Muncul Kembalinya DIA

Dia orang yang kita sayang, dulu
Dia orang yang kita cinta, dulu
Dia orang yang kita agungkan. dulu
Dia orang yang kita sering rindukan, dulu
Dia orang yang kita akan ingat sebelum kita tidur, dulu
Dia orang yang kita akan pertahankan

Tetiba dia bertindak menghilangkan diri.
Mula diri terumbang ambing
Makan, minum, belajar, kerja, entah kemana
Segalanya serba tak kena

Hati mula menerima hakikat, 
dia cuba menghancurkan laluan jodoh,
dia bukan milik kita,

Lama sudah dirinya menghilang
Hati yang sudah kembali tenang
Kembali melakukan aktiviti harian seperti biasa

Tetiba, suatu hari
Dia kembali
Kepala mula serabut, segala jahitan luka dihati terbuka dengan sendirinya
Hati mula kucar kacir
Jiwa mula rasa dicucuk-cucuk 

Apakah ini jalan ceritanya
_______________________________________________________________



[ Jika kita sayangkan seseorang, bagilah dia pelepasan yang benar dia inginkan. Jika dia kembali semula kepada kita, maka dia milik kita. Jika tidak, dia tidak akan pernah menjadi milik kita ]

Sakitnya perasaan kami
Sudah berjaya melupakan
Kenapa mesti dia muncul kembali
Inilah takdir,
Mungkin dia hadir hanya menguji hati kita sekali lagi
Atau mungkin,
Dia sememangnya milik kita
Maka bersabarlah wahai hati :)

ILHAM : "Aku tak mengaku kau kawan aku, But ur my BFFor Sahabat" (Cerita ini Untuk DIA)
 post signature

Single :)

[Langkahlah dengan sendirian, jika hati masih belum mampu kembali bersama CINTA]

Bercerita tentang single
aku pernah single dan aku faham apabila berada di situasi tersebut.
Jangan salahkan mereka jika hati mereka belum terbuka untuk kembali bercinta.
Mereka tidak mahu dikecewakan dan tidak mahu melukakan sesiapa

Orang yang single ini
Mungkin sedang mengambil masa untuk mendapatkan semula perasaan yang sudah lama hilang iaitu SAYANG
Mungkin kerana pengalaman lalu yang sering didustai
Mungkin hati mereka belum dapat menerima orang lain dalam hidupnya
Mungkin hatinya belum boleh menerima hakikat
dan 
Hatinya belum dapat ditawan oleh bekas kekasih mahupun 'orang baru'

Apabila Single,
Bukan mudah untuk kembali berkasih semula apabila hati sudah remuk dan tawar hati untuk kembali bersama dengan CINTA

Kelebihan single,
bosannnnn~ Tak tahu nak keluar dengan siapa. (Pilihan ramai sangat. hehehe)

Dear SINGLE :
Kenalilah hati anda, sebelum memulakan semula apa yang kita pernah hilang dulu.
Tanpa pengalaman pahit kita tak akan menerima pengajaran yang baik.


post signature

Hikmah disebalik Kejutan ♥

Kasih, Cinta dan Sayang
Tak semua benda mampu diucapkan dengan kata-kata

Seperti biasa,
Malam 21.10.2012.
Aku kembali ke Putrajaya,
dimana disitulah tempat kenangan malam 21 itu tercipta.

Lelaki ini memberi satu kejutan buat kekasih hatinya.
Segala dugaan besar dan cabaran dalam hubungan dia menjadi pendorong dia melakukan semua itu
Sahabat baik si gadis menjadi kepala utama dia melakukan semua ini


"Saya Sayang Awak" menjadi satu kata-kata cinta yang besar maknanya malam itu.
diikuti simbol " I ♥ U " dengan lilin di atas rumput taman
aw, terkejut gadis itu
dengan semua ini, membuatkan si gadis agak kesedihan malam itu
Nampak kejujuran disitu.

"Ini je cara abang nak amik hati sayang semula.Semoga sayang suka" 
: kata-kata menyentuh hati ouhh! huhu.
Patut suruh pakai baju pink,
Warna bunga dah sama dengan baju dah. :)

Hikmah masalah yang kami alami selama beberapa bulan ini
Membuatkan kami belajar daripada kesilapan
Kerana kami bukan manusia sempurna :)

: Sentiasa berbincang antara satu sama lain, dan menegur kesilapan masing-masing membuatkan kami miliki satu keserasian disitu.
Semoga kami sentiasa diberi kekuatan mengharungi ribut taufan yang akan melanda nanti. amin.

:Thanks for all for do this for me tag= anas mohamed, zuraidah, apy, naiem and the geng.

  post signature

Masa Silam Itu Pengajaran

Masa Silam :)

Sakitnya mengingati
Menyesalnya hati
Apakan daya
Ia sekadar kisah silam yang menghantui diri

Semua manusia hanyalah pelakon
Kitalah yang mencipta segala perwatakkan dalam cerita hidup kita
Kalau salah cipta jalannya, maka salahlah jalan ceritanya
Kalau betul cipta jalannya, maka menjadilah jalan ceritanya

Mungkin tanpa kesilapan, kita tidak akan belajar
Tapi ada juga yang sering dilanda dugaan dan akibat perbuatannya masih teruskan membuat salah
Tanpa berfikir mengapa dan kenapa semua itu terjadi
Itulah KITA!

Kenapa tidak serik wahai hati
Sememangnya kita tidak pernah kisah dengan apa yang kita buat sekarang
Tetapi percayalah kita akan menyesal dengan apa yang kita buat sekarang ini nanti
Berubahlah demi kebaikan,

Dear Pengutuk :
Berhentilah menghina manusia yang pernah membuat salah
Kerana mereka tersalah jalan kerana lalai
Bukan segaja untuk membuat salah
Berhentilah menghina mereka
Kerana engkau belum tentu sempurna


[Sepanjang perjalanan, pasti meninggalkan kesan
semakin panjang hidup ini, panjanglah perjalanan dan simpang yang harus dilalui ]


post signature

Bila Hati Terbelah Bagi

Bila hati manusia mula terbelah bagi

Ouhhh, sakitnya!
Meskipun bukan kali pertama ini jadi
Tetapi, ia semakin sakit
Bukan mereka tidak berasa syukur dengan apa yang dia ada
Tetapi kita sebagai manusia tidak dapat menolak takdir dan dugaan yang DIA turunkan
Cinta dan Sayang sentiasa hadir tanpa pesanan. Itu HAKIKATNYA.

Mungkin kau tak pernah berada ditempat mereka
Bagaimana hati seseorang yang hatinya terbelah bagi antara dia dan dia
Sebab itu kau mula menghina

Maaf,
Tiada manusia sempurna dalam dunia ni kan ?

[sakitnya jika hati mencintai dan menyayangi dua orang dalam satu masa]

Hati terbelah bagi
Kedua tiada sempurna
Tetapi hati semakin sayang

Disini disayangi
Disana disayangi
Hati ini keliru, 
siapakan antara dia dan kamu.

post signature

♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...