Jangan Berharap, jika Masih Belum Comfirm :")




Sakitnya bila dikhianati,
Sakitnya bila hubungan yang sedang dibina rapi musnah.

Pernahkah kita terfikir,
Sebab kita terlampau berharap menjadikan kita mudah lupa yang keseronokkan kita, kebahagiaan kita sekarang ini hanya pinjaman.
Sampai masa Allah mengambilnya semula, pasti merana datang menghampiri

Dahulu aku juga pernah berharap, sampai suatu masa pinjaman aku ditarik balik olehNYA
Alangkah kecewanya hati,
Alangkah pedihnya jiwa,
Aku bagaikan tiada hala tujunya, setahun aku cuba untuk membaiki semula hatiku
Dan akhirnya aku kembali kepada NORMAL

kadang-kadang percaturan hidup kita ini tak dapat kita agak. Dan ada masanya tak logik difikiran. 

Bukan niat untuk melupakan DIA,
Tetapi disebabkan CINTA, Hati aku hancur seketika
Mungkin salahku kerana tidak redha dengan ketentuanNYA.

Namun,
Sekarang aku faham.
Mungkin Tuhan memberi aku sedikit pengajaran
Supaya aku tidak terlampau berharap dengan hubungan yang baru terjalin
Kerana suatu hari nanti Allah akan menarik balik apa yang kita ada sekarang ini

Jangan terlampau berharap, kerana Allah lebih hebat perancangannya daripada kita :)

post signature

KesabaranMu Menawanku ~

Selama ini dialah segalanya,
Selama ini dialah penyabar saya
Sampai masa dia sangatlah bersabar apabila ditengking

Dia sentiasa tersenyum, tunjuk gigi pirahna dia tuhh. 
heii, ingat comel ke? (memang comel pun. huhuhu)
Agar aku berhenti marah dengan sendirinya

Bersabarnya kau sayang,
Kenapa???

A: Kau tahu tak, sampai masa kau kena berhenti berkeras dengan dia. Dia dah banyak sangat bersabar dengan kau.

[.Aku amat hargai kau sayang, 
walaupun kadang-kadang aku sangat menyakitkan bagi kau.]

Sekarang aku sedar,
Tak ada lagi lelaki yang aku kenal, seperti dia
Bersabar dengan segala perangai gila ku
Bersabar dengan segala kemarahan ku

Mungkinkah kerna sayang~

Ada gak kadang-kadang aku tengok dia marahkan orang lain

Sampai ketika tu,
Aku terdiam tanpa berkata-kata,
Mungkin kerana jarang melihat dia sebegitu

Why Not,
Dia pun manusia biasakan?
Boleh marah jugak~

post signature

Belajar Segalanya :)

Aku tak minta untuk terus diingati,
Aku juga tak minta untuk segera dilupakan.

Semua orang mempunyai pengalaman dan cerita sendiri
Mungkin dalam kes hidup aku.
Aku sentiasa di datangi cerita menarik dalam hidup aku
Mungkin ketika itu aku sangatlah gembira


Kami melangkah untuk mencipta cerita kami sendiri
Dugaan adalah jambatan kami, kekuatan adalah kenderaan kami


Tetapi,
Tanpa aku sedar
Aku sudah menyakitkan hati orang sekeliling ku
Maaf,
Aku mungkin tidak sengaja
Sedangkan bagi aku, aku hanya ingin mencari pengalaman hidup

Tanpa pengalaman,
Aku tak akan belajar semua ini

Bagaimana untuk mempertahan apa yang aku ada sekarang
Cuba mencari apa yang selama ini aku tak miliki
Cuba untuk tidak menyakiti hati sesiapa
dan
Aku tak akan mengenali apakah itu cinta sejati



post signature

Kenangan Harus Dilupakan

Mereka Merindui, Aku Terharu
Sungguh pun masa itu telah berlalu
Kenangan itu akan kekal menjadi kenangan yang terus diingati

Maafkan aku kerana hadir dihati anda anda
Dan meninggalkan bisa yang paling berbisa sampai sekarang


