Sayang juga mampu memusnahkan

Perdebatan hari ini membawa kepada kepedihan hati aku
Terasa seolah-olah ingin menangis
Bagaikan kilat memanah dada
Bagaikan diturunkan ribut yang dahsyat
Membuatkan aku terdiam dan bersedih 
Sepanjang perjalanan pulang

Kisahnya.
Mengigatkan cerita dan kisah lalu aku
Bersama dengan istilah yang BERACUN iaitu
C.I.N.T.A.


[C.I.N.T.A. kau tak pernah gagal. Kau sentiasa menang memperdayakan manusia. Terima Kasih]

Hanya kerana sayang
Hati dan harta mu tergadai
Tak rasa marah , malah terima
Kau lupa dunia seketika
Kau leka dengan keduniaan cinta

Hanya kerana sayang
Kau buta 
Kau lurus
Kau ikutkan hati
Kau rela dipijak
Kau gelap mata hati
Kau mamai dalam kegelapan

Hanya kerana sayang
Kau tewas mempertahankan perasaan hati
Kau gagal mengenali diri
Kau sentiasa bersama cinta 
Biarpun kau tahu cinta akan datang dan pergi


[Cinta bagaikan coklat . Biarpun ada yang manis. Masih ada yang pahit]

Dan ketika ini
Aku berasa sedih dan terkilan dengan nasib si rakan
Biarpun dia kalah
Aku tahu akan sakitnya dirinya
Kerana aku pernah berada dilokasinya

Dunia yang macam-macam
Membawa cerita yang pelbagai
Membuatkan aku terasa terhibur bercerita 
Seronok berkongsi pengalaman
Walaupun hati terasa sedih

Leena ALyna : Rambut sama hitam , hati lain-lain
                                Wajah cantik tak melambangkan budi yang TERBAIK
                                Wajah buruk tak melambangkan budi yang TERBURUK

♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...