Sayang juga mampu memusnahkan

Perdebatan hari ini membawa kepada kepedihan hati aku
Terasa seolah-olah ingin menangis
Bagaikan kilat memanah dada
Bagaikan diturunkan ribut yang dahsyat
Membuatkan aku terdiam dan bersedih 
Sepanjang perjalanan pulang

Kisahnya.
Mengigatkan cerita dan kisah lalu aku
Bersama dengan istilah yang BERACUN iaitu
C.I.N.T.A.


[C.I.N.T.A. kau tak pernah gagal. Kau sentiasa menang memperdayakan manusia. Terima Kasih]

Hanya kerana sayang
Hati dan harta mu tergadai
Tak rasa marah , malah terima
Kau lupa dunia seketika
Kau leka dengan keduniaan cinta

Hanya kerana sayang
Kau buta 
Kau lurus
Kau ikutkan hati
Kau rela dipijak
Kau gelap mata hati
Kau mamai dalam kegelapan

Hanya kerana sayang
Kau tewas mempertahankan perasaan hati
Kau gagal mengenali diri
Kau sentiasa bersama cinta 
Biarpun kau tahu cinta akan datang dan pergi


[Cinta bagaikan coklat . Biarpun ada yang manis. Masih ada yang pahit]

Dan ketika ini
Aku berasa sedih dan terkilan dengan nasib si rakan
Biarpun dia kalah
Aku tahu akan sakitnya dirinya
Kerana aku pernah berada dilokasinya

Dunia yang macam-macam
Membawa cerita yang pelbagai
Membuatkan aku terasa terhibur bercerita 
Seronok berkongsi pengalaman
Walaupun hati terasa sedih

Leena ALyna : Rambut sama hitam , hati lain-lain
                                Wajah cantik tak melambangkan budi yang TERBAIK
                                Wajah buruk tak melambangkan budi yang TERBURUK

Biarpun sakit , aku laluinya

Dugaan aku telah sampai
Walaupun berat aku tahan
Untuk kali ini aku kuatkan semangat diri
Supaya aku tak terus bersedih


Apa yang jadi akan aku kuatkan semangat ini
Apa yang terjadi aku mohon terus bersabar


Aku tak salahkan sesiapa untuk terus aku persalahkan
Mungkin inilah ujian aku untuk saat ini
Berat 
Walaupun aku akan menerima keputusan yang agak teruk
Tapi apa lagi yang harus aku lakukan
Kalau sudah takdir begitu


[Hancurnya hati tidak tergambarnya diwajah ini]

Setiap manusia terus diuji
Berat macam mana pun aku akan tempuh
Tuhan uji aku sebab sayangkan akukan?

Leena ALyna : Bukan hikmah yang aku tunggu 
Tetapi bagaimana cara untuk aku laluinya bagi mencari hikmah tersebut.

Tiada yang mustahil

Ini kisah , Ini pengalaman , Ini nasihat
Bukan bercerita tentang sesiapa
Sekadar berkongsi cerita sendiri , cerita manusia yang sentiasa disekeliling

Seseorang yang mengikutkan perasaan akan terima padahnya sendiri
Apabila bersama kekasih hati ,yang kononya bertahan lama
Tetapi dia sendiri tidak menghargai
Mula meminta tamatkan hubungannya setiap kai berlaku pertengkaran
Tanpa berfikir apa-apa
[Manusia cepat berasa bosan , membuatkan mereka cepat menukar perkara tidak suka kepada suka.Suka menjadi tidak suka. Tiada yang tidak mungkin dalam dunia ini]

Kembali bersama setelah rasa cinta berputik kembali
Tanpa berasa apa-apa
Seolah-olah tiada apa yang terjadi sebelum ini
Namun , pisang sentiasa berbuah dua kali
Bukan sekali malah berkali-kali
Membuatkan pasangan berasa bosan dan fedap
Sehinggakan sampai suatu ketika
Tidak kiralah wanita atau lelaki
Kita tidak sangka akan perkara yang kita lakukan itu membawa padah
Malah membawa bahaya jika mereka hilang kawalan diri

