Umur Meningkat , Usia Menjenguk

"Dah besar dah anak abah , kalau dulu masa kecik-kecik menangis je. Sekarang dah besar dah. Dah habis sekolah. Nanti nak kahwin pulak. Lepas ni ada menantulah abah."

Bila abah mula membuka satu cerita tentang usia
Aku mula sedar ,
Abah dan ma semakin tua 
Aku semakin membesar dan berusia



[Dewasa : Memberi peluang untuk mengenali cinta sejati. (Green Light)]

Bila tamatnya zaman persekolahan
Aku sudah tahu ,
Zaman dewasa memang mencabar

Bila aku sudah mula bertindak matang
Bila aku sudah mula memegang stereng kereta buat kali pertama
Bila aku sudah mula memandu sendirian
Baru kini aku sedar
Umur aku sudah meningkat

Maka ,
Perubahan bakal berlaku
Dugaan lebih mencabar

Kini aku sudah meningkat dewasa 
Maka sudah tiba masa aku bertindak matang
Terima kasih abah , Terima kasih ma 
Kerana berjaya mendewasakan aku sehingga kini


Selamat Hari Wanita

Pagi ni cik leena bangun dengan mata yang lebam macam baru lepas dapat penumbuk.
Sudahlah, semalam hari yang malang
Hujan turun dengan lebat tanpa henti seperti hati cik ni
Tapi tak apalah , itu ujiankan 

Ouh hari ini hari wanita ya ?
Tak tahu pun , huhu.

Apa-apa pun , 
SELAMAT HARI WANITA untuk WANITA-WANITA SELURUH DUNIA.
Wanita adalah kurnian Tuhan yang tiada nilainya.
Percayalah ,
Walaupun dia adalah makhluk Tuhan yang susah untuk difahami oleh kaum lelaki
Tetapi merekalah yang istimewa ,
Tanpa mereka tiadalah perhiasan dunia yang sebenar 



Kecewa Sebelum Bahagia

Manusia tidak pernah lepas daripada KECEWA , kerana itulah laluan yang akan kita lalui sebelum kita berada di tempat yang dikatakan KEBAHAGIAAN.

Kecewa ! Itu adalah satu racun yang bahaya kepada manusia
Kecewa membawa manusia kepada perkara yang tidak baik
Kerana ada manusia yang menjadi tidak terurus bila kecewa
Ada manusia yang menjadi liar bila kecewa
Ada manusia yang berfikiran pendek bila kecewa

Sedar atau tak ,
Ia sememangnya sakit ,
Tetapi sedar tak kita ,
Sebenarnya Tuhan nak menyelamatkan kita daripada terus tertipu dengan manusia
Walaupun sakit , terimalah
Kerana ini hanya sementara , bukan selamanya jika benar anda menyayangi diri anda


[KELUKAAN dihati hanya mampu dirawat dengan PENAWAR KEREDHAAN]
*TEPIS APA SAHAJA PERASAAN YANG TIDAK BAIK YANG MUNCUL DI DALAM HATI.

Percayalah wahai manusia ,
Tuhan tak akan menguji kita melebihi kemampuan kita ,
Kerana Tuhan Maha Mengasihi setiap hamba ciptaannya

Selama mana kita berduka ,
Selama mana kita bahagia ,
Kembalilah bertemuNYA , kerana hanya dengan meluah rasa sedih kita kepadaNYA
Kita akan memperolehi ketenangan yang dicari 




[Kejayaan memiliki KEBAHAGIAAN ialah dengan melalui lantai KEKECEWAAN dengan penuh ketabahan]

Semua manusia akan merasakannya ,
Usah risau kita akan bersama dengan orang yang lebih baik daripada apa yang sebelum ini kita ada. [Ayat ini dipetik daripada Ma tersayang]

✿ Rahsia Hati Seorang Perempuan✿

[Wanita adalah perhiasan dunia. Wanita adalah sebaik-baik keindahan]
 
- SENSITIF : bukan bermaksud suka merajuk , tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian. #FAKTA!

- CEREWET : bukan bermaksud FUSSY tak menentu , kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali aja.
- HALUS : ibarat sehalai sutera , cantik , mulus , lembut dan mudah tercabik dan koyak.. walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan , biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pelajaran., Bukan DENDAM. #FAKTA!

- IKHLAS : ikhlas seorang wanita tak perlu diragui. #FAKTA!

- KORBAN : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi , termasuk ibu bapa , anak-anak , dan suami.WANITA amat tabah. #FAKTA!

- PRIHATIN : sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

- MANJA : walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari., naluri seorang WANITA tetap seorang WANITA ., suka bermanja hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum. #FAKTA!

- EGO : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bertemu dengan yang dicintainya. #FAKTA!

- CINTA : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus... bukan di khianati..

- SEKS : seks bukanlah segala-galanya buat WANITA krn WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkan wanita. #FAKTA! 
 [Walaupun Lelaki mengatakan Wanita adalah beban. Percayalah wahai insan bernama Lelaki. Hanya Wanita diciptakan untuk membahagiakan hidupmu]

Kasih Cinta Pertama

Terima kasih cinta pertama
Anda pernah membahagiakan
Tapi anda jugak pernah mengecewakan
Tapi saya tetap menghargai anda


 [Cinta Pertama ! Selangkah kaki ke dunia percintaan , selangkah kaki ke dunia pengorbanan]

Kerana anda yang mengajar saya erti kasih sayang
Kerana anda yang mengajar saya erti menghormati
Kerana anda yang mengajar saya erti kebahagiaan
Kerana anda yang mengajar saya erti kesetiaan

Kerana anda yang mengajar saya tentang kehidupan
Kerana anda yang mengajar saya tentang cinta
Walaupun gagal bersama cinta pertama
Namun , engkau pernah bertuah memiliki cinta pertamaku


[Cinta Pertama adalah pengalaman dan pengajaran dalam hidup]

Terima Kasih kerana membawa saya ke fasa percintaan seterusnya tanpa keraguan

Kata orang , ternyata cinta pertama tidak mampu dilupakan :)


♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...