sampai masa Allah mengambilnya semula, pasti merana datang menghampiri

Dahulu aku juga pernah berharap, sampai suatu masa pinjaman aku ditarik balik olehNYA
Alangkah kecewanya hati,
Alangkah pedihnya jiwa,
Aku bagaikan tiada hala tujunya, setahun aku cuba untuk membaiki semula hatiku
Dan akhirnya aku kembali kepada NORMAL

kadang-kadang percaturan hidup kita ini tak dapat kita agak. Dan ada masanya tak logik difikiran. 

Bukan niat untuk melupakan DIA,
Tetapi disebabkan CINTA, Hati aku hancur seketika
Mungkin salahku kerana tidak redha dengan ketentuanNYA.

Namun,
Sekarang aku faham.
Mungkin Tuhan memberi aku sedikit pengajaran
Supaya aku tidak terlampau berharap dengan hubungan yang baru terjalin
Kerana suatu hari nanti Allah akan menarik balik apa yang kita ada sekarang ini

Jangan terlampau berharap, kerana Allah lebih hebat perancangannya daripada kita :)

post signature

KesabaranMu Menawanku ~

Selama ini dialah segalanya,
Selama ini dialah penyabar saya
Sampai masa dia sangatlah bersabar apabila ditengking

Dia sentiasa tersenyum, tunjuk gigi pirahna dia tuhh. 
heii, ingat comel ke? (memang comel pun. huhuhu)
Agar aku berhenti marah dengan sendirinya

Bersabarnya kau sayang,
Kenapa???

A: Kau tahu tak, sampai masa kau kena berhenti berkeras dengan dia. Dia dah banyak sangat bersabar dengan kau.

[.Aku amat hargai kau sayang, 
walaupun kadang-kadang aku sangat menyakitkan bagi kau.]

Sekarang aku sedar,
Tak ada lagi lelaki yang aku kenal, seperti dia
Bersabar dengan segala perangai gila ku
Bersabar dengan segala kemarahan ku

Mungkinkah kerna sayang~

Ada gak kadang-kadang aku tengok dia marahkan orang lain

Sampai ketika tu,
Aku terdiam tanpa berkata-kata,
Mungkin kerana jarang melihat dia sebegitu

Why Not,
Dia pun manusia biasakan?
Boleh marah jugak~

post signature

Belajar Segalanya :)

Aku tak minta untuk terus diingati,
Aku juga tak minta untuk segera dilupakan.

Semua orang mempunyai pengalaman dan cerita sendiri
Mungkin dalam kes hidup aku.
Aku sentiasa di datangi cerita menarik dalam hidup aku
Mungkin ketika itu aku sangatlah gembira


Kami melangkah untuk mencipta cerita kami sendiri
Dugaan adalah jambatan kami, kekuatan adalah kenderaan kami


Tetapi,
Tanpa aku sedar
Aku sudah menyakitkan hati orang sekeliling ku
Maaf,
Aku mungkin tidak sengaja
Sedangkan bagi aku, aku hanya ingin mencari pengalaman hidup

Tanpa pengalaman,
Aku tak akan belajar semua ini

Bagaimana untuk mempertahan apa yang aku ada sekarang
Cuba mencari apa yang selama ini aku tak miliki
Cuba untuk tidak menyakiti hati sesiapa
dan
Aku tak akan mengenali apakah itu cinta sejati



post signature

♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...