Itu Membahagiakan

Saya agak suka ayat si adik ini
Cinta Binatang vs Cinta Manusia


Dulu hidup mereka penuh dengan Cinta Binatang
Kita juga mengenal cinta melalui Cinta Binatang
Dan hari ini mereka dijanjikan Cinta Manusia
Mengharapkan Cinta Manusia itu berkekalan
Kerana Cinta Binatang amat menyakitkan


Kita hidup bermula dengan Cinta Binatang yang penuh dengan kesakitan
Sudah dikatakan adat
Dan jangan risau kita semua pasti jumpa Cinta Manusia yang selalu kita cari itu nanti
Tunggulah dengan kesabaran


[.Sedangkan haiwan yang tak ada otak pun menghargai kasih sayang , apalagi kita manusia yang waras pemikiran ini.]


Kebahagiaan aku terserlah melihat dia tersenyum
Kebahagiaan aku terserlah melihat kawan aku bahagia 
Kehidupan ,
Selepas sekolah menjadikan kami lebih matang berfikir
Menjadi kami manusia yang lebih baik dan berfikiran terbuka


Semoga ini Cinta Manusia yang kami cari.

"Ya Allah , engkau berikanlah mereka kebahagiaan itu. Kau turunkanlah kekuatan kepada ujian yang telah kau turunkan kepada mereka. Agar mereka mampu tersenyum lagi."

[.Kerana senyumanmu membahagiakan.]

Kepada rakan yang sedang tersenyum bahagia, 
Teruskan senyuman itu , 
Jangan pudarkan senyuman itu hanya kerana kesedihan datang menyinggah.
Senyumlah biarpun dalam kesakitan.
Tiada yang lebih menenangkan daripada senyuman untuk mereka yang tersayang.

"LEENA ALYNA"

♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...