Kerana perkara ini takut lagi untuk menjalinkan suatu hubungan
Kerana terlalu takut perkara yang sama berlaku lagi
Apakah ini 
Fenomena yang perlu dilalui oleh orang yang mengalami masalah seperti ini

Oh ,Tuhan .Aku bersalah ketika itu. Namun,aku bersyukur kerana kau mengurniakan aku permikiran yang matang untuk aku meneruskan hidup dengan pengalaman yang aku ada. Untuk aku berkongsi cerita. Dan sudah pastinya untuk aku jadikan pengajaran dalam hidup sampai hayat aku yang terakhir.

Leena ALyna : Apa yang jadi sebelum ini 
                           Sememangnya mampu untuk tidak diingati
                           Tetapi tidak mampu dilupakan
                           Jangan jadikan kenangan lalu sebab untuk kita jatuh

Broga Lagi

Untuk kali kedua aku mendaki lagi kesana
Tetapi , untuk kali ini aku bersama dengan rakan-rakan tercinta
Kawasan tidak dipenuhi seperti mana sebelum ini aku kesana
Tetapi tetap indah , dengan sejarah yang dicipta oleh rakan-rakan


Cantik suasana disana tidak dapat dinafikan lagi


Seronok bersama rakan-rakan
Tak tergambarnya perasaan ini
Semoga kenangan ini akan disimpan sampai keakhir hayat nanti


Walaupun penat 
Mata lebam . Kaki krem .
Perut senak 
Tetapi tidaklah diheran , kerana semua ini adalah suatu memori terindah

Leena ALyna : Kalau esok , masih tercipta kenangan bersama
                          Simpanlah . Jagalah . Kenanglah 
                           Semoga ia terus indah dihati dan dijiwa kita

Telah Terlihat Siapa Sahabat

Bila sahabat tak menghargai persahabatan
Aku mula berang
Kesabaran aku sudah mula tergugat
Namun aku terus mempersabarkan diri
Agar tidak terganggu kawalan diri


[Aku terus melangkah , walaupun ajal aku sudah hampir dihadapan]

Berdiam lebih baik bukan
Kesedihan hati amat terasa bila sahabat sendiri berubah
Tidak tergambar bertapa sakitnya hati ini
Bertapa pedihnya jiwa ini
Terasa bagai tidak dihargai




[Kau bahagia ketiadaan aku hari ini, tapi bahagiakanlah diri kau bila pemergian aku hari esok sahabat]

Terima Kasih sahabat
Baru ku tahu mana batu yang mana permata
Terima Kasih.

Leena ALyna : Hari ini kau lupa orang yang sentiasa bersama kau
                          Suatu hari nanti kau akan cari dimana hilangnya 
                          orang yang benar-benar bersama kau
                          Bila hilangnya mereka , menyesal kau tanpa kata

Detik Kehidupan

Bila ditimpa ujian ,
Kita bagaikan hilang arah tuju
Kita bagaikan inginkan kematian
Kita bagaikan hilang semangat

[Jika dunia milik kita , ingin sekali inginkan biarkan dunia ini terus indah. Tetapi apakan daya.]

Wahai kekasih Tuhan
Berhentilah menangisi kerana dugaan ini diturunkan
Berhentilah mempersalahkan takdir

Apakah bila ujian diturunkan
Kau bakal hilang semangat menerima hari esok

[Setiap Jam , Setiap Minit , Setiap Saat adalah milik kita. Hargailah setiap detik hidup kita]

Oh, kawan 
Masih panjang hidup ini harus kita lalui
Tiada yang indah melainkan hikmah ujian yang akan diturunkan
Ingatlah , Tuhan tidak menurunkan ujian melebihi kemampuan kitakan?
Pasti yang jadi , mempunyai penyelesaian tersendiri

