Menyintai Kekurangannya

Perasaan dingin dalam hubungan perlu diredakan dengan ucapan 'Maaf' dan 'Kemaafan' dua pihak.

Jangan menjadikan perkara temeh sesuatu yang besar bagi kamu
Sedangkan ia masih boleh dibincangkan melalui perbincangan dan kata putus dua pihak

Jangan menganggap si dia tak sempurna hanya kerana si dia tidak mampu memberikan apa keinginan kita
Dia juga manusia biasa
Hanya kelebihannya akan memberi kita kebahagiaan yang menyenangkan kita suatu hari nanti

[Kawallah dia jika anda menyintai hatinya , kawallah dia agar dia mampu berdiri dengan stabil semula]

Suatu hari ,
Datang seorang rakan menceritakan perasaan dinginnya pada kekasihnya
Sampaikan hubungan mereka bagaikan mahu berakhir

"Hal apa dia buat?"
"Hal kecik je(rahsia)"
Tersenyum lebar aku dengar , itu bukan sebab kau perlu lepaskan dia.
Perkara kecil je , jangan mencari kesalahan dia sahaja
Kerana dia adalah manusia yang akal pendek , so pasangan dia perlulah berakal panjang untuk menjaga kepala otak si dia tu supaya tak melencong ke tempat lain
*Pasangan aku akal panjang , nasib dia tak bawak aku melencong.

Bukan menyindir diri , tapi pengakuan hati
Manusia tak pernah sempurna ,

Kita kita menyintainya , cintailah juga kekurangannya. Kerana itu semua satu pakej yang membahagiakan. Percayalah.


Maaf , ini urusanNYA

Manusia bukan Tuhan ,
Cukup pantang bila manusia yang suka bagi orang lain percaya  perkara tahyul mahyul ini
Ini urusan Tuhan , 
Jika DIA kata jadi , maka jadilah ia


Kepada manusia yang bergelar Islam , please jadikan ini satu peringatan dan jangan sesekali mempercayai.
Kerana ini semua urusan YANG MAHA KUASA.

Lebih Daripada Yang Kita Ada

Ternyata aku tak hebat dalam bab iniJangan mengharapkan apa-apa kelebihan daripada aku
Aku hanya datang membantu , aku juga manusia hina
Untuk melihat semua bahagia , aku kuat untuk mereka

Cinta sentiasa buat manusia lemah dan tak terdaya membawa diri ke alam itu
Ramai yang begitu , *Aku tak kuat harungi percintaan suatu ketika dulu. 
Cinta membawa manusia ke alam lebih dewasa


[Sedarlah masih ramai yang susah mendapat cinta sejatinya, kamu ada. Hargailah]

Adakala kita tak sedar
Susahnya memiliki cinta dan kebahagian yang ideal
Adakala kita memiliki cinta tapi kita tak memiliki kebahagiaan , apa guna begitu
Adakala kita tidak memiliki cinta tapi kita bahagia dengannya
Eloknya kita memiliki keduanya

[Janganlah mencari yang lebih baik berbanding kebaikan yang dia ada. Kerana dia adalah untuk kita. Percayalah]

Sedar tak sedar ,
Manusia alpa setiap kali memiliki cinta mahupun kebahagiaan
Kerana baginya , tidak terasa akan dirinya tentang kepuasan
Sedangkan masih ada diluar sana yang tidak berkesempatan memiliki cinta dan kebahagian.
Tetapi ,
Mereka yang alpa ini masih mencari yang lebih daripada apa yang dia ada
Ternyata selepas itu , muncul penyesalan dalam hatinya
Kerana , cinta sebelumnya itu lebih baik
Dan saat itu tiada gunanya lagi
*Kerana aku juga cukup menyesal suatu ketika dulu

Tick Merah
:Pengakuan Penulis.

Hati Milik Sendiri

Manusia akan sedar dia sudah kehilangan sesuatu yang berharga saat dia sudah keseorangan 
Dan ketika itu , manusia sudah datang menanggih sesuatu daripada orang yang dia 'sudah mula sayang' itu semula

Ya Tuhan ,
Kuatkan hati mereka yang berkenaan.



