Merdeka :D

Laluan jet pagi ni mengejutkan aku sekali lagi
Setelah hampir 2 hari tidur ku terganggu dek latihan sambutan merdeka untuk hari ini
Mungkin hari ini, hari terakhir aku mendengarkannya
Kerana telah tiba tanggal 31 Ogos hari ini
Tarikh keramat yang membawa Malaysia Merdeka tanpa dijajah oleh penjajah luar.

Alhamdulillah,
55 tahun negara kita aman daripada segala jajahan luar.
Tetapi masihkan ada manusia yang memahami apa istilah kemerdekaan bagi mereka
Bukan hanya sekadar mengibarkan bendera, 
Bukan sekadar melekatkan bendera dicermin kereta,
Bukan sekadar mengantungkan bendera di beranda rumah,
Bukan sekadar meletakkan bendera diatas bonet enjin kereta,
Dan bukan sekadar meletakkan bendera dibelakang motosikal.


SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA YANG KE 55 

Merdeka,
Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah.
post signature

♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...