Umur Meningkat , Usia Menjenguk

"Dah besar dah anak abah , kalau dulu masa kecik-kecik menangis je. Sekarang dah besar dah. Dah habis sekolah. Nanti nak kahwin pulak. Lepas ni ada menantulah abah."

Bila abah mula membuka satu cerita tentang usia
Aku mula sedar ,
Abah dan ma semakin tua 
Aku semakin membesar dan berusia



[Dewasa : Memberi peluang untuk mengenali cinta sejati. (Green Light)]

Bila tamatnya zaman persekolahan
Aku sudah tahu ,
Zaman dewasa memang mencabar

Bila aku sudah mula bertindak matang
Bila aku sudah mula memegang stereng kereta buat kali pertama
Bila aku sudah mula memandu sendirian
Baru kini aku sedar
Umur aku sudah meningkat

Maka ,
Perubahan bakal berlaku
Dugaan lebih mencabar

Kini aku sudah meningkat dewasa 
Maka sudah tiba masa aku bertindak matang
Terima kasih abah , Terima kasih ma 
Kerana berjaya mendewasakan aku sehingga kini


♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...