Jadi Manusia Dewasa

[.Biarkan kita lakukan sesuatu itu seolah-olah kita sudah nampak apa yang bakal terjadi dihadapan kita kelak.]


"Awak , boleh saya cakap sesuatu?"
Ayat itu memulakan perbincangan antara kami 
Rasa bagaikan mahu menangis
Kecewa sedikit dengan sikap manusia
Jadi aku mula berterus terang.


Manusia tidak akan sedar kesilapannya , 
kita yang berada disekelilingnya yang harus berusaha memberitahunya
Walaupun berat . sabar dan kuat ok.


Kata-kata itu walaupun berat
Aku cuba menjadi orang yang dewasa
"Walaupun kita muda lagi , saya nak awak jadi seorang yang dewasa ok.Pedulikan hati manusia, asalkan kita tak terseksa."
kata-kata dia suatu ketika dulu ini membuatkan aku sedar
Manusia tak boleh hidup dengan pemikiran kebudak-budakkan ini


Kerana satu sahaja kesilapan ,
Kesilapan itu akan menjadi tatu yang berbisa dalam hidup kita
Kerana satu sahaja kesilapan
Kesilapan akan membawa segala yang kita ada pergi jauh daripada hidup kita sekarang


[.Biarpun sukar laluan kehidupan , kita harus juga meneruskannya. Meredah segala onak duri yang menghampiri. Jangan jadi manusia yang cepat berputus asa untuk terus berjaya]


Ya Allah ,
Mungkinkan sebelum ini terjadi hanya kerana aku tersalah pemikiran terhadap manusia.
Terima Kasih kerana telah memberi aku nafas yang baru dan lebih segar.


Apa yang aku nak kongsi sekarang ialah
"Apa pun masalah yang kita hadapi dengan sesiapa sekali pun , kita haruslah berfikiran matang dan terbuka. Jangan hanya kerana perkara kecil , kita memperbesarkan lagi. Apatah lagi , perkara besar pasti teruk diperbesarkan. Ini hanya akan merumitkan jalan penyelesaian sahaja.Jadi manusia dewasa ya"
"LEENA ALYNA"

♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...