Walaupun sudah lama, 
ternyata sengatan berbisa itu tidak mampu dihilangkan dengan serta merta
Auucchh,
Maafkan aku :(
Aku amat menghargai segala yang telah dihulurkan oleh anda anda.


post signature

Korbankan Sayangku UntukMU

Sakitnya mencintai kekasih orang
Apakah selamanya cinta sebegitu dapat dikekalkan
Pengorbanan terbesar dirasakan
Kecewa itu pasti demi melihatnya bahagia

Disini kita dapat menilai
Apakah masih wujud seseorang yang sanggup melepaskan apa yang dia sayang
Kepada orang lain
Walaupun dia tahu,
Itu sangat menyakitkan
Maaf itu bukan dayus,
tetapi pengorbanan!

[.Pengorbanan perlu ada dalam CINTA.]

Taburan air mata tidak lagi penting,
Apa yang penting
Melihat dia bahagia dan tertawa
Walaupun hati ini meronta-ronta menangis, kecewa

post signature

Masih Kau Memerlukan Dia

Aku mula merapatkan diri dengannya, memberikan sedikit senyuman buatnya
Dibalas dengan senyuman suram, aku memahami.

Aku kembali rapat dengannya,
cuba untuk empati setelah hati amat simpati.

*Kesalahan yang sering diulang, 
membawa padah buat manusia.
Tiada manusia sempurna, 
tetapi ini sekadar mengingatkan diri

Ditinggalkan tanpa dimaafi lagi
Kekurangan tanpa peneman lagi
Kesedihan tanpa pujukan lagi
Rayuan tanpa belasan lagi

Wahai teman,
Tidak semua kesabaran yang diberikan mampu bertahan lama
Ada masanya air yang tenang akan mula melemparkan ombaknya
Sekali ombak dilemparkan, lemaslah diri lagi


[.Laut yang tenang jangan sangka tidak akan dilanda ombak besar.]

Cinta itu anugerah terindah
Kalau tak menghargainya sekarang
Pasti sesalan yang berpanjang akan diterima

Hilangnya cinta, tunggang langganglah perasaan
Hilangnya cinta, musnahlah harapan
Hilangnya kasih, hilanglah kebahagiaan
Hilangnya kasih, hilanglah kepercayaan


[.Kekosongan hati yang dirasa, adalah tanda kita masih memerlukannya.]

Tiada lagi yang merindui,
Tiada lagi yang mencintai.

Manusia sering alpa, 
aku datang sekadar mengingati serta membantu dengan berkongsi pengalaman yang banyak diterima.



post signature

Bekas Kekasih, Belum Mampu Menjadi Kawan

Bukan mudah untuk berkawan dengan bekas kekasih.

Dulunya aku mampu,
Makin meningkat cecah hubungan ku dengan 'sayang'
Makin gelisah hati ini
Mampukah ku bertahan, kuatkah aku?

[Jika dia bukan untukku, jauhkanlah dia daripada ku. Tidak mampu ku berhadapan lagi.]

Makin lama ku perhatikan dia
Makin sakit hati ini

Saat ini,
Tuhan turunkan 'sayang' untuk membahagiakanku
Dalam masa yang sama, 
tuhan turunkan bekas kekasih dalam sahabat si 'sayang'
Kelam-kabut perasaan ini
Mungkin dahulunya aku mampu menipu perasaan ini
Tapi ternyata aku tak mampu bertahan.

Bagaimanakan perasaan aku saat ini
Mampukah aku bertahan agar sejarah lama tidak menguasai hati ini

post signature

Muncul Kembalinya DIA

Dia orang yang kita sayang, dulu
Dia orang yang kita cinta, dulu
Dia orang yang kita agungkan. dulu
Dia orang yang kita sering rindukan, dulu
Dia orang yang kita akan ingat sebelum kita tidur, dulu
Dia orang yang kita akan pertahankan

Tetiba dia bertindak menghilangkan diri.
Mula diri terumbang ambing
Makan, minum, belajar, kerja, entah kemana
Segalanya serba tak kena

Hati mula menerima hakikat, 
dia cuba menghancurkan laluan jodoh,
dia bukan milik kita,

Lama sudah dirinya menghilang
Hati yang sudah kembali tenang
Kembali melakukan aktiviti harian seperti biasa

