Kalau Benar Jodohnya

Kebahagian sepasang pasangan apabila hubungan cinta mereka mula diketahui keluarga dan mula direstui kedua pihak.
Awww! sweet seyh.


[Jika dialah jodoh kita, sampai mati pun dia ialah jodoh yang terakhir kita]

Walaupun selepas ini tanggungjawab mereka lebih berat
Masih banyak hati harus dijaga, masih banyak perasaan perlu dihormati
Dengan ini menjadikan pasangan berfikiran matang dan mula ke arah lebih positif.
Jangan jadi kebudak-budakkan lagi ye [SENYUM] 
(pengajaran untuk semua, cinta , kasih perlukan sefahaman.Jangan kerana perangai kamu yang kebudak-budakkan menjadikan si dia meluat dan menyampah. Justeru, menjadikan hubungan anda renggang.Itulah punca menjadi perselisihan faham antara kamu berdua)

Nak cakap apa lagi ,
Kehidupan sangatlah misteri
Adakala buat mereka tersenyum dan ada kalanya membuatkan mereka menitiskan air mata
Aku sukakan misteri kehidupan!

Misteri itulah pegajarannya
Memang sakit namun kebahagiaan terselit disebalik kesakitan itu
Manusia perlu bijak mencari ruang untuk mengambil kebahagiaan yang terselit itu
Tanpa sesekali menyalahkan takdir.


[Cinta dan kesabaran adalah teman kepada pasangan bahagia. Tanpa Cinta dan tanpa Kesabaran tiadalah pasangan bahagia]

Hampir 3 tahun aku menantikan detik ini.
Alhamdulillah, penantian aku berbalas.
Syukur tak terhingga buat kami berdua,
Dengan ini, menjadikan kami bijak menghargai satu sama lain
Semoga hubungan kami akan diredhai oleh Allah Taala.
Insyaallah.


Kesakitan Tak Kelihatan

1 massage (no yang tak dikenali)
"MASSAGE DIRAHSIAKAN"


Malam itu,
Sedang nyenyak LEN nak mulakan mimpi
Tersentak dengan massage tu
Eh, ini dia aku kenal
Tapi belum lagi menatap wajah
Berdasarkan cerita rakan , dia merupakan bekas kekasih salah seorang rakan baik ku.


Menghantar pesanan ringkas dengan nada yang sedih
Dan ini pertama kali dia meluahkan perasaan kepada seorang yang tidak dikenalinya
Dengan harapan aku dapat membantu


Apa lagi yang aku mampu
Hanya memberi nasihat kepadanya


Nilai lelaki begini
Aku amat terharu dengannya
Dia salah seorang lelaki yang mampu menangis kerana seorang wanita
Bukan sekali dah berbanyak kali
Aku cukup simpati kepadanya
Namun aku tetap berbangga dengannya


[Air mata seseorang menandakan dia amat sedih dan kesal dengan apa yang terjadi. Manusia tiada yang sempurna]
Dan sebagai seorang rakan,
Aku akan mendoakan kebahagiaannya.


Pengalaman si kawan,
Menjadikan aku lebih berhati-hati dan mempelajari apa disebalik kesedihannya.


HARGAILAH KEBAHAGIAAN YANG PERNAH KITA KECAPI
AGAR IA TIDAK HILANG DITELAN KESEDIHAN

Hikmah Kesakitan , cukup bahagia

Sejak dua menjak ni
Apa yang di plan semua tergendala
Cuaca tak menentu
ANZ buzy
LEN buzy
Termakan hatilah jugakkan


Tidak semuanya berakhir dengan kesedihan
Adakalanya banyak benda yang kita tak sangka terjadi
Aku tahu kali ini rezekinya


Hikmah motor LEN buat hal ,
Hikmah tayar kereta ma LEN pancit.
Siapa sangka , yang datang tu ANZ
Yang tolong baiki tayar tu ANZ
Yang tolong bawak tayar pergi kedai dalam hujan tu ANZ
Dalam basah dan sejuk
Terharu sangat tengok ANZ macam tu


LEN bersyukur kerana ANZ ada kelebihannya disitu
Hikmah tak jadi jumpa,
Hikmah kenderaan rosak
Rupanya nak tunjuk ini semua pada LEN
Terima Kasih


[Tuhan akan memberi kita jodoh jika CINTA dan HATI kita ikhlas ingin memilikinya dan menjaganya bukan kerana NAFSU]
(Ayat Ma Tersayang)

Tahniah ANZ,
Sebabkan teringin sangat nak meet abah
Dapat dah dia jumpa abah.
Walaupun dengan cara yang agak mengejut
Padan Muka! hehehe.