Sesungguhnya kehadiran perasaan sayang itu takkan hadir tanpa izin-Mu.
Maka, hanya pada-Mu layak kami memohon dan meminta izin mengawal perasaan yang lemah ini



photo

Sekali hati manusia terluka , bagaikan seribu manusia yang datang melukakan fizikalNya
Dan pastinya mengambil masa yang lama untuk merawatnya

Dear EX-BF ,
Kerana salah langkah menyintaimu,
Aku gagal mengurangkan kasih sayang pada mu
Tapi , tidak semudah dulu aku mengalah
Suatu ketika dulu , hatiku diberikan kepada insan bernama lelaki(Kamu)
Tapi, hanya seketika ia menjadi kenangan dan kelukaan
Kesannya amat berbisa ,
Maaf. 
Jika jodohmu adalah aku.
Maka bersabarlah. 
Jangan merosakkan hidupku kini
[Aku hanya wanita biasa, punyai perasaan yang mendalam dalam menyintai manusia lain.]

Dear LOVE ADDICTS,
Kehidupan ini sementara , terima kasih kerana menyayangiku sehingga kini
Namun aku bukan untuk kamu-kamu
Jika jodoh, aku tak tolak.
Tapi tolong jangan memporak perandakan hubungan manusia lain.

Kelebihan Itu Keistimewaan

Disini kelebihannya ,
Terus aku memandang gelagatnya ke sana ke mari di Pesta Wow di Putrajaya ahad lepas
Tahun ini tak sehebat tahun sebelum ini
Ini sangat membosankan

Aku hanya mengikut langkah si Lebah yang hanya melangkah laju di kawasan pameran kereta
Betullah dia ni
Suruh aku mengadap kereta lagi 



Sambil menggeleng kepala , aku tergelak
Gambar kereta yang dia ambil semua mengadap pada enjin
"Oit mekanik kereta , buat pe yang amik gambar enjin tu. Kereta smart-smart depan mata tu tak nak amik?"
"Alaa, koleksi , pas ni leh wat enjin cam ni kat kereta.(Senyum nakal pulak)"

Aku membisu , kata-kata mekanik kereta ni tak boleh dibawa berlawan
Betul jugak cakap dia , dia dah minat sangat pada enjin kereta.
Nak tak nak , memang enjin kereta jugak la dia tengok. 




AKU:
Dalam hidup ini , aku mengenal kelebihannya saat pertama kali aku mengenalinya
Kelebihan manusia itu membuatkan orang sekeliling bangga ,
Sesungguhnya manusia itu lemah , tiada yang sempurna.
Ada kelebihan pasti ada kelemahan
Jadi jangan anggap mereka yang hidup senang adalah sempurna
Kerana adakalanya manusia yang susah lebih sempurna ,
Sempurna di mata Maha Penciptanya.

SubhanaAllah.



SubhanaALLah,
Kuatkanlah iman hamba-Mu ini , Saat ini yang menerima dugaan yang berat daripada-Mu.
SubhanaALLah,
Kuatkan hati keluarga-Ku , menempuh ujian tanda kesayangan-Mu ini.
Kami menerima ini dengan redha , sesungguhnya. Ujian yang diturunkan-MU,
Ada hikmahnya yang menanti.
Amin.

Nobody Perfect , Be Positive

Sakit hati bila kita kena marahkan ,
Tambah bila orang yang marah kita tu orang yang jarang sekali marah

Wow,
Percaya atau tak , saat ketika itu
Aku kena marah dengan orang yang pendiam
Siapa sangka , kini dia antara orang yang paling aku takut selepas Pencipta-Ku dan keluarga-Ku.
Aku takut atas dasar hormat! 
Walaupun dia tiada ikatan apa-apa dengan kita , tapi dia masih mempunyai ikatan sesama manusia dengan kitakan?


Kejujuran :
Aku jujur ,
Sebab kena marah dengan si Lebah tu.
Nasib baik dia tak mengomel macam Lebah , bising je nanti.
Biarlah, ingat aku je boleh marah
Manusia lain pun ada perasaan jugakan?
Padan Muka kau! 

Bukan nak memburukkan diri sendiri , Orang yang berfikiran matang akan lebih ke arah positif ! Peace! :)
Aku berkongsi cerita ini dengan pengajaran
1. Mereka yang diam tak bermakna dia diam selamanya , malah lebih berbisa!
2. Ingat manusia lain juga mempunyai perasaan
3. Nobody perfect! 
4. Jadilah orang yang pandai menerima kekurangan diri , tak semua yang kita nak akan menjadi milik kita. Be positive!