Tetiba, suatu hari
Dia kembali
Kepala mula serabut, segala jahitan luka dihati terbuka dengan sendirinya
Hati mula kucar kacir
Jiwa mula rasa dicucuk-cucuk 

Apakah ini jalan ceritanya
_______________________________________________________________



[ Jika kita sayangkan seseorang, bagilah dia pelepasan yang benar dia inginkan. Jika dia kembali semula kepada kita, maka dia milik kita. Jika tidak, dia tidak akan pernah menjadi milik kita ]

Sakitnya perasaan kami
Sudah berjaya melupakan
Kenapa mesti dia muncul kembali
Inilah takdir,
Mungkin dia hadir hanya menguji hati kita sekali lagi
Atau mungkin,
Dia sememangnya milik kita
Maka bersabarlah wahai hati :)

ILHAM : "Aku tak mengaku kau kawan aku, But ur my BFFor Sahabat" (Cerita ini Untuk DIA)
 post signature

Single :)

[Langkahlah dengan sendirian, jika hati masih belum mampu kembali bersama CINTA]

Bercerita tentang single
aku pernah single dan aku faham apabila berada di situasi tersebut.
Jangan salahkan mereka jika hati mereka belum terbuka untuk kembali bercinta.
Mereka tidak mahu dikecewakan dan tidak mahu melukakan sesiapa

Orang yang single ini
Mungkin sedang mengambil masa untuk mendapatkan semula perasaan yang sudah lama hilang iaitu SAYANG
Mungkin kerana pengalaman lalu yang sering didustai
Mungkin hati mereka belum dapat menerima orang lain dalam hidupnya
Mungkin hatinya belum boleh menerima hakikat
dan 
Hatinya belum dapat ditawan oleh bekas kekasih mahupun 'orang baru'

Apabila Single,
Bukan mudah untuk kembali berkasih semula apabila hati sudah remuk dan tawar hati untuk kembali bersama dengan CINTA

Kelebihan single,
bosannnnn~ Tak tahu nak keluar dengan siapa. (Pilihan ramai sangat. hehehe)

Dear SINGLE :
Kenalilah hati anda, sebelum memulakan semula apa yang kita pernah hilang dulu.
Tanpa pengalaman pahit kita tak akan menerima pengajaran yang baik.


post signature

Hikmah disebalik Kejutan ♥

Kasih, Cinta dan Sayang
Tak semua benda mampu diucapkan dengan kata-kata

Seperti biasa,
Malam 21.10.2012.
Aku kembali ke Putrajaya,
dimana disitulah tempat kenangan malam 21 itu tercipta.

Lelaki ini memberi satu kejutan buat kekasih hatinya.
Segala dugaan besar dan cabaran dalam hubungan dia menjadi pendorong dia melakukan semua itu
Sahabat baik si gadis menjadi kepala utama dia melakukan semua ini


"Saya Sayang Awak" menjadi satu kata-kata cinta yang besar maknanya malam itu.
diikuti simbol " I ♥ U " dengan lilin di atas rumput taman
aw, terkejut gadis itu
dengan semua ini, membuatkan si gadis agak kesedihan malam itu
Nampak kejujuran disitu.

"Ini je cara abang nak amik hati sayang semula.Semoga sayang suka" 
: kata-kata menyentuh hati ouhh! huhu.
Patut suruh pakai baju pink,
Warna bunga dah sama dengan baju dah. :)

Hikmah masalah yang kami alami selama beberapa bulan ini
Membuatkan kami belajar daripada kesilapan
Kerana kami bukan manusia sempurna :)

: Sentiasa berbincang antara satu sama lain, dan menegur kesilapan masing-masing membuatkan kami miliki satu keserasian disitu.
Semoga kami sentiasa diberi kekuatan mengharungi ribut taufan yang akan melanda nanti. amin.

