Persahabatan dan Kebahagiaan


Assalamualaikum ,
Aku amat mengagumi ikatan persahabatan
Persahabat adalah satu ikatan mesra yang mampu bertahan lama daripada ikatan percintaan

Sebagai bukti ,
Aku mempunyai seorang rakan baik yang sudah terikat hubungan selama 10 tahun lebih
Siapa sangka persahabatan kami selama ini
Susah senang aku , dialah disisi
Susah senang dia , akulah penyeri
Aku dan dia adalah sahabat baik dunia akhirat,
InsyaAllah dengan izinnya

Aku pernah berbangga menjadi seorang rakan yang benar-benar disayanginya
Dia seorang yang pandai ,
Jauh beza dengan aku
Tetapi dia masih mengaku bahawa budak yang mengambil sains biasa ini adalah kawan karibnya



Classmatenya : “Can I know who your best friend yah?”
She : “Adleena, dia budak kelas bawah dari kita”
Classmatenya : “Betul ke? Kenapa u kawan dengan dia ye. I ingat u punya best friend budak kelas kita or kelas depan.”
She: “Dia kawan baik saya yang paling lama bertahan. Tak salahkan kita kawan dengan orang yang tak setaraf gan kita.”

[INI CERITA BENAR] :KEPANDAIAN BUKAN SATU UKURAN, J

PERSAHABATAN TERUKIR BUKAN KERANA PANGKAT DAN HARTA
BUKAN PANGKAT DAN HARTA MENJADI PERSOALANNYA TETAPI HATI
HATI YANG IKHLAS DAN TULUS AKAN MEMBAWA SUATU IKATAN ITU TERUS BERKEKALAN

Tiada perkara yang membuatkan kita bahagia
Selain daripada membuatkan rakan kita gembira dan bahagia.

25 May 2012
Hari ni tepat pukul 12a.m.
Aku wish birthday my best partner Anas Sulaiman.
1st person. 
Happy Birthday Muhammad Anas bin Sulaiman. “Sweet 21”


(Sumber Inspirasi : Ijlali Husna & Anas Sulaiman)

Wanita Berkebolehan

Wanita Berkebolehan , 
LA suka sangat topik macam ni



Kenapa Tidak ,
Wanita juga mampu membuat segala-galanya
Wanita mampu membawa motor berkuasa tinggi
Wanita mampu menjadi 'racing girl'
Wanita mampu melakukan aktiviti atau perkerjaan lelaki.



Disini aku berbangga untuk wanita yang mampu menunggang motorsikal
Mungkin bagi kita biasa ,
Percaya atau tak ,
Masih terdapat wanita yang takut menunggang motorsikal
Bukan mencabar , tetapi ini FAKTA


Dan aku bangga bila ada wanita yang mampu mengendalikan kereta 'manual'
Usah cerita kereta 'auto'
Maaf anda tak cukup cekap untuk membawa kereta.

"Racing Girl" kenapa tidak ?
Aku ada satu impian , suatu hari nanti aku akan laksanakan
Aku ingin belajar driff , heii ,
Aku bersosial secara sihat okey.
Encik Anas akan ajar :)


Wanita jangan lemah kerana anda tak mampu menjadi seperti lelaki ,
Sebab kita mampu melakukan akitivit lasak seperti lelaki walaupun bukan semua kita mampu.
Tetapi apa salah untuk mencubakan 

Jadilah wanita yang berkebolehan , supaya kita tidak bergantung hidup 100% kepada lelaki.

Kalau Tak Sakit , Bukan Cinta Namanya

Kecewa ,
Manusia yang penah kecewa adalah seorang yang paling hebat.


(Dalam Penilaian L.A. sendiri)
"Seseorang yang pernah kecewa adalah manusia yang hebat, biar pun mereka menangis air mata darah sekali pun bila kecewa. Tangisan itu akan berhenti sendirinya juga. Dan ketika itu, munculnya semangat baru dalam hidupnya."