Aku , jadikan sejarah.

Aku berdiri sebagai seorang wanita yang kuat
Kini aku sudah dapat melihat dia bahagia

Maaf, aku berubah saat kini berada dipimpinan manusia lain
Aku tak layak untuk dipimpin manusia sebaik kau
Cukup aku pernah menyeksa perasaan kau ,
Kini ada yang lebih menyayangi kau


[Tuhan pertemukan kita dimasa yang singkat, namun aku tetap bahagia. Walaupun hati aku bukan untuk kau. Cukup menyimpan kau sebagai kenangan dalam kamus remaja ku]

Semoga engkau tidak sesekali menyamakan si dia dengan aku
Kerana aku dan dia adalah lain
Kisah kita , pengalaman dan segalanya tidak sama
Maaf. Ini bukan jodoh kita

Semoga aku dapat lihat kau tersenyum bahagia tanpa bertutur kata antara kita

Keegoan Yang Jatuh ,

Bila manusia sudah mula merendah diri
Tanpa keegoan , ia bertambah mudah
Makin hari makin berani
Walaupun ia masih dalam nada yang lembut dan bersalah


Si Dia hanya insan biasa 
Namun , Si Dia masih teguh dengan sikapnya
Si Dia masih cuba untuk bercerita walaupun dia sendiri tidak mampu


Eh, si gadis masih terharu dengannya
Kerana berjaya menjatuhkan egonya untuk bersikap lebih matang
Hanya dengan satu pengakuan,
Si gadis sudah mula berasa berat bebanan yang dipikul selama hidupnya selama berbelas tahun
"Aku malu dengan kau, aku menyesal sangat!"
(Sambil kedua tangan yang menutup seluruh wajahnya. Seolah-olah menyesal dan mengharapkan belas kasihan daripada seorang teman)


Ya Allah , hebat sungguh takdirMU ini
Bagaimana dia mahu teruskan untuk kehidupan seterusnnya


[Percaya pada takdir, percaya dan belajar menerima hakikat. Mungkin itu lebih baik]

Makin hari makin banyak kebenaran
Semoga kebenaran membawa lebih kekuatan


Concentrate !

JAWAB SECARA SPONTAN:

Menguji sejauh mana konsentrasi kita.. :)

- Jawab spontan, jangan banyak fikir,

- Baca satu demi satu,

- Concentrate!
- KITA MULA :

Permainan konsentrasi warna :

1. Kertas A4 apa warna dia ?
2. Asap warna dia ?
3. Tisu warna dia apa ?
4. Lembu minum apa ?

Yang jawab susu konsentrasi anda terganggu, sebab lembu minum air..



1. Rambut anda warna apa ?
2. Tulisan ini warnanya apa ?
3. Jalan raya warnanya apa ?
4. Kelawar tidurnya bila ?

Yang jawab malam, ertinya kosentrasi anda terganggu. Sebab kelawar tidur siang hari.

1. Warna cendol apa ?
2. Daun kelapa warnanya apa ?
3. Warna bagi kebanyakkan rumput ?
4. Harimau makanannya apa ?


Yang jawab rumput itu salah. Sebab harimau makan daging..


Simpanan Istimewa

Dalam kehidupan tiada yang sempurna ,
Ada kenangan yang tak disangka istimewa, ada yang tak mampu dilupakan, ada kenangan yang mengembirakan.
Utusan dihantar , sungguh ini akan menjadi simpanan istimewa.

