Kesetiaan Mula Teruji

Kesetiaan manusia sentiasa teruji
Maka ,
Hari ini bermulalah dugaan dan ujian manusia sepertinya
Sampai ketika dia terima dengan redhanya
Kerana dia tahu Tuhan sentiasa ada untuknya


Manusia tidak pernah berasa cukup dengan apa yang dia ada
Dan menginginkan lebih dengan apa yang dia ada
Mengapa??


Sampai ketika kau cuba memporak perandakan hati dan perasaan dia
Bagai tak bersalah kau
Yang dalam fikiranmu , kau nak dapatkan juga
Maaf ,
Dia bukan untuk kau lagi



[.Manusia akan mula menyesali perbuatannya ketika dia sudah mula rasakan sesuatu yang berharga dalam hidupnya sudah hilang.]

Saat ketika itu ,
Dia akan jadikan yang terakhir
Selepas ayat kita berpisah yang keluar daripada mulut kau tanpa sebab dan akibat
Mengapa??

Kerana kau tak pernah bersyukur ketika memiliki dia
Kau menjadikan dia bagai manusia yang tidak mempunyai perasaan
Mengapa??

Dan akhirnya ,Kau kembali dan memohon maaf
Kau menyesal meninggalkannya
Namun ,
Dengan rela kata hatinya berkata ,
Maaf sayang , kau sudah terlambat.

[.Kehadiranmu terlambat.Penantianku sudah sampai kepenghujungnya.]

Kenyataan ,
: Seperti post ku sebelum ini ada benarnya Feeling love love and luxury & Maaf kunci ketenangan
Tapi aku juga manusia biasa , kesakitan itu tetap ada.
Cukuplah aku menerima kau sebagai sahabat , kerana kau cukup istimewa
Tapi malangnya ,Kau tak penah nampak semua itu dulu.
Dan sekarang , sudah terlambat.


Maafkan saya , awak

Tiada manusia yang pernah lepas daripada membuat salah 
Aku dan mereka juga antaranya
Menyesal , terkilan dan serba salah mempengaruhi



[.Biarlah hati mencari kebahagiaan sebenar.]

Maafkan aku , kawan
Aku tak rela dibenci , kerana telah membuat anda kecewa
Maaf , membuat anda berharap
Dan akhirnya begini
Dimaki, dihina .
Menjadi sesuatu yang diterima .

[.Maafkan saya ,andai pandangan saya tersasar jauh dan melupakan kamu.]

Maaf ,
Bukan niat saya 
Tapi jika awak adalah antara yang menyayangi saya
Doakanlah kebahagiaan saya
Terimalah , ketentuanNya
malah ,
Senyumlah disisi saya
Buanglah kebencian , biarkan diri ini tenang seketika


Kerana Aku Juga Manusia

Betapa beratnya bebannya yang harus ku pikul
Bertahun lama aku genggamnya
Tapi ,
Aku masih dihantuinya


Kerana Aku Juga Manusia
Semua ini harus aku terima ,
Penuh dengan keinsafan dalam diri , aku kembali
Aku menangis sepuasnya


Adakah aku masih mempunyai pilihan lain ?



Honey, so what we learn to accept

Human destiny will not change if he did not make a mistake.
And todayGod for us with the opportunity to return.
So the option is still there, but all that lies in ourselves.
Whether we want to return to the road or not.
All people deserve to be given choices and opportunities.
So the chance that I gave to you

Be thankful, God still loves us.




[.Mohon keredhaanNYA untuk meneruskan perjalanan seterusnya.]

Maaf ,
Aku juga manusia biasa
Sering alpa .

Tuhan ,
Uji semula aku kerana sayang-MU
Aku redha terhadap-MU
Kerana kau lebih tahu yang mana lebih baik untuk hamba-MU
Terima Kasih kerana ENGKAU telah memberi ruang untukku 
Walaupun lambat , aku masih bersyukur

Genggami Hatiku Seeratnya

Tiada perkara lain yang dikehendaki wanita selain daripada kasih sayang oleh lelaki.


Alhamdulillah , aku diberi peluang itu
Terima Kasih
Aku harapkan ini yang terakhir


[.Genggamlah seeratnya hati itu , jangan biar dilepaskan tanpa kerelaan.]

Namun , ketentuan illahi tak daya aku melawan
Aku terima apa jua takdir yang bakal menempuh aku
Aku terima apa jua dugaan yang bakal dipersembahkan

Untuk kamu ,
Cukup aku mengenalimu , besar sungguh pengorbanan yang telah kau lakukan
Semoga dengan kekuatan itu kau kuat menempuh apa juga gerabak dugaan yang melalui stesen hatimu.


Renungilah semula

‎* KECEWA ? - INGATLAH , saat engkau kecewakan seseorang !

* MENANGIS ? - INGATLAH , saat engkau buat seseorang menangis ! 


* SAKIT HATI ? - INGATLAH , saat engkau sakitkan hati seseorang !

* DIPERMAINKAN ? - INGATLAH , saat engkau permainkan seseorang !

* TIDAK DIENDAH ? - INGATLAH , saat engkau buat tak endah pada seseorang !

