Harapan Ada Bahayanya

“Jangan kau gantungkan harapan pada sesuatu, karena jika kau tidak mendapatkannya kau akan sangat kecewa”

Harapan itu bahaya , harapan makan diri.
Siapa yang tahu hari esok ,
Mungkin hari ini indah , semalamnya indah ,
Tetapi masihkah ada keindahan untuk esok.

Kita berusaha , moga-moga ia direstui oleh-NYA. amin.

Makin Hari , Makin Risau

Makin dekat Makin Nak Menangis !
Makin dekat Makin Nak Beremosi.
Samalah kami berdua.
huh!

Air Mata Dia

Hari ini aku tatap tepat pada matanya,
Ya Allah, dia menangis.

Mengapa? Aku masih keliru.
Satu cerita pun aku tak bukak. Kenapa?
Aku nampak matanya merah dan masih mengalir air matanya.

Aku masih keliru, dan membuang seketika apa yang sedang bermain difikiran.
Aku ada buat salah ke? 
Entah kenapa , aku risau sebab tak pernah lagi berada disituasi ini.
Soalan telah diajukan, tetapi dia masih berdiam diri.
Aku terpaksa kuat untuk dia walaupun air mata aku juga mahu mengalir.



[Orang kata , air mata lelaki berharga. Yeke?]
Dan ,
Aku sudah mendapatkan jawapannya
Baru ku tahu.
Air matanya penuh dengan kesedihan, kerisauan dan kerinduan.

Aku masih dalam keadaan sebak bila mendengarkan pengakuannya,
Mungkin aku patut rahsiakan sebentar.
Sementara tunggu tarikh itu.

Aku cuma terharu ,
Dia sudah mengalirkan air mata dihadapan ku sendiri tanpa diduga.

Makin Hari , Mencabar

Urusan sambung belajar ,
Hari ini cik leena berjumpa dengan pengurus pengambilan pelajar baru kolej tu.
Makin berat dan besar dugaan ni sampai
Migrain habis kepala hari ni


Jalan di Bandaraya Kuala Lumpur
Yang penuh dengan manusia kurang akal panjang
Nasib cik dan abah tak cium jalan raya tu masa dalam perjalanan nak ke sana.
Sabar jelah.


Banyak benda kena urus dalam minggu ni sahaja
thanks abah yang bersusah urus hal cik ni.




Ya Allah , semoga kau permudahkan urusan aku ini.

Anda Telah Bersedia Jika....

Alhamdulillah , aku masih bernafas lagi
Pagi ini agak kesunyianlah
Isnin yang penuh dengan nikmat.
Adik-adik ke sekolah , ma dan abah masih dengan mencari rezeki keluarga.
Aku dirumah masih bersabar meniti hari-hari seterusnya.


Dalam kebosanan itu,
Aku merayaukan jari tangan ini ke blog-blog yang menarik perhatian
Sehinggalah di Blog seorang blogger yang baru sahaja bergelar isteri.
Taniah gadis merah jambu , kini di gelar Cik Puan Merah Jambu.


Aku tertarik pada postnya yang ini.


[Tuhan Dah Merancang , Semoga Tuhan Sentiasa Memberikan Yang Terbaik]

ANDA TELAH BERSEDIA UNTUK BERCOUPLE JIKA....

1. Anda Telah Bersedia Untuk Bercouple Jika :
- Niat anda untuk berkahwin dengan si dia demi menjaga agama dan akhlaknya.

2. Sebaliknya Anda Belum Bersedia Jika
- Niat hanya untuk bersuka ria dan berseronok demi melayan kehendak nafsu

Ini seperti yang pernah dibicarakan oleh USTAZ AZHAR IDRUS.

Semoga Tuhan mempermudahkan urusan kami dan mereka yang berpasangan. Amin.

Nilai Masa ♥

SEMINIT perkenalan tak bermakna JATUH CINTA... ♥ 
SEJAM berbual tak bermakna SAYANG... ♥ 
SEMINGGU mengenali tak bermakna sudah MEMAHAMI... ♥ 
SEBULAN bersama tak bermakna MEMILIKI... ♥ 
BERTAHUN dalam ikatan tak bermakna hubungan itu KUKUH... ♥ 
CINTA yang datang cepat...cepat jua ianya berubah HATI...♥



[Masa adalah sesuatu yang penting dalam erti kata PERCINTAAN]

Pemalu Yang Sweet

Kami suka berangan ,
Bila kami berangan baru mendatangkan semangat dan usaha kepada kami.
Encik A lah yang banyak mengajar aku berangan dan berusaha.