Utusan daripada Mr.Lebah ; Muhammad Anas
1. Bagi saya 1 nickname
: sayang. 
2. Saya seorang penganggu
tidak
3. Nasihat untuk saya
: Hormat orang tua. 
4. Hate/Love? kenapa?
Love! Sejak awak hadir dalam hidup saya rasa sangat tenang! 
5. Kat mana kita mula-mula kenal
FaceBook! 
6. Anggapan pertama awak 1st time kenal saya
Mungkin akan jadi gf saya.
7. Bagi ciri-ciri saya dalam 1 perkataan
 Penyayang. 
8. Good attitude
ambil berat.
9. Bad attitude
kuat merajuk 
10. Perkara yang buatkan awak teringatkan saya
suka cubit
11. Lagu yang membuatkan awak terfikirkan tentang saya
: cinta muka buku
13. Nama saya dalam contact fon awak
: my love
14. Awak selalu nak beritahu saya bahawa
saya sayang awak !
15. Kenangan kita yang awak tak boleh lupakan
: kat Bukit Broga 
16. Harapan awak untuk saya
Berjaya dalam hidup, usaha untuk mencapai cita-cita
__________________________________________________________________________________
Jawapan daripada 3 orang rakan baik 
Utusan ; Siti Zuraidah
1. Bagi saya 1 nickname
lyna
2. Saya seorang apa pada awak
kawan sejati sehidup sampai mati..huhuhhu
3. Nasihat untuk saya
:jaga hati org t syang jgn ego dalam apa2 hal.. jd girl yg lembut lg sopan jgn jadi mcm aq..huhuhuhu
4. Hate/Love? kenapa?
love sebab ko kawan aq yg paling aq sayang no 1 k.. 
5. Kat mana kita mula-mula kenal
2 paling best.. kita kenal waktu darjah 4 bertemu kembali di tingkatan 4.. no 4 adalah no btuah utk kite..
6. Anggapan pertama awak 1st time dah kenal dengan saya
seorang yg memahami lagi megerti hati seorang rakan lgi teman
7. Bagi ciri-ciri saya dalam 1 perkataan
minah motor..
8. Sikap saya yang membuatkan awak ketawa/tersenyum
bila lyna first time pacat kena kt tangan n bila lyna membebel mcm mak org..
9. Good attitude
jujur
peyayang
bertanggungjawab
10. Bad attitude
ego
kuat merempit
lepak tak ingat dunia
banyak cakap sama dgn aku..
11. Perkara yang membuatkan awak teringatkan saya
bila fist time tgk na nangis n x dpt tipu dgn diri sendiri.. n bila leena jerit pacat naek kt tangan 
12. Lagu yang membuatkan awak teringatkan tentang saya
disaat aku mencintaimu - dadali
13. Nama saya dalam contact phone awak
adleena
14. Awak selalu nak beritahu saya bahawa
saya sayang awak sebagai kawan n thnks majdi kawan yg sentiasa mejaga n menasihat sesama kita..
15. Kenangan kita yang awak tak boleh lupakan
banyak sangat kenangan kita awak...
16. Harapan awak untuk saya
semoga anda kahwin cepat n mendapat kebahagia anda jgn simpan luka lama2 d hati t bertambah teruk.. ada kawan kongsi bersama.. moga kite kekal menjadi kawan di dunia dan jugak di akhirat..

__________________________________________________________________________________
Utusan ;  Zahura Shahbani
1. Bagi saya 1 nickname
bam
2. Saya seorang apa pada awak
sahabat
3. Nasihat untuk saya
take care n jngan lpe aq..
4. Hate/Love? kenapa?
love..sbab awk buah ati sye..;D
5. Kat mana kita mula-mula kenal
sekolah...*i'm new student..
6. Anggapan pertama awak 1st time dah kenal dengan saya
sombonk...;D
7. Bagi ciri-ciri saya dalam 1 perkataan
garang...^^Y
8. Sikap saya yang membuatkan awak ketawa/tersenyum
semua nye..
9. Good attitude
banyak tolong sye...
10. Bad attitude
garang sngat..;D
11. Perkara yang membuatkan awak teringatkan saya
MOTO..,♥
12. Lagu yang membuatkan awak teringatkan tentang saya
=='
13. Nama saya dalam contact phone awak
BAM..
14. Awak selalu nak beritahu saya bahawa
sye rindu awk...
15. Kenangan kita yang awak tak boleh lupakan
konvoi gie ampang... n waktu kte rehat sme-2,..
16. Harapan awak untuk saya
take care ur self,xmo nakal-2,kalo de pape just bgtau....ILY..
__________________________________________________________________________________
Utusan : Nurul Aqyla Izzati.
1. Bagi saya 1 nickname
kakak tembam!. 
2. Saya seorang penganggu
: siket pun tak
3. Nasihat untuk saya
Janganlah lupakan saya~ Jaga diri & do your best for your life
4. Hate/Love? kenapa?
Love! sebab awak kakak kesayangan sayalah!
5. Kat mana kita mula-mula kenal
muka Buku!
6. Anggapan pertama awak 1st time kenal saya
As my sister. friendly. cool.
7. Bagi ciri-ciri saya dalam 1 perkataan
 cool!
8. Good attitude
caring
9. Bad attitude
-
10. Perkara yang buatkan awak teringatkan saya
Pipi akak yang Bam tu!
11. Lagu yang membuatkan awak terfikirkan tentang saya
Swear it all over again
13. Nama saya dalam contact fon awak
soulmate, kakak Bam <3
14. Awak selalu nak beritahu saya bahawa
Saya sayang awak. im very lucky to know you & im proud to be your lil sis
15. Kenangan kita yang awak tak boleh lupakan
selalu kacau kakak kat sekolah, sampai buat akak terperanjat, lepak kat MCD, nagis dekat kakak.
16. Harapan awak untuk saya
Dun't forget me, goodluck for you life,takecare.