Ujian Kesabaran

Kesabaran , kekuatan aku sudah mula teruji kini
Aku berhenti seketika
Aku sedih dengan kejujuran
Tapi , aku tak terdaya melawan takdir


Salah aku ,
Buat dia tak stabil
Maaf , aku bukan sengaja meminta
Sedih diperlakukan sedemikian

[Semoga senyuman itu masih ada, walaupun senyuman sudah kelat]

Dia manusia biasa ,
Aku manusia biasa
Apa lagi hendak dipersoalkan
Kerana manusia tak pernah lepas daripada kesilapan
Aku terima walaupun sakit


Aku beri ruang , dan aku perlukan ruang.
Semoga hati ini pulih seperti sedia kala.

Hasrat Yang Tercapai

Bila hasrat saya tercapai
Aku sungguh gembira ,
Teringat kenangan dan keinginan aku sampai ke Puncak itu bersama orang tersayang aku
Siapa dia menjadi tanda tanya untuk aku
Dan akhirnya , orang tersayang itu milik dia.
Siapa sangka , dulu mengharapkan orang lain
Akhirnya , orang lain yang dapat gelaran.


Dan kini,
Semua hasrat tercapai
Tak terkata nilai bahagia itu.
Namun , aku tak berhenti bersyukur dipertemukan dia untuk aku


Walaupun susah pada awal
Namun perjalanannya sungguh gembira dan mencabar sama seperti hubungan kami.
Dan pengakhirannya di Puncak sana.


Walaupun dibuli dengan 3 jejaka
Tapi aku tetap happy.




Di stage Pertama-
Dia setia menunggu , aku yang kepenatan bagaikan nak give up sudah.
Walaupun ini kali ke-4 aku naik
Tapi , dia tetap bagi aku semangat naik juga sampai Puncak kali ini !
Dan aku dah berjaya.
Terima Kasih sayang.

Kalau SUdah Tiba Masanya

Harimau Mati Meninggalkan Belang
Manusia Mati Meninggalkan Kenangan

Hendak atau tidak 
Mahu atau tak mahu
Sauatu hari nanti saya dan kamu akan menerimannya juga

Bila Tuhan memberi peluang anda hidup lagi ,
Itu bermakna dia memberi anda peluang untuk berubah

Ya, aku pernah disituasi itu
Jadi aku tak akan sia-siakan lagi hidup aku kini

Sampai masa Tuhan menjemput
Siapa sangka siapa menduga
Manusia tak terdaya menduga takdir
Kerana TAKDIR itu misteri

Maaf manusia, kau tak hebat
Biarlah kau hebat dimata manusia lain
Tapi kau tak hebat dimata Tuhan
Maaf, kau gagal jika tak pernah menghargai hidupmu.

[.Senyuman penuh misteri. Adakala manusia menangis juga mampu tersenyum. Jadi senyuman itu penuh dengan tanda tanya]


Jadi Manusia Dewasa

[.Biarkan kita lakukan sesuatu itu seolah-olah kita sudah nampak apa yang bakal terjadi dihadapan kita kelak.]


"Awak , boleh saya cakap sesuatu?"
Ayat itu memulakan perbincangan antara kami 
Rasa bagaikan mahu menangis
Kecewa sedikit dengan sikap manusia
Jadi aku mula berterus terang.


Manusia tidak akan sedar kesilapannya , 
kita yang berada disekelilingnya yang harus berusaha memberitahunya
Walaupun berat . sabar dan kuat ok.


