Perbezaan Bukan Penghalang

Saat bahagia ku menjadikan aku lebih kuat
Kerana pengalaman lalu 
Aku lebih berwaspada dengan tipu daya dunia


Tahu ,
Dia inspirasi saya
Tahu ,
Dia sudah bikin hati saya jatuh kedalam lurah percintaan
Sedalam mana ? entahlah .


Biarlah kebahagiaan kami disorokkan
Kerana aku sendiri tidak mahu dipertunjukkan
Kami tidak sempurna seperti yang lain
Tapi kami mampu ketawa
Tapi kami mampu tersenyum
Tidak bermakna kami tak layak bahagia


Adakalanya ,
Air mata cemburu tumpah dan jatuh dihadapan matanya
Puas dia memohon maaf 
Aku tahu suatu benda padanya
DIA TAK PANDAI MEMUJUK!
Jadi aku kembali ketawa ,
Melihat keadaanya yang tak senang berdiri apa lagi hendak duduk.


photo
[.Senyuman mereka yang kita sayang adakalanya lebih membahagiakan kita.]


Sudahlah , 
Berhentilah gelagat begitu
Ia amat melucukan aku. [hehehe]


:Pesan mak pada kami
"Seorang pendiam (dia), seorang lagi banyak cakap(aku). Eloklah tu. Perbezaan tak pernah menghalang manusia untuk bahagia. Orang yang banyak persamaan pun belum tentu bahagia. Percayalah."




"LEENA ALYNA"

♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...