:Thanks for all for do this for me tag= anas mohamed, zuraidah, apy, naiem and the geng.

  post signature

Masa Silam Itu Pengajaran

Masa Silam :)

Sakitnya mengingati
Menyesalnya hati
Apakan daya
Ia sekadar kisah silam yang menghantui diri

Semua manusia hanyalah pelakon
Kitalah yang mencipta segala perwatakkan dalam cerita hidup kita
Kalau salah cipta jalannya, maka salahlah jalan ceritanya
Kalau betul cipta jalannya, maka menjadilah jalan ceritanya

Mungkin tanpa kesilapan, kita tidak akan belajar
Tapi ada juga yang sering dilanda dugaan dan akibat perbuatannya masih teruskan membuat salah
Tanpa berfikir mengapa dan kenapa semua itu terjadi
Itulah KITA!

Kenapa tidak serik wahai hati
Sememangnya kita tidak pernah kisah dengan apa yang kita buat sekarang
Tetapi percayalah kita akan menyesal dengan apa yang kita buat sekarang ini nanti
Berubahlah demi kebaikan,

Dear Pengutuk :
Berhentilah menghina manusia yang pernah membuat salah
Kerana mereka tersalah jalan kerana lalai
Bukan segaja untuk membuat salah
Berhentilah menghina mereka
Kerana engkau belum tentu sempurna


[Sepanjang perjalanan, pasti meninggalkan kesan
semakin panjang hidup ini, panjanglah perjalanan dan simpang yang harus dilalui ]


post signature

Bila Hati Terbelah Bagi

Bila hati manusia mula terbelah bagi

Ouhhh, sakitnya!
Meskipun bukan kali pertama ini jadi
Tetapi, ia semakin sakit
Bukan mereka tidak berasa syukur dengan apa yang dia ada
Tetapi kita sebagai manusia tidak dapat menolak takdir dan dugaan yang DIA turunkan
Cinta dan Sayang sentiasa hadir tanpa pesanan. Itu HAKIKATNYA.

Mungkin kau tak pernah berada ditempat mereka
Bagaimana hati seseorang yang hatinya terbelah bagi antara dia dan dia
Sebab itu kau mula menghina

Maaf,
Tiada manusia sempurna dalam dunia ni kan ?

[sakitnya jika hati mencintai dan menyayangi dua orang dalam satu masa]

Hati terbelah bagi
Kedua tiada sempurna
Tetapi hati semakin sayang

Disini disayangi
Disana disayangi
Hati ini keliru, 
siapakan antara dia dan kamu.

post signature

Pinjaman a.k.a. LOAN

Kalau buat loan kereta, kalau tak bayar kereta kena tarik
Kalau buat loan rumah, kalau tak bayar rumah kena lelong
Kalau buat loan kawin, kalau tak bayar bini kena tarik ? hahaha--'


post signature

" Izinkan Saya Berzina Dengan Anak Pak Cik "


Sajalah leena nak kongsi apa yang sedang dirasa ni selepas membaca entri ini,
Mungkin entri ni terlalu panjang.
Tapi sekali-sekalikan. 
Lepas baca komfirm korang berfikir panjang :)

Okey start :

Satu hari nak dijadikan cerita, seorang lelaki telah datang ke rumah teman wanitanya..

Gadis : Masuk lah dulu, jumpa dengan ayah saya
Teruna : Boleh ke?
Gadis : Masuk je lah, saya nak siap

Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengaluka-alukan kedatangan si Teruna.

Teruna : Assalamualaikum.
Bapa G : Waalaikumusalam.

Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.


Gadis : Mari, duduk kat kerusi
Teruna : eh.

Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.

Bapa G : nak jalan kemana hari ni?
Teruna : Bandar je cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak tau lah saya
Bapa G : oh..
Teruna : ??

Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.

Ibu G : minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?
Teruna : ehh. Sudah cik. Terima kasih.
Ibu G : kamu malu-malu pula dengan kami.
Teruna : segan cik. Hehe
Bapa G : bila kamu nak hantar rombongan?
Ibu G : eh. Apa ayahnya ni?
Teruna : ehh. Duit takde lagi. Hehe
Bapa G : kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti
Teruna : (eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit
Bapa G : boleh takda masalah
Teruna : pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?
Bapa G : kalau boleh 20 ribu
Ibu G : ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh acik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni
Teruna : Berapa tu cik?
Ibu G : dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 keatas pihak lelaki
Teruna : (amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat, aduh) Tingginya acik, tak boleh rendah lagi ke?
Bapa G : itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.

Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis 

Teruna : nak Tanya lagi, kenapa anak acik tak pakai tudung?
Bapa G : itu kenalah Tanya maknya
Teruna : (ehh. Boleh pas-pas pulak dah)
Ibu G : ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak
Bapa G : saya kan kerja. Mana ada masa
Teruna : (pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak Tanya lagi, anak acik pandai masak?
Bapa G : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.
Ibu G : apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.
Bapa G : maknya pun sama suka bangun lambat juga.
Ibu G : abahnya!
Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Ehh.. acik sekarang saya da tau. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?
Ibu G : boleh sikit-sikit kot
Teruna : kali terakhir bila?
Ibu G : err. Darjah 1 agaknya.
Teruna : hmm.
Ibu G : kenapa?
Teruna : takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?
Bapa G : apa motif kamu Tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.
Teruna : kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?

Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah

Teruna : boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lain lah dia ni hafizah, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar. 

Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Keduanya senyap tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. 

Teruna : Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami. Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.
Bapa G : tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.
Teruna : pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?
Ibu G : tentulah kami berdua pun turut gembira.
Teruna : yeke? Saya sambung lagi ya. Acik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat. 

Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.

Bapa G : kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.
Teruna : ehh. Sory pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.
Bapa G : camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!
Teruna : lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?
Bapa G : hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.
Teruna : dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda nil ah pakcik. Selalu ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampai pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.

Bapa G : apa kaitan kamu nak berzina pula
Teruna : yalah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.
Bapa G : hmm. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan
Teruna : hehe. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau.

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (an Nur 32). 

Teruna : Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan. 

Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.

Bapa G : kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.
Teruna : bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.
Bapa G : serius lah sikit.
Teruna : betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu ha. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik.,Sory lah pakcik kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang ngan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je. 

Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon untuk keluar. 

Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. 

Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.

Ibu G : apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.
Bapa G : hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.
Gadis : takde mood nak pegi la ayah. Ntah,,

Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.

Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis

“andai Allah telah memilih dirimu untukku, aku redha dan akan terus bersama mu, aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.” 

“ : )”

“petang ni takde mood nak keluar, Sory. Minggu depan ayah suruh hantar rombongan."

P/s: Walaupun ini hanya sebuah cerita tapi rasanya masih ramaikah lelaki seperti ini?
Sejauh mana permikiran manusia zaman moden ini?


post signature

25 September 2012

Dalam hubungan pasti ada dugaan
Pasti ada masalah
Mungkin itu semua cabaran yang harus dilalui

Alhamdulillah
kini usia hubungan ini sudah mencecah 10 bulan.
terlalu awal bagi nilaian orang lain
tapi sungguh besar buat kami

[ End Less Love ]

Dalam tempoh yang singkat
Cinta ini penuh dengan dugaan yang menguji tahap kesetiaan dan kekuatan mental
Kebanggaan aku memilikinya adalah satu anugerah
Mungkin tiada kesempurnaan tetapi dialah segalanya
Airmata yang pernah kau jatuhkan itu adalah saksi segalanya

Berkorban masa dan tenaga
Demi menjaga hati ku dah keluarga
Semoga hubungan ini akan terus direstui dan kekal. Amin

Selamat UlangBulan sayang :)
post signature

Tiang Cinta

Walaupun tidak dapat melihatnya ketika ini
Namun, suaranya menjelaskan bahawa dia kembali bahagia
Ketawanya jelas sudah kedengaran daripada seketika tadi
Suara bagai dihempas ombak yang tengelam timbul
Kini ku tahu dia sedang susah hati
Bertenanglah wahai sahabatku

Apa yang selama ini dia rasa, kami turut merasakannya
Ternyata kami macam kembar
Ternyata dugaan kami datang berselang hari
Namun aku masih ternyata kuat untuk semua tu


[ tenang-tenang air laut, sampai masa ombak melanda. Bertahanlah ]

Agak terkilan dengan masalah yang dilanda olehnya
Mungkin terlalu tipis peluang ketika itu
Tapi hendak atau tidak,
kita mesti berusaha untuk kembalikan apa yang selama ini kita rasakan agar tidak hilang sekelip mata serta berlalu begitu sahaja
Itu menyakitkan.