Kata-kata itu walaupun berat
Aku cuba menjadi orang yang dewasa
"Walaupun kita muda lagi , saya nak awak jadi seorang yang dewasa ok.Pedulikan hati manusia, asalkan kita tak terseksa."
kata-kata dia suatu ketika dulu ini membuatkan aku sedar
Manusia tak boleh hidup dengan pemikiran kebudak-budakkan ini


Kerana satu sahaja kesilapan ,
Kesilapan itu akan menjadi tatu yang berbisa dalam hidup kita
Kerana satu sahaja kesilapan
Kesilapan akan membawa segala yang kita ada pergi jauh daripada hidup kita sekarang


[.Biarpun sukar laluan kehidupan , kita harus juga meneruskannya. Meredah segala onak duri yang menghampiri. Jangan jadi manusia yang cepat berputus asa untuk terus berjaya]


Ya Allah ,
Mungkinkan sebelum ini terjadi hanya kerana aku tersalah pemikiran terhadap manusia.
Terima Kasih kerana telah memberi aku nafas yang baru dan lebih segar.


Apa yang aku nak kongsi sekarang ialah
"Apa pun masalah yang kita hadapi dengan sesiapa sekali pun , kita haruslah berfikiran matang dan terbuka. Jangan hanya kerana perkara kecil , kita memperbesarkan lagi. Apatah lagi , perkara besar pasti teruk diperbesarkan. Ini hanya akan merumitkan jalan penyelesaian sahaja.Jadi manusia dewasa ya"
"LEENA ALYNA"

Itu Membahagiakan

Saya agak suka ayat si adik ini
Cinta Binatang vs Cinta Manusia


Dulu hidup mereka penuh dengan Cinta Binatang
Kita juga mengenal cinta melalui Cinta Binatang
Dan hari ini mereka dijanjikan Cinta Manusia
Mengharapkan Cinta Manusia itu berkekalan
Kerana Cinta Binatang amat menyakitkan


Kita hidup bermula dengan Cinta Binatang yang penuh dengan kesakitan
Sudah dikatakan adat
Dan jangan risau kita semua pasti jumpa Cinta Manusia yang selalu kita cari itu nanti
Tunggulah dengan kesabaran


[.Sedangkan haiwan yang tak ada otak pun menghargai kasih sayang , apalagi kita manusia yang waras pemikiran ini.]


Kebahagiaan aku terserlah melihat dia tersenyum
Kebahagiaan aku terserlah melihat kawan aku bahagia 
Kehidupan ,
Selepas sekolah menjadikan kami lebih matang berfikir
Menjadi kami manusia yang lebih baik dan berfikiran terbuka


Semoga ini Cinta Manusia yang kami cari.

"Ya Allah , engkau berikanlah mereka kebahagiaan itu. Kau turunkanlah kekuatan kepada ujian yang telah kau turunkan kepada mereka. Agar mereka mampu tersenyum lagi."

[.Kerana senyumanmu membahagiakan.]

Kepada rakan yang sedang tersenyum bahagia, 
Teruskan senyuman itu , 
Jangan pudarkan senyuman itu hanya kerana kesedihan datang menyinggah.
Senyumlah biarpun dalam kesakitan.
Tiada yang lebih menenangkan daripada senyuman untuk mereka yang tersayang.

"LEENA ALYNA"

Perbezaan Bukan Penghalang

Saat bahagia ku menjadikan aku lebih kuat
Kerana pengalaman lalu 
Aku lebih berwaspada dengan tipu daya dunia


Tahu ,
Dia inspirasi saya
Tahu ,
Dia sudah bikin hati saya jatuh kedalam lurah percintaan
Sedalam mana ? entahlah .


Biarlah kebahagiaan kami disorokkan
Kerana aku sendiri tidak mahu dipertunjukkan
Kami tidak sempurna seperti yang lain
Tapi kami mampu ketawa
Tapi kami mampu tersenyum
Tidak bermakna kami tak layak bahagia


Adakalanya ,
Air mata cemburu tumpah dan jatuh dihadapan matanya
Puas dia memohon maaf 
Aku tahu suatu benda padanya
DIA TAK PANDAI MEMUJUK!
Jadi aku kembali ketawa ,
Melihat keadaanya yang tak senang berdiri apa lagi hendak duduk.


photo
[.Senyuman mereka yang kita sayang adakalanya lebih membahagiakan kita.]


Sudahlah , 
Berhentilah gelagat begitu
Ia amat melucukan aku. [hehehe]


:Pesan mak pada kami
"Seorang pendiam (dia), seorang lagi banyak cakap(aku). Eloklah tu. Perbezaan tak pernah menghalang manusia untuk bahagia. Orang yang banyak persamaan pun belum tentu bahagia. Percayalah."