Perubahan ; Capailah Tangannya

"Allah tak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan dia mengubah nasibnya sendiri"

Perubahan manusia pasti berlaku
Hanya dengan izinnya


Aku hanya insan biasa 
Jika mereka perlukan aku
Aku masih disini untuk diperlukan


Satu perkataan yang pernah keluar daripada mulutnya
"Aku sudah merasakan perubahan saat kini aku mengenali kau"

Eh, manusia.
Aku bahagia tengok kau sudah berubah
Senyum aku meleret memanjangnya
Walaupun pada awal kejujuran kau nampak gugup. kelakar tengok !
Kerana kau takut kehilangan , kau bohong !
Tetapi perbohongan dapat dihidu aku , masa tu baru menyesal.


Sejarah hitam kau yang lepas , please tolak jauh-jauh
Aku tak nak tahu ,
Hanya yang aku nak kan , seorang yang sudah meninggalkan sejarah hitamnya yang lepas
Siapa kau sebelum ini , tak pernah menjadi persoalan kepada aku
Hanya aku bersiap sedia menerima kehidupan kau yang sekarang 


[Tangan ku hulurkan mencapai tanganmu biarpun sudah diselaputi lumpur yang berbisa, asalkan aku tidak membiarkan kau jatuh terus dilecak yang menakutkan]
*Please, give them the chance

Percaya atau tak?
Seseorang mampu berubah , bila seseorang yang dia sayang mula memberinya motivasi yang kuat kepadanya yang sebelum ini tidak pernah diperolehnya

Masih Gembira dalam Kepenatan ,

Kepenatan yang melampau , tetapi kegembiraan tidak tergambar
Walaupun baru je habis demam ,
Masih tercapai akal hendak ke Bukit Broga lagi hari ini.
Dan untuk kali ke-5. Masih lagi tersesak nafas dek kepenatan.


Namun ,
Hari sungguh istimewa ,
Terubat sedikit kerinduan kepada seorang kawan yang dah lama tak lepak bersama , sejak hari itu
Terputus segala perhubungan 


Namun ,
Kini sudah bertaut kembali ,
Dia sahabat aku dan sahabat dia.,
Walaupun kena sedikit 'SOUND' oleh kawan ini
"Kau hilang. Hilang macam tu je kan"
Tapi aku masih selesa berkawan dengannya. 
Rindu beb!


Dia masih seperti dulu ,
Makin kurus tau , comellah sikit. hahaha.


Smpi suda kn pncak....broga hill x mncbr fizikal tp mncbr ksabaran...adoiii la mak cik...copek la...hahhahahaha — at Puncak Bukit Broga.


Status Facebooknya yang buat aku bantai tergelak baca.
Mak cik dalam statusnya tu , sayalah. hehehe.
Jangan marahlah kawan , saya tetap kawan awak.






Ia tetap akan menjadi kenangan terindah buat kami.
The Best Memory Today at Bukit Broga, Semenyih with Anas , Anas and Leena.
(Anas ada dua sebab, nama si kawan kami ni pun Anas. huhu)


Sahabat itu indah , sahabat itu segalanya.
Jangan rosakkan kepercayaan seorang rakan walaupun anda tak pernah menganggap dia seorang rakan baik anda.