Kukuhkanlah tiang yang cuba dibina itu
Agar tidak mudah bergoyang dan runtuh
Ternyata tiang yang berdiri tegak, adakalanya bergoyang ditiup angin
Tetapi berusahalah untuk menegakkan tiang itu selagi ia mampu diberdirikan
Agar masjid mampu dibina di atas tiang itu
Insyaallah. Amin

Leena : Masalah yang timbul takkan diselesaikan kalau kita tidak berusaha memperbetulkannya sendiri.
post signature

Sick :')

Siapa yang hendak sakitkan ?
Apa nak buat pun tak boleh, selain baring, dan makan ubat.

Pagi ini dengan sekali lagi pengorbanan si kasih
Mengorbankan masa tidur paginya
Membawa ku ke Poliklinik kerajaaan
Terkejar masa untuk ke tempat kerja
Sedih dilihat keadaannya

Kelas kolej hari ini tidak dapat ku hadiri kerana sakit ini
Aku terpaksa bertindak demikian
Kerana badan ini sudah betul-betul lemah


Sampai untuk membuat rawatan
Aku menerima berita bahawa aku keracunan makanan
Aku menerima ubat seperti biasa.
Tanpa ditahan di wad, itu selamat. :)


post signature

Ku sapu Air Mata Cinta

Air mata sentiasa menjadi bahan utama dalam hidup kita
Sedetik hati terluka, sedetik hati terguris
Air mata kesedihan bakal mengalir

Masalah yang menimpa ini
Adakala membuat kita mengeluarkan keputusan yang tidak dijangka
Terus mendatangkan kesedihan kepada kedua pihak

Sekali lagi air mata dia ku sapukan
Ya Allah, lemahnya hati dia
Maafkan aku sayang, perkara yang aku putuskan ini memang perkara yang tidak dijangka
Kerana mengikut hati yang marah
Kerana mengikut hati yang geram
Kerana mengikut hati yang terkilan


Tolong,
Senyum kembali untukku
Air mata yang dititiskan telah ku sapukan
Maaf, ia amat berharga untuk ku
Jangan dibazirkan lagi
Bertambah bersalah hati ini

Leena : Tolong, jangan lafazkan benci andai hatimu sedang sayang. 
            Mulut boleh tipu, tetapi hati adalah paling susah untuk dibohongi


post signature

Kesempurna Hati, Itu kebahagiaan

Genap pada tarikh 9-Sep-2012
Aku kembali di puncak Bukit Broga untuk kali ke sepuluhnya.
Sahabat handai yang agak pelik mengapa Bukit Broga itu jadi tempat paling gemar aku ke pergi
Banyak cerita, banyak kenangan, banyak ketenangan di atas sana
Itu menjadi sebab dan kenapa aku sering kesana

[Senyuman ini tersimpan 1001 kekecewaan, ternampak ceria tetapi merana] TAG :Leena. Anas S

Aku dan Anas S memerlukan tempat itu saat ini
Menenangkan otak yang serabut
Menenangkan perasaan yang bercelaru
Tetapi Anas M masih disisi.
Tiada Anas M, tiadalah Anas S disini *Senyum

Kali ini kami pergi berlima
Dua sahabat kolej, si dia dan Anas S.
Naik 6 pagi, turun 9 pagi
Terus bergegas ke Sungai Gabai
Agak longgar lutut ni, tetapi tetap bahagia.