Cantikkan empangan ni
Dia memang suka bawa saya merantau tempat baru
Rasa macam nak menangis bila tengok tempat ni.
Sweet sangat tempatnya


Walaupun Dia taklah romentik ,
Tapi dia selalu buat benda orang jarang buat ,
Jadi itulah sebabnya aku rasa dia sweet.
Hahaha,

Pilihan Terbaik

Siapa DIA sebelum ni?
Siapa PEDULI?



Taniah Awak , Bila awak dah buang jauh-jauh ROKOK itu
Dan
Memilih kehidupan yang lebih baik.

Masa Depan

Aku melangkah longlai memikirkan apakah akhirnya masa depanku
Aku merenung jauh memikirkan apakah ini yang harus aku lakukan
Aku bersiap sedia menyediakan keputusan terakhir
Bersama yang membantu tulang belakang saya [Pn.Azira , En.Nazrul & Anas M]


Kemana langkahku
Sedang diusaha , tidak lama lagi aku akan digelar pelajar kolej.
Insyaallah.
Walaupun tidak memilih ke arah universiti
Aku hanya sekadar manusia yang berpijak didunia yang nyata
Dan sentiasa memikirkan apakah aku layak atau tidak.


Semoga inilah pilihan terbaikku. Saya akan merindui rakan-rakan sekalian.

Kamu Di Mata Lelaki

Post ini untuk kaum-kaum hawa.


1. Mudah Tersinggung.
Lelaki cuba untuk menjaga hati anda , walaupun susah. Dia cuba. Cuma adakalanya cara mereka salah mengenali wanita. ✔


2. Perlukan Cinta
Lelaki memandang wanita seorang yang sangat memerlukan cinta. Si wanita cuba menyesuaikan dirinya walaupun dunianya dengan si lelaki jauh berbeza. Dan masih berusaha walaupun si lelaki Tidak Perfect. ✔


3. Mudah Jemu
NO KOMEN


4. Suka Dipuji
Kenyataan seorang wanita suka apabila dipuji. Walaupun dia mengatakan "Tidaklah saya biasa-biasa sahaja". Sedangkan dalam hati itu mahu sahaja dia melonjak keriangan. ✔


5. Sentimental
Lelaki tahu wanita lebih sensitif daripada mereka. Sebab itu mereka lemah kalau dengar wanita menangis. ✔


6. Mengoda
Lelaki hanya insan biasa. Sentiasa ingin melihat wanita walaupun hanya sekadar melihat dia sudah merasakan wanita itu seorang penggoda yang berjaya. ✔


7. Cemburu
FAKTA! wanita seorang kuat cemburu kerana sayangnya terhadap lelaki sangat menebal ✔

Terimalah Pasangan Seadanya

"Cintai dirinya seadanya dia , terima hatinya seadanya dia , kasihkan kelemahnya seadanya dia, sayangkan kekuatannya seadanya dia agar dirinya terasa dihargai, mampu menjadi insan yang lebih baik, malah boleh menerima kamu seadanya serta mampu menjadi pasangan yang sempurna buat kamu"
-ABANG ASMARA



Pemandu ? BERJAYA

Hari Isnin bertarikh 9.4.2012
Memenggang nombor 44
Ujian JPJ bulan 4.
Lokasi Ujian Surfine Sdn.Bhd , Hulu Langat.


Tepat Jam 12 tgh hari 
Aku memulakan langkah ujian yang pertama 
Dengan kereta kancil putih
Cuba untuk menaiki bukit yg menjadi penentu membuat Parking dan 3 Pointer.
Berfikir !

Alhamdulillah , aku lepas.
Dan aku meneruskan langkah ke ujian seterusnya.



[Langkah seseorang yang mahu berjaya , adalah seperti bayi yang baru belajar meniarap dan merangkak]


Habis 3 Pointer ,
Aku kembali ke dewan untuk menunggu Ujian Jalan Raya yang menjadi ketakutan aku.
Tepat Jam 2 ,
Aku dipanggil Pegawai JPJ.
JPJ aku ,
Besar. hehehe.
Aku memandu VIVA. tak pernah bawak.
Bertambah takut. huhhh.

Apa-apa pun dia sangatlah baik.
Dengan bagi aku 18/20
Muuahhh ciket , haha.


Bila dah drive kereta sendiri terasa
Dah besar dah saya :)

Tuhan Uji , Untuk MerinduiNYA

Kata-kata semanis bicara ,
Belum tentu bicara semanis gula.


Selangkah perjalanan aku sebagai seorang wanita ,
Seorang wanita yang sering diuji dalam sedar atau tidak disedari.
Dalam perasan atau tidak.