Itu Pengorbanan , Ini Penerimaan



Demam ,
Dia layan aku macam baby yang umur 1 tahun
Paksa makan nasi ,
Paksa jangan minum air sejuk ,
Paksa minum air 100plus botol besar ,
Paksa makan ubat ,
Paksa tidur awal.


Ini semua kerena sikap degil aku !
Sekali dia datang mengejutkan aku,
Paksa semua tu macam ma dengan abah.
Padan Muka kau LEN , degil lagi.
Nasib baik dia tak bawak kau pergi klinik terus.

Tuhan uji manusia dengan kesakitan untuk menghapuskan sedikit demi sedikit dosa yang telah kita lakukan.




Pengorbanan dia menguji tahap kesetiaan aku pada dia
Terima Kasih , ANZ.

Akhirnya , kembali senyum

Alhamdulillah ,
Hari ini saya menerima khabar baik lagi.

Saya tahu , dia tetap kawan terbaik saya
Saya mengaku , saya tak cakap bohong
Saya tak mampu kehilangan kawan macam awak

Saya tumpas
Saya gagal
Saya sedih
Saya ketakutan
Bila awak marahkan saya
Jadi, saya diamkan diri

Hampir setahun lebih kita tak bersuara
Asal terserempak , muka ketat tak nak senyum lagi
Asal terserempak di kedai minum
Rasa hati nak balik je
Tak sanggup nak tengok muka awak , bersalah sangat.

Namun ,
Saya gembira kini ,
Awak lembutkan hati awak
Kembalikan semula diri awak sebagai kawan saya

Teringat dulu ,
Awak dan dia sambut birthday saya yang ke-16,
Kita makan pizza bersama ,
Teringat lagi ,
Kita keluar bertiga bersama,
Minum sama-sama ,
Awak periksa phone saya , saya periksa phone dia , dia periksa phone awak,
Sampai bergaduh memanjang
Tapi kita bertiga tetap cool , awak banyak diam bila saya bergaduh dengan dia
Seronok masa tu ,
Saya sayang awak dan dia.
Semoga persahabatan kita akan berterusan bergini



"Tiada yang lebih indah selain persahabatan yang kekal"


Ujian , Bagi MengingatiNYA

 Degupan jantung aku hari ini membawa perkara tak diingini lagi

Keseronokkan kami sedikit diuji
Masa ini LEN cukup berterima kasih sekali lagi buat ANZ
Dia yang bersusah payah berpatah balik ke sini mengambil balik salah seorang rakan kami yang mengalami masalah tayar motor pancit. 
Walaupun ketika LEN call tu , ANZ baru sampai rumah

LEN dah tak tahu nak cakap apa
Sebab ini bukan kali pertama dia bersusah macam ni
Dah berbanyak kali



[Bersyukur dengan ujian ini, semoga Tuhan terus menyayangi kami]

Mungkin ini ujian untuk kami hari ini ,
Namun kami tetap happy walaupun penat melayan tingkah laku si bujang-bujang ni.
Hope semua yang jadi ini mempunyai hikmah tersendiri dan dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama kami. insyaallah.

"Tuhan menguji kami , ketika kami dalam kegembiraan supaya kami akan terus mengingatinya walau dalam susah dan senang"

Dinner Bersama Mereka

 :kenangan bersama Anz, Zue, Apy & Naim [8 Feb 2012]

Sudah lama dinantikan hari ini
Hari ini kami berkumpul dan makan bersama
Walaupun hanya berlima 
Kami tetap seronok

Keseksaan kami makan daging yang liat membuatkan suasana gamat dengan gelak ketawa si bujang teruna ini
"Orang kampung makan western"
Ayat ni buatkan kami ketawa melihat gelagat kami sendiri bila hanya membekalkan pisau dan garfu je untuk makan steak!
Hehehe, memang kelakar

[Cik ZUE and APY]

"Gunting ada ark?"
APY bersuara, tapi cukuplah sekadar kami je yang dengar.
Nasib baik habis jugak

LEN jadi orang terakhir habiskan makanan sendiri
Payah benar nak gigit , liat.
ANZ , yang tak biasa makan tu pun habis awal
Lapar ye , ikutkan hati nak pergi kedai mamak je.
Tak cukup kenyang. hehe

Anywhere, thanks buat ZUE
Sebab belanja makan ni , thanks to NAIM sebab jadi jurugambar kami.

♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...