"LEENA ALYNA"

Teladan Untuk Kita

Sedang seronok aku melayan facebook hari ini ,
Mata aku tersangkut pada satu status hamba Allah ni.

[.Manusia tidak pernah lepas daripada membuat kesilapan. Tapi JALAN KEBENARAN sentiasa dibuka untuk dilalui. Teruskan, laluilah dengan penuh keinsafan.]

Jadikan situasi ini sebagai iktibar kepada mereka yang sedang hangat bercinta.. Ketahuilah bahawa bercinta sebelum kahwin adalah jalan menghampiri zina dan ianya mampu untuk berzina...Oleh itu halalkan segera perhubungan anda itu

Wanita 1 : Betul U sayang I ??
Lelaki : Ye sayang, I tak tipu.
Wanita 1 : U nie, jangan laa pegang2 I..
... Lelaki : I pegang sikit je sayang..
Wanita 1 : Tak nak laa.. Kalau terlanjur macam mana?
Lelaki : Kita kahwin laa.. I jumpa keluarga u ..
Wanita 1 : Betul? U nak kahwin dengan I?
Lelaki : Betul sayang.. Sumpah.. u diam je..jangan cakap apa-apa,I pegang sikit je..boleh ye sayang??

SETAHUN SELEPAS ITU..
Wanita 1 : Sampai hati..U tipu I.. Dulu u kata nak nak kahwin dengan I.. Tapi bila u dah dapat..U nak kahwin dengan perempuan lain..
Lelaki : I lelaki, U ingat I nak kahwin dengan perempuan yang senang-senang I boleh dapat? I nak perempuan yang suci..Bukan macam u, yang senang-senang bagi tubuh pada lelaki yang bukan bergelar suami. U ingat I bodoh nak kahwin dengan U?
Wanita1 : Sampai hati u cakap macam tu, dulu.. Masa u nak, macam-macam janji manis u bagi. Tapi sekarang u salahkan I?
Lelaki : I lelaki.. I cuma nak uji u je.. Tapi dah u bagi,I ambil laa. .
Wanita1 : U memang lelaki tak guna.. I menyesal kenal dengan u..
Lelaki : U menyesal? Tapi I puas.. Jangan lupa datang kenduri I nanti.
Wanita1 : U akan dapat balasannya nanti . .

Lelaki tersebut kemudiannya mendapat jodoh wanita yang diimpikannya.. MALAM PERTAMA LELAKI DAN WANITA YANG BARU DINIKAHINYA..
Lelaki : Sayang… I love u so much..
Wanita 2 : Me too sayang..
Lelaki : I bertuah kahwin dengan u.
Wanita 2 : I pun, sayang.. I ada something nak beritahu kat u..
Lelaki : Apa dia sayang?
Wanita 2 : Sebenarnya.. u bukan lelaki pertama yang tidur dengan I.. I pernah tidur dengan semua teman lelaki I.. Untuk suka-suka je..Cari kepuasan sebelum kahwin.. Tapi bila nak kahwin,I cari lelaki baik macam U untuk jadi suami I.. U tak kisahkan?
Lelaki : apa???? (terkejut)

Allah Swt berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (An-Nur’:26)





"Leena ALyna"

Semoga Ia Cukup Sempurna

Tahun Baru
Semua duduk bercerita pasal tahun baru.
Seronokkan , 2012 .
Satu-satu nombor yang cantik.


Alhamdulillah ,
masih kita mempunyai tahun seterusnya untuk kita lakukan apa kehendak-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Semoga hati ini dikuatkan lagi 
Untuk terus berjalan diatas laluan yang sebetulnya.


Bercerita tentang azam ,
Biarlah ia memjadi rahsia aku dan Maha Esa 
Kerana hanya dengan izinnya sahaja azam ku akan berjalan dengan lancar
Tanpa izin-Nya kita tak akan kemana-mana


[.Berazam manusia biarlah berusaha. Jangan biarkan azam tu bertangguh.]


Aku bersyukur , 
dikurniakan satu cahaya kasih 
dikurniakan diri sihat sejahtera
dikurniakan nikmat dunia
dikurniakan kebahagiaan
dikurniakan semangat baru
dikurniakan kenalan baru
dan
dimakbulkan doa yang dipohon selama ini
amin. syukur.


2012 akan aku jadikan sesuatu yang amat istimewa dalam hidup ini.

♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...