Air Mata Dia

Hari ini aku tatap tepat pada matanya,
Ya Allah, dia menangis.

Mengapa? Aku masih keliru.
Satu cerita pun aku tak bukak. Kenapa?
Aku nampak matanya merah dan masih mengalir air matanya.

Aku masih keliru, dan membuang seketika apa yang sedang bermain difikiran.
Aku ada buat salah ke? 
Entah kenapa , aku risau sebab tak pernah lagi berada disituasi ini.
Soalan telah diajukan, tetapi dia masih berdiam diri.
Aku terpaksa kuat untuk dia walaupun air mata aku juga mahu mengalir.



[Orang kata , air mata lelaki berharga. Yeke?]
Dan ,
Aku sudah mendapatkan jawapannya
Baru ku tahu.
Air matanya penuh dengan kesedihan, kerisauan dan kerinduan.

Aku masih dalam keadaan sebak bila mendengarkan pengakuannya,
Mungkin aku patut rahsiakan sebentar.
Sementara tunggu tarikh itu.

Aku cuma terharu ,
Dia sudah mengalirkan air mata dihadapan ku sendiri tanpa diduga.

♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...