Kalau Benar Jodohnya

Kebahagian sepasang pasangan apabila hubungan cinta mereka mula diketahui keluarga dan mula direstui kedua pihak.
Awww! sweet seyh.


[Jika dialah jodoh kita, sampai mati pun dia ialah jodoh yang terakhir kita]

Walaupun selepas ini tanggungjawab mereka lebih berat
Masih banyak hati harus dijaga, masih banyak perasaan perlu dihormati
Dengan ini menjadikan pasangan berfikiran matang dan mula ke arah lebih positif.
Jangan jadi kebudak-budakkan lagi ye [SENYUM] 
(pengajaran untuk semua, cinta , kasih perlukan sefahaman.Jangan kerana perangai kamu yang kebudak-budakkan menjadikan si dia meluat dan menyampah. Justeru, menjadikan hubungan anda renggang.Itulah punca menjadi perselisihan faham antara kamu berdua)

Nak cakap apa lagi ,
Kehidupan sangatlah misteri
Adakala buat mereka tersenyum dan ada kalanya membuatkan mereka menitiskan air mata
Aku sukakan misteri kehidupan!

Misteri itulah pegajarannya
Memang sakit namun kebahagiaan terselit disebalik kesakitan itu
Manusia perlu bijak mencari ruang untuk mengambil kebahagiaan yang terselit itu
Tanpa sesekali menyalahkan takdir.


[Cinta dan kesabaran adalah teman kepada pasangan bahagia. Tanpa Cinta dan tanpa Kesabaran tiadalah pasangan bahagia]

Hampir 3 tahun aku menantikan detik ini.
Alhamdulillah, penantian aku berbalas.
Syukur tak terhingga buat kami berdua,
Dengan ini, menjadikan kami bijak menghargai satu sama lain
Semoga hubungan kami akan diredhai oleh Allah Taala.
Insyaallah.


♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...