Leena ALyna : Setiap detik hidup kita 
                         Adalah ujian untuk kita
                         Semua hamba pasti diuji

Maaf Kunci Ketenangan

Memaafkan orang suatu keindahan Memaafkan orang suatu ketenangan


Aku menerima satu pesanan ringkas
Pada mulanya daripada nombor yang tidak aku kenali

: Hye sayang :)
: Sape ?
: Kaulah Leena. hahaha
: Cepat cakap ,siapa?
: Ya Allah Leena Oi! Akulah ****
: Ouh kau upenyer. Apa mimpi kau text aku?
: Saja. Rindu kat kau.
: Ouh okey. :)
: Leena , aku nak taye pendapat kaulah. Layak tak aku beri kemaafan kepada orang yang dah maki hamun aku disebabkan jantan?
: Lelaki ?
: Tak , perempuan.
: Ok. Macam nilah. Aku tak berada kat situasi kau sekarang. Mesti banyak benda kau rasa sekarangkan ?
: Macam-macam weyh , tak tahulah.
: Tentu-tentu kau sakit hatikan?
: Tahu tak pe , so ape yang perlu aku buat?
: Untuk menenangkan hati kau , aku syorkan kau maafkanlah dia. Biarkan dia tak tahu sekali pun. Kau dah pun laksanakan tanggungjawab kau sebagai Islam.
: Tapi aku sakit hati sangat-sangat kat dia. Tak pe la aku try. Tapi dia ego , dia je lah nak menang.
: Manusia , ego tu mesti ada , meskipun sedikit. Tetapi tetap adakan. Biarkan dia, macam aku cakap. Kau dah pun maafkan dia. Lepas sudah tanggungjawab kau.
: Okey aku try , thanks leena. :)

Untuk hari ini
Aku telah mempelajari sesuatu yang membuatkan aku bertambah sedar
Biarlah sekeji mana kamu dihina
Sesakit mana kau terima
Sesedih mana perasaan dirasa
Namun aku tahu manusia sentiasa ada kuat tersendiri
Cuma mereka tidak tahu dimana kekuatan mereka tersembunyi


[Kemaafan di Pohon , untuk mempermudahkan mencari Jalan Ketenangan]


Oh Tuhan , hebat sungguh ciptaan-MU
Engkau menciptakan manusia dengan kelebihan tersendiri
Engkau sorokkan segala ciptaan-MU
Untuk hamba-MU mencari sendiri kenikmatan yang kau ciptakan itu
Alhamdulillah
Sesungguhnya tiada yang lebih hebat daripada-MU

Leena ALyna : Tuhan segaja menguji kita
                          Dimana letaknya kelebihan , dimana letaknya kelemahan
                          Untuk manusia menilai sendiri , bertapa hebatnya kehidupan ini

Makin Hampir , mendebarkan

Semakin dekat hari menyerang peperangan
Semakin bergoncang perasaan di dada
Bagai banyak perkara yang serba tak kena
Mungkin ini satu sintom yang kena aku terima


14-November-2011
Bermulalah peperangan pelajar tingkatan 5 batch 1994 seluruh Malaysia
Peperangan di antara PELAJAR TINGKATAN 5 dengan KEMENTERIAN PELAJARAN
Bagi memperolehi kemenangan yang sepatutnya kami menang demi masa depan



[Orang stress tengok bola , kami stress tengok buku]

Ada senjata(Usaha) dan kekuatan(redha)
Mampu membawa kami ke jalan kemenangan
Semoga kemodenan senjata mereka tidak menganggu senjata dan kekuatan kami untuk peperangan ini!

GOOD LUCK FROM MISS LEENA ALYNA 
SMILE

Leena ALyna : Jika hari ini sakit ,
                     Aku harapkan esok masih ada penawar keindahan untuk 
                     kesakitan aku hari ini.


♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...