Keegoan Yang Jatuh ,

Bila manusia sudah mula merendah diri
Tanpa keegoan , ia bertambah mudah
Makin hari makin berani
Walaupun ia masih dalam nada yang lembut dan bersalah


Si Dia hanya insan biasa 
Namun , Si Dia masih teguh dengan sikapnya
Si Dia masih cuba untuk bercerita walaupun dia sendiri tidak mampu


Eh, si gadis masih terharu dengannya
Kerana berjaya menjatuhkan egonya untuk bersikap lebih matang
Hanya dengan satu pengakuan,
Si gadis sudah mula berasa berat bebanan yang dipikul selama hidupnya selama berbelas tahun
"Aku malu dengan kau, aku menyesal sangat!"
(Sambil kedua tangan yang menutup seluruh wajahnya. Seolah-olah menyesal dan mengharapkan belas kasihan daripada seorang teman)


Ya Allah , hebat sungguh takdirMU ini
Bagaimana dia mahu teruskan untuk kehidupan seterusnnya


[Percaya pada takdir, percaya dan belajar menerima hakikat. Mungkin itu lebih baik]

Makin hari makin banyak kebenaran
Semoga kebenaran membawa lebih kekuatan


♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...