Kecewa Sebelum Bahagia

Manusia tidak pernah lepas daripada KECEWA , kerana itulah laluan yang akan kita lalui sebelum kita berada di tempat yang dikatakan KEBAHAGIAAN.

Kecewa ! Itu adalah satu racun yang bahaya kepada manusia
Kecewa membawa manusia kepada perkara yang tidak baik
Kerana ada manusia yang menjadi tidak terurus bila kecewa
Ada manusia yang menjadi liar bila kecewa
Ada manusia yang berfikiran pendek bila kecewa

Sedar atau tak ,
Ia sememangnya sakit ,
Tetapi sedar tak kita ,
Sebenarnya Tuhan nak menyelamatkan kita daripada terus tertipu dengan manusia
Walaupun sakit , terimalah
Kerana ini hanya sementara , bukan selamanya jika benar anda menyayangi diri anda


[KELUKAAN dihati hanya mampu dirawat dengan PENAWAR KEREDHAAN]
*TEPIS APA SAHAJA PERASAAN YANG TIDAK BAIK YANG MUNCUL DI DALAM HATI.

Percayalah wahai manusia ,
Tuhan tak akan menguji kita melebihi kemampuan kita ,
Kerana Tuhan Maha Mengasihi setiap hamba ciptaannya

Selama mana kita berduka ,
Selama mana kita bahagia ,
Kembalilah bertemuNYA , kerana hanya dengan meluah rasa sedih kita kepadaNYA
Kita akan memperolehi ketenangan yang dicari 




[Kejayaan memiliki KEBAHAGIAAN ialah dengan melalui lantai KEKECEWAAN dengan penuh ketabahan]

Semua manusia akan merasakannya ,
Usah risau kita akan bersama dengan orang yang lebih baik daripada apa yang sebelum ini kita ada. [Ayat ini dipetik daripada Ma tersayang]

♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...