Tiang Cinta

Walaupun tidak dapat melihatnya ketika ini
Namun, suaranya menjelaskan bahawa dia kembali bahagia
Ketawanya jelas sudah kedengaran daripada seketika tadi
Suara bagai dihempas ombak yang tengelam timbul
Kini ku tahu dia sedang susah hati
Bertenanglah wahai sahabatku

Apa yang selama ini dia rasa, kami turut merasakannya
Ternyata kami macam kembar
Ternyata dugaan kami datang berselang hari
Namun aku masih ternyata kuat untuk semua tu


[ tenang-tenang air laut, sampai masa ombak melanda. Bertahanlah ]

Agak terkilan dengan masalah yang dilanda olehnya
Mungkin terlalu tipis peluang ketika itu
Tapi hendak atau tidak,
kita mesti berusaha untuk kembalikan apa yang selama ini kita rasakan agar tidak hilang sekelip mata serta berlalu begitu sahaja
Itu menyakitkan.

Kukuhkanlah tiang yang cuba dibina itu
Agar tidak mudah bergoyang dan runtuh
Ternyata tiang yang berdiri tegak, adakalanya bergoyang ditiup angin
Tetapi berusahalah untuk menegakkan tiang itu selagi ia mampu diberdirikan
Agar masjid mampu dibina di atas tiang itu
Insyaallah. Amin

Leena : Masalah yang timbul takkan diselesaikan kalau kita tidak berusaha memperbetulkannya sendiri.
post signature

♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...