Single :)

[Langkahlah dengan sendirian, jika hati masih belum mampu kembali bersama CINTA]

Bercerita tentang single
aku pernah single dan aku faham apabila berada di situasi tersebut.
Jangan salahkan mereka jika hati mereka belum terbuka untuk kembali bercinta.
Mereka tidak mahu dikecewakan dan tidak mahu melukakan sesiapa

Orang yang single ini
Mungkin sedang mengambil masa untuk mendapatkan semula perasaan yang sudah lama hilang iaitu SAYANG
Mungkin kerana pengalaman lalu yang sering didustai
Mungkin hati mereka belum dapat menerima orang lain dalam hidupnya
Mungkin hatinya belum boleh menerima hakikat
dan 
Hatinya belum dapat ditawan oleh bekas kekasih mahupun 'orang baru'

Apabila Single,
Bukan mudah untuk kembali berkasih semula apabila hati sudah remuk dan tawar hati untuk kembali bersama dengan CINTA

Kelebihan single,
bosannnnn~ Tak tahu nak keluar dengan siapa. (Pilihan ramai sangat. hehehe)

Dear SINGLE :
Kenalilah hati anda, sebelum memulakan semula apa yang kita pernah hilang dulu.
Tanpa pengalaman pahit kita tak akan menerima pengajaran yang baik.


post signature

♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...