Leena Alyna : Kesempurnaa seseorang hanya di nilai disebalik hati yang mampu membahagiakan, walaupun wajah tak seindah mata, tetapi hati mampu mencipta sejuta kesan bahagia kepada kita. Itulah kesempurnaan dia.

post signature

Dear Kawan :)


Seorang lagi sahabat aku akan ke merantau ke PLKN,
Walaupun tak jauh, tapi terasa jauh jugalah
Mungkin ini rezeki kau,
Walaupun yang ke tiga, tak bermakna nakal.
Jangan persiakannya okey, 
semoga happy-happy kat sana
Kumpul pengalaman baru,
Bawak balik cerita baru untuk aku

Aku akan rindukan celoteh bising kau tuhh ~
Dia nak pergi PLKN dah :)
Buat sahabat,

Jaga diri untuk kami disini,
Mungkin tak jumpa buat seketika,
Aku tahu kau balik sini dah gemok tau , hehe
Semoga happy kat sana okey,
Lupakan apa yang menyakitkan disini
Kerana aku amat memahami perasaan kau sekarang :)

Salam sayang,
[TAG : Fieza. Leena. Dalila. Atyqah]

post signature

Hikmah Ikatan Persahabatan

1 September 2012
Keajaiban bulan mulia

Jemputan daripada SAHABAT 2 ini buatkan aku terkedu seketika
Semalaman aku fikir nak atau tak pergi
Ternyata nasihat dia menenangkan aku
Untuk membuang sikap degil dan keras hati ini

Jadi aku jauhkan hati yang sakit ini demi persahabatan yang sejati
Kembalikan perasaan ini kepada normal

[Kerana RINDU, ketepikanlah apa yang membuatkan hati ini kecewa demi menarik semula persahabatan yang sememangnya milik kita. tag : L.Z.Z. ]

Lokasi rumahnya tetap dalam ingatan.
Beraya bersama,
Bulan mulia ini membawa sedikit keajaiban untuk aku. Terima Kasih
Settel masalah dengan SAHABAT 2.

Sedang sedap menikmati makanan,
Tersedak aku terlihat satu bayang-bayang yang benar-benar aku kenali betul-betul dihadapanku
Ternyata si kenik SAHABAT 1
Kabut sekejap dibuatnya ,
Huh!

Okey, kami berbaik semula ;)
Aku hargai itu.

post signature

Berikan Kebahagiaan Untuknya

1 September 2012
Over night malam 31 Ogos,
Jalan di Bukit Jalil bersama rakan yang mengila :)

Puas mengadap Janji diTepati,
Berangkat ke Bukit Ampang,
Subhanaallah cantik sangat pemandangan atas ni, 
Tetapi mata ni tertumpu pada bulan mengambang yang betul-betul ada di atas kepala,
Bulan yang menerangi malam ini. Cantik :)

[Andai itu kebahagiaanya kau berikanlah dia bahagianya semula, semoga dia akan terus gembira semula]

Bersama Anas Mohamed, Anas Sulaiman, & Muhammad Sufian.
Mereka kawan terhebat
Walaupun ada yang baru mengenali
Tapi dah cukup memahami.
Perangai yang mengila dia orang buat aku tergelak habis hari ini
Hilang habis 'kesteressan' aku mggu ni.

[Bahagia terasa melihat si kawan bahagia]

Terasa bahagia hati ini bila lihat si Anas Sulaiman hari ini
Kerana terlihat sedikit kebahagiaan terpancar diwajahnya
Semoga wajah seperti ini dapat dilihat lagi oleh aku
Sudah lama aku tak lihat dia gembira macam ni
Semenjak daripada hari kecewanya,


post signature

Merdeka :D

Laluan jet pagi ni mengejutkan aku sekali lagi
Setelah hampir 2 hari tidur ku terganggu dek latihan sambutan merdeka untuk hari ini
Mungkin hari ini, hari terakhir aku mendengarkannya
Kerana telah tiba tanggal 31 Ogos hari ini
Tarikh keramat yang membawa Malaysia Merdeka tanpa dijajah oleh penjajah luar.

Alhamdulillah,
55 tahun negara kita aman daripada segala jajahan luar.
Tetapi masihkan ada manusia yang memahami apa istilah kemerdekaan bagi mereka
Bukan hanya sekadar mengibarkan bendera, 
Bukan sekadar melekatkan bendera dicermin kereta,
Bukan sekadar mengantungkan bendera di beranda rumah,
Bukan sekadar meletakkan bendera diatas bonet enjin kereta,
Dan bukan sekadar meletakkan bendera dibelakang motosikal.


SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA YANG KE 55 

Merdeka,
Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah.
post signature

♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...