Kesedihan sering disorok tanpa bicara , orang pandang kita happy selalu kita bahagia.
Tidak semestinya.
Orang yang terlampau happy tulah paling banyak memendam rasa.
Biasa dilihat perangai ini pada wanitakan.


A : Kalau sedih cuba cakap , jangan senyap je.
B : Belum tentu bila kita cakap selesai masalah kita.
C : Tak salah berkongsikan.
D : Berdiam lebih baik daripada bersuara


Maka , kerana pilihan B dan D dipilih ramailah yang menangis dalam hati tanpa sedar.


Tuhan tengah uji kita ke tu?
Orang cakap kalau Tuhan bagi kita dugaan dan ujian , tuhan sayang.
Yeke? Harap-harap macam tu lah kan. Sapa tak nak Tuhan sayangkan.



photo 
[Biarkan tangisan hati didengari Tuhan Yang Satu]

Hope, siapa yang sering diduga.
Jangan mudah mengalah ok. :)

Maksud Ciuman (INFO)


INFO untuk PARA KAUM ADAM.
Ciuman lelaki kepada wanita adalah sangat istimewa.
Ada banyak maksud dengan setiap ciuman yang kamu berikan kepada pasangan anda.
Baca dan hayati :)


Dahi:
Ciuman ini merupakan ciuman yang sangat istimewa kerana ciuman didahi memberi maksud yang anda amat-amat menganggap pasangan anda adalah seseorang yang anda ingin lindungi dan hargai selalu.
Bahkan, ciuman ini merupakan ciuman yang memberi maksud kepada pasangan anda bahawa anda seorang yang 'gentlemen' dalam segala urusan dan amat setia dan bertanggungjawab dengan apa yang anda lakukan.


Pipi:
#Ciuman mesra
boleh dikatakan bahawa ciuman ini umpama ciuman seorang teman atau saudara terdekat.
Walaubagaimanapun, ciuman ini juga memberi maksud yang anda amatlah pentingkan masa depan dan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik bagi si dia biarpun ia memerlukan masa yang lama untuk memiliki dia.

Bibir:
Anda sedikit gelojoh dan menunjukkan anda mahu memiliki dia walaupun ciuman ini kurang disenangi bagi sesetengah wanita namun ciuman ini juga merupakan tanda anda seorang yang amat berhati-hati dalam menjaga perasaan dia dan kadang-kala ia menampakkan anda ingin mengongkong dia (samada terlalu ataupun sedikit)

Tengkuk dan bahagian bawah tengkuk:
Anda seorang yang mudah tergoda dan ini menunjukkan anda sangat gelojoh dan ingin memiliki dia hanya untuk 'seks' sahaja~
Ciuman ini amatlah dielekkan kerana ada ketikanya ciuman ini akan menampakkan anda seorang yang hidung belang dalam mengungkapkan kata-kata.




✔ "pasangan yang SAH dan HALAL" mampu berbuat lebih dari yang diatas tanpa ada larangan :)

Selangkah Perjalanan

April !


Terlalu banyak kenangan ,
Terlalu banyak cerita ,
Terlalu banyak ketakutan ,
Terlalu banyak kekaguman.


Perjalanan aku seorang lepasan pelajar sekolah membawa dengan pelbagai ujian dan dugaan.
Saat ini aku menangis dan ketawa
Alhamdulillah keluarga dan dia masih ada untuk menegakkan tulang belakang ku semula.
Terima Kasih Semua.


1.4.2012
Satu hari yang penuh dengan dugaan.
Pagi ini perasaan aku sangat dingin.
Sampaikan keluar dengannya , sepatah haram tak bersuara
Katanya "Biarkan dia bertenang"


Petang itu,
Dia masih berusaha meneruskan perjalanan dengan niat untuk 'happy'kan cik leena
Thanks , walaupun sedih.
Dengan usahanya


[Semoga Tuhan permudahkan segala urusan setiap pasangan di dunia ini] 
Terlalu banyak pengorbanan , maka mewujudkan air mata yang tidak disangka-sangka akan mengalir.

Percaya atau tidak Taman Bukit Jalil hari ini menyimpan kenangan yang sangat besar.
Apabila si Dia telah berjumpa dengan Ma,
Satu-satunya ibuku.
Air muka risau masih terpancar dalam matanya
Tapi dia masih berusaha.
Senyum lebar dibuatnya.

"Jumpa abah okey lagi, jumpa ma. Takut siot !"
Kata-kata yang dia pernah cakap suatu ketika dulu. Sampai bila-bila akan ku ingat. :)


♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...