Akhirnya , kembali senyum

Alhamdulillah ,
Hari ini saya menerima khabar baik lagi.

Saya tahu , dia tetap kawan terbaik saya
Saya mengaku , saya tak cakap bohong
Saya tak mampu kehilangan kawan macam awak

Saya tumpas
Saya gagal
Saya sedih
Saya ketakutan
Bila awak marahkan saya
Jadi, saya diamkan diri

Hampir setahun lebih kita tak bersuara
Asal terserempak , muka ketat tak nak senyum lagi
Asal terserempak di kedai minum
Rasa hati nak balik je
Tak sanggup nak tengok muka awak , bersalah sangat.

Namun ,
Saya gembira kini ,
Awak lembutkan hati awak
Kembalikan semula diri awak sebagai kawan saya

Teringat dulu ,
Awak dan dia sambut birthday saya yang ke-16,
Kita makan pizza bersama ,
Teringat lagi ,
Kita keluar bertiga bersama,
Minum sama-sama ,
Awak periksa phone saya , saya periksa phone dia , dia periksa phone awak,
Sampai bergaduh memanjang
Tapi kita bertiga tetap cool , awak banyak diam bila saya bergaduh dengan dia
Seronok masa tu ,
Saya sayang awak dan dia.
Semoga persahabatan kita akan berterusan bergini



"Tiada yang lebih indah selain persahabatan yang kekal"


♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...