Tak selamanya Bertahan ,

Kalau Tuhan nak tunjuk, 
Sekejap je,
Kalau Tuhan nak tunjuk
Bila-bila masa je

Aku redha,
Walaupun tangan ni macam dah laju nak pergi penyepak orang
Tapi aku masih waras lagikan ,
Masih ada yang datang memberi semangat.
Supaya tidak bertindak diluar jangkaan.

[Tangan kau hulurkan membuatkan aku semakin yakin menghadapi dugaan ni]

Mungkin kau boleh tipu dia 
Mungkin kau boleh tipu kami
Tapi kau tak boleh tipu Tuhan

Aku dah nampak siapa kau sebenarnya
Tapi ingatlah, kau tak akan selamanya kat atas
Nanti kau akan jatuh juga
Dan aku akan tunggu masa tu
Biarlah apa nak jadi, jadilah

[Kalaulah kita dapat lihat hati yang terluka disakiti, mesti manusia dalam dunia ni tak akan menyakiti antara satu sama lainkan]

Dia terlalu baik untuk kau , aku berserah pada takdir
Kerana aku adalah kakak kepada adik-adikku
Dan merupakan anak sulung dalam keluarga
Apa pun, aku akan selesaikan masalah ni

Tidak terdaya aku nak menangis lagi
Ini kerana pengalaman hidup!

Ya Allah , dugaan yang kau turunkan ni sekadar nak menguji kesabaran akukan ? Janganlah bagi aku terpedaya dengan kata-kata syaitan ni. Amin.


post signature

♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...