Berhentilah Wahai Keegoaan

Mata ku sakit , mata ku bengkak 
Hati ku pedih , hati ku parah
Menerima dugaan perih mu ini
Kau uji tahap kesabaran seorang wanita seperti aku lagi

Wahai lelaki , 
Wahai hamba Tuhan ,
Wahai sahabat
Hentikanlah ego mu , batalkanlah niat kejam mu terhadap wanita
Dengan menjadikan aku salah satu mangsa keadaan mu
Dan menjadikan wanita mangsa keegoanmu


[Kata-kata hanya manis dibibir. Mampu membunuh 1 juta perasaan]
[Manusia yang tak bermain-main dengan kata-kata adalah orang yang menunaikan segala apa yang dia cakap dengan cepat dan tepat]

Nasib Tuhan beri aku peluang hanya untuk mengenali kau
Bukan berkasih dengan kau
Hari ini , Tuhan beri aku peluang menilai keputusan ku semula
Walaupun , jatuh juga senjata hebat yang aku pertahankan (air mata)
Namun , aku turut diberi kesabaran menerima ini semua dengan redha 
Semoga kau akan menerima hikmah yang sepatutnya kau temui suatu hari nanti.

"Ya Allah , aku hanya manusia yang lemah . Aku hanya hamba yang tak berkuasa melawan kuasamu , walaupun hati ini sakit dengan permainan si dia . Kau bukakanlah hatinya kembali kearahmu." amin.

♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...