Berikan Kebahagiaan Untuknya

1 September 2012
Over night malam 31 Ogos,
Jalan di Bukit Jalil bersama rakan yang mengila :)

Puas mengadap Janji diTepati,
Berangkat ke Bukit Ampang,
Subhanaallah cantik sangat pemandangan atas ni, 
Tetapi mata ni tertumpu pada bulan mengambang yang betul-betul ada di atas kepala,
Bulan yang menerangi malam ini. Cantik :)

[Andai itu kebahagiaanya kau berikanlah dia bahagianya semula, semoga dia akan terus gembira semula]

Bersama Anas Mohamed, Anas Sulaiman, & Muhammad Sufian.
Mereka kawan terhebat
Walaupun ada yang baru mengenali
Tapi dah cukup memahami.
Perangai yang mengila dia orang buat aku tergelak habis hari ini
Hilang habis 'kesteressan' aku mggu ni.

[Bahagia terasa melihat si kawan bahagia]

Terasa bahagia hati ini bila lihat si Anas Sulaiman hari ini
Kerana terlihat sedikit kebahagiaan terpancar diwajahnya
Semoga wajah seperti ini dapat dilihat lagi oleh aku
Sudah lama aku tak lihat dia gembira macam ni
Semenjak daripada hari kecewanya,


post signature

Merdeka :D

Laluan jet pagi ni mengejutkan aku sekali lagi
Setelah hampir 2 hari tidur ku terganggu dek latihan sambutan merdeka untuk hari ini
Mungkin hari ini, hari terakhir aku mendengarkannya
Kerana telah tiba tanggal 31 Ogos hari ini
Tarikh keramat yang membawa Malaysia Merdeka tanpa dijajah oleh penjajah luar.

Alhamdulillah,
55 tahun negara kita aman daripada segala jajahan luar.
Tetapi masihkan ada manusia yang memahami apa istilah kemerdekaan bagi mereka
Bukan hanya sekadar mengibarkan bendera, 
Bukan sekadar melekatkan bendera dicermin kereta,
Bukan sekadar mengantungkan bendera di beranda rumah,
Bukan sekadar meletakkan bendera diatas bonet enjin kereta,
Dan bukan sekadar meletakkan bendera dibelakang motosikal.


SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA YANG KE 55 

Merdeka,
Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah.
post signature

Tak selamanya Bertahan ,

Kalau Tuhan nak tunjuk, 
Sekejap je,
Kalau Tuhan nak tunjuk
Bila-bila masa je

Aku redha,
Walaupun tangan ni macam dah laju nak pergi penyepak orang
Tapi aku masih waras lagikan ,
Masih ada yang datang memberi semangat.
Supaya tidak bertindak diluar jangkaan.

[Tangan kau hulurkan membuatkan aku semakin yakin menghadapi dugaan ni]

Mungkin kau boleh tipu dia 
Mungkin kau boleh tipu kami
Tapi kau tak boleh tipu Tuhan

Aku dah nampak siapa kau sebenarnya
Tapi ingatlah, kau tak akan selamanya kat atas
Nanti kau akan jatuh juga
Dan aku akan tunggu masa tu
Biarlah apa nak jadi, jadilah

[Kalaulah kita dapat lihat hati yang terluka disakiti, mesti manusia dalam dunia ni tak akan menyakiti antara satu sama lainkan]

Dia terlalu baik untuk kau , aku berserah pada takdir
Kerana aku adalah kakak kepada adik-adikku
Dan merupakan anak sulung dalam keluarga
Apa pun, aku akan selesaikan masalah ni

Tidak terdaya aku nak menangis lagi
Ini kerana pengalaman hidup!

Ya Allah , dugaan yang kau turunkan ni sekadar nak menguji kesabaran akukan ? Janganlah bagi aku terpedaya dengan kata-kata syaitan ni. Amin.


post signature

Oppa Gangnam Style or Islamic Style


Article ni terbaca pulak aku kat facebook tadi.

Trend sekarangkan~ 
Tak tahulah nak cakap apa.
Aku ada jugak terlayan video si Oppa Gangnam style ni
Tapi taklah sampai kemaruk sangat.

Aku rasa tak salahkan~
Islamic style , subhanaallah.
Itu semua pilihan kita sendiri.
Semoga tidak dilupakan Allah Yang Satu tu :)

Tersembur juga aku terbaca satu tweet ni, terbaiklah ! 

Sebelum Malaikat maut cabut nyawa, harap2 sempat sebut kalimah syahadah. Takut nnti tersebut "Oppa Gangnam Style" Erm.. Jahannam la akhirat.


Al-Fatihah, Takziah buat keluargamu.

Laju air mata ini menitis, 
Menerima berita kematian daripada Anas Mohamed.
Takziah buat keluarga.

Walaupun jauh diri untuk ketemu,
Hati ini terlalu dekat dengan arwah,
Hati ini turut merasakan kesedihan sebaik menerima berita,
Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang beriman.
Amin.

Ya Allah , engkau tabahkanlah hati si dia.

Al-fatihan :'(

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ



Bukan Perempuan, Bukan Lelaki.

Cinta tak pernah kejam , tetapi belum masanya kita menerima cinta yang sejati.

Bukan perempuan , Bukan lelaki
YANG KEJAM.
Cuma belum serunya kita menerima cinta sejati.


Buanglah perangai menyalahkan takdiri jika kita tidak mempunyai cinta yang teguh dan akhirnya putus ditengah jalan.
Subhanaallah,
Sesungguhnya, Dia sedang menguji hambanya yang penyabar ini.

Tuhan menemukan kita dengan orang yang Salah,
supaya suatu hari nanti kita bertemu dengan yang Betul


Renungkanlah kembali,
Orang yang bahagia kini juga pernah kecewa.
Dan si dia juga pernah menerima panahan kecewa yang besar malah lebih besar daripada apa yang kita terima sekarang.
Ternyata bukan mudah untuk merawatnya,
Kehidupan perlu diteruskan.
Dan akhirnya dengan berkat kesabaran.
Kita bertemu dengan yang lebih baik.

Bersabarlah kawanku sayang, seseungguhnya dia bukan jodoh kamu :)


♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...