Lebih Daripada Yang Kita Ada

Ternyata aku tak hebat dalam bab iniJangan mengharapkan apa-apa kelebihan daripada aku
Aku hanya datang membantu , aku juga manusia hina
Untuk melihat semua bahagia , aku kuat untuk mereka

Cinta sentiasa buat manusia lemah dan tak terdaya membawa diri ke alam itu
Ramai yang begitu , *Aku tak kuat harungi percintaan suatu ketika dulu. 
Cinta membawa manusia ke alam lebih dewasa


[Sedarlah masih ramai yang susah mendapat cinta sejatinya, kamu ada. Hargailah]

Adakala kita tak sedar
Susahnya memiliki cinta dan kebahagian yang ideal
Adakala kita memiliki cinta tapi kita tak memiliki kebahagiaan , apa guna begitu
Adakala kita tidak memiliki cinta tapi kita bahagia dengannya
Eloknya kita memiliki keduanya

[Janganlah mencari yang lebih baik berbanding kebaikan yang dia ada. Kerana dia adalah untuk kita. Percayalah]

Sedar tak sedar ,
Manusia alpa setiap kali memiliki cinta mahupun kebahagiaan
Kerana baginya , tidak terasa akan dirinya tentang kepuasan
Sedangkan masih ada diluar sana yang tidak berkesempatan memiliki cinta dan kebahagian.
Tetapi ,
Mereka yang alpa ini masih mencari yang lebih daripada apa yang dia ada
Ternyata selepas itu , muncul penyesalan dalam hatinya
Kerana , cinta sebelumnya itu lebih baik
Dan saat itu tiada gunanya lagi
*Kerana aku juga cukup menyesal suatu ketika dulu

Tick Merah
:Pengakuan Penulis.

♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...