Ku sapu Air Mata Cinta

Air mata sentiasa menjadi bahan utama dalam hidup kita
Sedetik hati terluka, sedetik hati terguris
Air mata kesedihan bakal mengalir

Masalah yang menimpa ini
Adakala membuat kita mengeluarkan keputusan yang tidak dijangka
Terus mendatangkan kesedihan kepada kedua pihak

Sekali lagi air mata dia ku sapukan
Ya Allah, lemahnya hati dia
Maafkan aku sayang, perkara yang aku putuskan ini memang perkara yang tidak dijangka
Kerana mengikut hati yang marah
Kerana mengikut hati yang geram
Kerana mengikut hati yang terkilan


Tolong,
Senyum kembali untukku
Air mata yang dititiskan telah ku sapukan
Maaf, ia amat berharga untuk ku
Jangan dibazirkan lagi
Bertambah bersalah hati ini

Leena : Tolong, jangan lafazkan benci andai hatimu sedang sayang. 
            Mulut boleh tipu, tetapi hati adalah paling susah untuk dibohongi


post signature

♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...