[Kembalikan semula kisahmu , renungkan apa silapnya disitu]


Misteri Dunia , Misteri Hati Manusia

APA YANG DITUNJUKKAN SEKADAR INGIN BERKONGSI !

Ini adalah mangsa kejahilan seorang manusia yang tidak pernah memikirkan hati orang lain 

Kerana itu manusia seperti aku takut untuk menyayangi seseorang
Hati manusia lain tidak dapat dibaca oleh kita
Alangkah misterinya dunia

Hanya kerana kita terlalu alpa dengan kasih sayang kita pada orang lain 
Kita sudah kehilangan segala-galanya
Apa lagi yang kita ada ,
Hanya tangisan dan air mata mengiringi kehidupan kita

Jangan ,
Jangan disesal apa yang berlaku 
Kerana manusia semuanya tiada bezanya
Pernah melakukan kesalahan dan kesilapan



[.Sayangilah hati , jangan biarkan ia jatuh dan tersasar daripada tempatnya.]

Jangan dihukum hati 
Kerana ia juga tidak bersalah kerana sudah tugasnya untuk menyayangi 
Hanya kita , hanya kita yang sepatutnya memilih siapa yang layak disayangi oleh hati

Walaupun hati ini masih terkejut ,
Tetapi inilah pengajaran.
(Semoga dijauhkan segala musibah ini.amin)

Allah , menciptakan lelaki dengan 9 akal dan 1 nafsu 
Adalah kerana Tuhan inginkan lelaki membimbing wanita yang hanya mempunyai 1 akal dan 9 nafsu .
Tetapi masih adakah lelaki yang akan memikirkan apa kehendak-NYA kepada kita.
Renung-renungkan .
(Harap akan ada lagi)

Tangisan Berharga

Lama sudah air mata wanita aku tak jatuh , 
Dan akhirnya , masih ada yang ingin mencucikan mata ini
Nak kata terharu, sedih ,
Nak kata sedih, memang sedih [HEHE]

Untuk itu ,
Aku belajar mengenali apa erti kesabaran ,
Aku belajar mengenali ketabahan ,
Aku mula membuka akal dan pemikiran demi masa depan dua pihak 

[.Tangisan sangat berharga , jangan biarkan ia jatuh tanpa ada yang menyambutnya.]

Aku selesa ,
Dan akhirnya aku diam daripada tangisan 
Air mata disapu bersih , walaupun kesan bengkak masih melekat
Dia sudah mahu buatkan aku kembali gembira 
Kata-katanya buatkan aku kembali berfikiran positif
Syukur.

Aku diam daripada kata-kata 
Dia mula bersuara menasihatkan hati yang masih dalam keadaan tidak selesa
Tahniah , kamu lulus sesi pujuk memujuk
Terima Kasih .


[.Mengharapkan tangan terus dipimpin tanpa lepasan.]

"Bersabar ea , nanti mesti gembira jugak"
(Kata-kata ini sentiasa memberi aku motivasi yang kuat)
Walaupun kita sedih , sedih itu tidak selamanyakan.
Kegembiraan itu akan hadir menyinggah juga.
Walaupun sesaat.
Percayalah.

Jauhkan Lagi , Dan pergi

Kenapa kau akan muncul setiap kali aku senang menikmati keindahan dunia
Kenapa kau hadir saat ini
Pergilah kau daripada hidupku
Kerana kau pemusnah hatiku
Aku tak perlukan kau lagi 


[.Hati manusia bukan video game yang boleh dibuat sesuka hati.]

Saat kini ,
Aku bersedih hati

Saat kini ,
Aku bagaikan dilanda ombak kebencian

Saat kini ,
Aku bagaikan mahu larikan diri ini sejauh mungkin

Saat kini ,
Aku tak mahu kau tahu kedudukan hidupku

Saat kini ,
Aku terpaksa menipu demi menyelamatkan diriku

Maaf , aku terasa berdosa.
Aku tiada pilihan , kerana aku lebih mengenali sikapmu



[.Pergi jauh-jauh wahai kesedihan, Jangan hancurkan kebahagiaan ini.]

Saya Sayang Awak

Kata-kata keramat ini selalu muncul dalam kehidupan kita


Apakah begini cinta katanya
Tapi adakah kata-kata keramat "Saya Sayang Awak" ini akan berkekalan buat kita
Tak semua yang diharapkan akan diterima oleh hamba yang lemah seperti kita ni
Cuma , harapkan semoga yang indah itu bukan sementara (Status Facebook Sunday at 5:35pm )


Satu malam dinding bilik ditatap
Tidur bagaikan tidak lena
Mimpi yang tidak sedap hati terima muncul
Terus sedar dan mula beristifar


[.Kalau jodoh , usah dirisaukan ,Ia bakal disatukan jua.]

Ya Tuhan ,
Kembalikan semula semangat hati ku
Jangan jatuhkan aku kerana ungkapan keramat itu
Kenapa seolah-olah kini aku payah menerima ungkapan keramat ini
Trauma .

[.Kegagalan lalu membuatkan kita lebih berhati-hati.]

