Kelebihan Itu Keistimewaan

Disini kelebihannya ,
Terus aku memandang gelagatnya ke sana ke mari di Pesta Wow di Putrajaya ahad lepas
Tahun ini tak sehebat tahun sebelum ini
Ini sangat membosankan

Aku hanya mengikut langkah si Lebah yang hanya melangkah laju di kawasan pameran kereta
Betullah dia ni
Suruh aku mengadap kereta lagi 



Sambil menggeleng kepala , aku tergelak
Gambar kereta yang dia ambil semua mengadap pada enjin
"Oit mekanik kereta , buat pe yang amik gambar enjin tu. Kereta smart-smart depan mata tu tak nak amik?"
"Alaa, koleksi , pas ni leh wat enjin cam ni kat kereta.(Senyum nakal pulak)"

Aku membisu , kata-kata mekanik kereta ni tak boleh dibawa berlawan
Betul jugak cakap dia , dia dah minat sangat pada enjin kereta.
Nak tak nak , memang enjin kereta jugak la dia tengok. 




AKU:
Dalam hidup ini , aku mengenal kelebihannya saat pertama kali aku mengenalinya
Kelebihan manusia itu membuatkan orang sekeliling bangga ,
Sesungguhnya manusia itu lemah , tiada yang sempurna.
Ada kelebihan pasti ada kelemahan
Jadi jangan anggap mereka yang hidup senang adalah sempurna
Kerana adakalanya manusia yang susah lebih sempurna ,
Sempurna di mata Maha Penciptanya.

♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...