"Seseorang yang pernah kecewa akan lebih berhati-hati dalam percintaan seterusnya"

"Seseorang yang pernah kecewa akan cuba merubahkan diri ke arah yang lebih baik daripada sebelum ini"

"Seseorang yang pernah kecewa(lebih daripada 5 kali) akan menjadi seseorang yang paling memahami"


CINTA KALAU TAK SAKIT , BUKAN CINTA NAMANYA :)
  • Cinta kalau tak sakit , manusia tak akan belajar menahan sakit hati.
  • Cinta kalau tak sakit , manusia tidak akan belajar bagaimana ingin mengawal emosi.
  • Cinta kalau tak sakit , manusia tidak akan belajar menghargai orang lain.
  • Cinta kalau tak sakit , manusia tidak akan belajar bagaimana untuk memperbetulkan dirinya sendiri (ke arah lebih baik)
Disebalik cinta yang menyakitkan ,
rupanya terdapat hikmah yang pelbagai untuk kita.
Itu satu keindahan :)

Double "A"

Saat ini
Mulalah aku rasa bagai mahu menjerit dan menangis sekuat hati


Mereka sekeliling ku cuba untuk menghabiskan masa dengan aku
Aku bangga sangat ,
Anas Mohamed dan Anas Sulaiman berusaha untuk bawa aku pergi tempat yang aku inginkan.


Terutama Anas Mohamed ,
Tergambar diwajahnya , keberatan melepaskan dan mengubah segala keadaan sebelum ini.
Mungkin lepas ini,
Semuanya akan berubah.
Sudah tak nak emosi dulu.






Aku happy sangat ,
Anas Sulaiman merupakan kawan baik kami.
Banyak membantu dan memberi sokongan kepada kami berdua untuk kuat menghadapi kehidupan ni.
Terima Kasih :)


Aku suka bila ada kembar sekepala ni!
Anas Mohamed merupakan orang penting dalam hati ini.
Dia juga sahabat yang paling akrab dalam hidup leena.


Okey Sayang Anas Mohamed & Anas Sulaiman =D
DOUBLE A! <3



Sambung Study

Okey ! saya pelajar KLMU 

Berpisah dengan kawan-kawan sementara.
Tidak apalah kawan beribu boleh dicarikan
Jadi saya tak akan berhenti mencari rakan baru saya.

Mungkin pada permulaan ,
Kawan dengan geng satu aliran dulu la.
HEALTH SCIENCE (Sains Kesihatan)
Insyaallah ada rezeki nanti kawanlah dengan orang lain.

Okey good luck untuk kawan-kawan yang rapat gan saya
Yang sekarang mungkin ada yang dah sambung ke Universiti , kolej atau tingkatan 6.
Apa pun pilhan yang korang pilih hope kawan-kawan ini akan berjaya.


Kecewa Bukan Pengakhiran

Kisah cinta kita berbeza , tetapi memiliki pengakhiran yang sama iaitu KEBAHAGIAAN
Mungkin ada yang memiliki pengakhiran yang menyedihkan iaitu KEKECEWAAN

Takdir manusia telah ditulis ,
Biarpun kita rasa kita dalam kesedihan ,
Tetapi percayalah Tuhan tak akan membiarkan hambanya sentiasa diselubungi kesedihan berpanjangan

Mungkin kerana takut akan kekecewaan ,
Kita tidak berani mencuba lagi.

Mengapa tidak ?
Percayalah , cubalah kerana mungkin Tuhan sudah suratkan inilah kebahagiaan anda.
Jika masih gagal ,
Bersabarlah. Ujian ini sudah ditentukan.



[Percayakan diri , yakinkan hati , tabahkan jiwa. Kemungkinan KEBAHAGIAAN milik anda. :)]

Pastikan sebelum mencuba ,
Persiapkanlah diri kita untuk menerima dugaan dan ujian yang akan datang.
Jangan nanti kita tak mampu menerima segala yang akan diturunkan oleh kita.

Kerana Kisah Silam

Sejarah silam pernah membuatkan kita rasa seolah tak mampu hidup lagi
Sejarah silam pernah membunuh perasaan dan hati kita

Tetapi aku masih berterima kasih kepada sejarah silam 
Kerana memberi peluang kepada manusia seperti aku memiliki hikmah yang jarang manusia lain dapat

Kerana sejarah silam, aku mampu bangkit semula
Kerana sejarah silam, aku mampu membezakan baik dan buruk
Kerana sejarah silam, aku lebih berhati-hati (terutama dalam memilih cinta)



[Takdir adakala menyakitkan , tetapi takdir juga membuatkan kita bahagia. Semuanya kerana takdir yang telah diutuskan buat kita umat manusia]


Aku tak akan pernah sesekali menyalahkan takdir Jika kesakitan yang aku terima suatu ketika dulu
Kesakitan yang aku terima tidak seberat kebahagiaan yang aku terima sekarang
Lafaz kesyukuran itu sentiasa ada dalam setiap doa ku ,

Semoga apa yang pernah diturunkannya sentiasa memiliki hikmah tersendiri :)
Insyaallah.

♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...