Misteri Dunia , Misteri Hati Manusia

APA YANG DITUNJUKKAN SEKADAR INGIN BERKONGSI !

Ini adalah mangsa kejahilan seorang manusia yang tidak pernah memikirkan hati orang lain 

Kerana itu manusia seperti aku takut untuk menyayangi seseorang
Hati manusia lain tidak dapat dibaca oleh kita
Alangkah misterinya dunia

Hanya kerana kita terlalu alpa dengan kasih sayang kita pada orang lain 
Kita sudah kehilangan segala-galanya
Apa lagi yang kita ada ,
Hanya tangisan dan air mata mengiringi kehidupan kita

Jangan ,
Jangan disesal apa yang berlaku 
Kerana manusia semuanya tiada bezanya
Pernah melakukan kesalahan dan kesilapan



[.Sayangilah hati , jangan biarkan ia jatuh dan tersasar daripada tempatnya.]

Jangan dihukum hati 
Kerana ia juga tidak bersalah kerana sudah tugasnya untuk menyayangi 
Hanya kita , hanya kita yang sepatutnya memilih siapa yang layak disayangi oleh hati

Walaupun hati ini masih terkejut ,
Tetapi inilah pengajaran.
(Semoga dijauhkan segala musibah ini.amin)

Allah , menciptakan lelaki dengan 9 akal dan 1 nafsu 
Adalah kerana Tuhan inginkan lelaki membimbing wanita yang hanya mempunyai 1 akal dan 9 nafsu .
Tetapi masih adakah lelaki yang akan memikirkan apa kehendak-NYA kepada kita.
Renung-renungkan .
(Harap akan ada lagi)

♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...