Bermulalah ,

Exam Paper SPM aku hampir tamat !
Maka selepas ini bermulalah kehidupan baru yang penuh dengan ceritanya.
Drama satu cerita dewasa bakal bermula.
Mendoakan segalannya dipermudahkan terus. amin.


Satu malam aku memikirkan 
Detik pertama aku diperkenalkan dengan kehidupan
Siapa sangka ,
Aku dipertemukan dengan pelbagai cerita dan kisah


Bermula dengan persahabatan
Persahabatan yang tiada penguhujungnya
Kini harus direnggangkan atas dasar perpisahan
Haluan masing-masing telah dipilih
Maka , ikutlah kita dengan litar kehidupan yang telah disediakan
Andai kita memasuki simpang yang sama
Maka bertemulah kita sahabat.




[Selangkah , sedetik lagi . Aku dan mereka bakal melalui satu litar yang dinamakan litar kehidupan yang sebenar. Semoga perjalanan itu sentiasa cerah dan diwarnai dengan cahaya terindah.]

kini detik ,

Bertemu dengan percintaan
Percintaan yang sentiasa mengajar erti dewasa
Mengecewakan dan kekecewaan adat percintaan
Air mata menjadi simbol kukuh percintaan
Namun , itulah dia Jika kita tidak bertemu dengan air mata
Maka , kita tak akan bertemu dengan sesuatu disebalik air mata itu
Terima Kasih Cinta.


Saat ini ,

Bertemu dengan pengorbanan
Pergorbanan bukan atas dasar cinta sahaja
Tetapi pengorbanan dalam keluarga , pengambilan ilmu , persahabatan dan percintaan
Pengorbanan yang penuh dengan kesakitan , kepedihan dan kelukaan
Namun , ia sentiasa dibalas dengan sesuatu yang lebih baik.
Justeru , bersabarlah wahai hati-hati.

♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...