Maaf ini terlalu berat ,
Mungkin aku lebih selesa begini 
Seperti kata ku sebelum ini
Jodoh sentiasa ada , 
Yang membezakan adakah kita bakal memiliki jodoh itu bersama
ataupun tidak .

Itu urusan Yang MAHA KUASA ,
Kita tak terdaya memperdebatkannya .
Hanya doa aku iringan menemani kehidupanMu sayang .

. SAYA SAYANG AWAK .
(Hanya dia yang tahu siapa yang dia sayang)


Semoga Harapan Mu Tak Terlalu Tinggi

Apabila mereka sudah berharap

Si gadis mula sengsara

Kerana terlalu banyak pilihan
Si gadis tidah mahu hati mereka dicarik oleh nya
Sepertimana Si gadis pernah menerimanya

[ .Aku harap tak merosakkan hati insan Lelaki. ]

Aku pernah berjanji tidak akan melukakan hati lelaki
Berhentilah berharap sayang
Andai aku jodohmu 
Aku takkan terlepas ke tangan orang lain
Itu janji takdir kepada pemiliknya


[ . Jagalah hati mereka agar tidak dilukakan. ]

Bukan Harapan , Mohon Keredhaan

Bercerita tentang HATI
Aku pernah muak dan menyampah
Tapi aku tahu bukan selamanya harus aku begini
Aku kena tempuh juga perasaan yang datang


Bagaimana rasa jatuh cinta erk ?
Betul sudah lama aku lupakan , sejak peristiwa itu
Aku gagal , HATI dicarik tak berhenti
Perasaan yang HANCUR , KUCAR KACIR menjadi suatu permainan
Seriuas aku menyesal
[CINTA membuatkan manusia hilang arah tujunya]

Suatu ketika ,
Aku dipertemukan dengan pelbagai jenis manusia
Ada yang berupa , tetapi perangai yang tidak tahu nak cakapkan bagaimana
Ada yang kurang rupanya , tetapi memiliki sifat yang tak tergambarnya fikiran
Ada yang tiada rupa , tetapi dia sungguh istimewa
Aku makin keliru , rasa bagai diseksa perasaan ini

Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..
Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…
Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..
Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…
Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..
Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu…
Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu
Amin….

Begitukan adat percintaan ,
Maaf sememangnya kita harus memilih 
Tetapi janji ku , hatinya yang harus dinilai
Bawalah aku ke jalan yang diredhai 

Aku tak mengharapkan dia jodohku , 
andai dia jodohku , 
kuatkan hubungan kami sehingga akhir hayat kami. amin.
(Seronok naik Broga dengan awak, sama-sama kita tengok matahari terbenam.Cantik ciptaan Allah)

Bukan Sementara

Ketinggian tangga Sungai Gabai buat aku pitam hari ini
Kerisauan melanda andai diri tak kuat menempuhnya


"OH MY GOD !! Kenapa dengan Leena hari ini. Pancit !"


Apa boleh buat , makan pagi terlupa , badan tak cukup rehat.
Habis pucat lesi muka ,
Tapi melihatkan kegembiraannya terserlah aku kuatkan diri juga.


Kawan biar beribu , menjaga sesuatu hubungan itu lebih baik.
Bukan sekadar hubungan dengan keluarga , dengan keluarga atau dengan kekasih
Tetapi juga rakan.
Aku gembira melihat kawan aku bahagia
Walaupun sedar tak sedar aku terlalu memaksa diri


Asalkan dia gembira , aku pasti gembira.


Semoga harapan aku sebagai seorang teman , mengharapkan dia bukanlah sekadar rakan ketika berseronok.
Sudah adat dunia , aku harapkan kau bukan diantara mereka .



[Kawan seronok tak panggil pun datang . Kawan menangis berjuta kali merayu 1000 payah satu nak dapat] 

Kemaafan Tertangguh

Semalaman aku terus disakitkan hati
Makin hari makin teruk
Kini aku telah dipengaruhi terus dengan kekecewaan dan kemarahan


Terlalu kecewa dengan sikap manusia
Sedangkan dulu akulah yang bersamanya
Membantunya , satu pun tak dihargai
Mendapat kawan yang lebih baik , yang dulunya baik makin ligat kau lupakan
Sungguh kecewa



[Dugaan perit : Tuhan sahaja yang tahu apa hendaknya]

Aku bukan terbaik untuk kau
Aku juga tak sempurna , mendiamkan diri lebih baik
Semoga kau berbahagia dengan kawan terbaik itu
Aku mengundurkan diri

[Keinginan semuanya indah , yang diperoleh sebaliknya. Semoga bahagia sayang. Aku undurkan diri demi persahabatan ini]

Ibu perasaan keadaan aku yang banyak mendiamkan diri sejak kes itu
Aku lebih banyak mengurungkan diri
Aku harapkan insan bernama rakan disisi
Tapi , terima kasih kerana kau juga gagal

Sampai masa ,
aku terpengaruh dengan jiwa yang kecewa
aku terpengaruh dengan hati yang marah
aku terpengaruh dengan keadaan yang penuh dugaan

Tuhan ,
Aku terima semua ini.
Terima kasih memilihku sebagai penerima ujianmu.


♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...