Ukur kemampuan dibadan sendiri

Tiada usaha tiadalah kejayaan yang kita cari. 
Kalau asyik membatu tanpa membuat apa-apa.
Umpama pokok bunga yang hanya ditanam tapi tak disiram. 
Last-last hanya layu terus.


Samalah seperti manusia yang perlu berusaha untuk mencari keindahan masa depan.
Hanya kita yang mencorakkan lukisan masa depan kita sendiri
Bukan Ibu, Bukan Abah, Bukan Abang, Bukan Kakak, Bukan Adik atau siapa-siapa sahaja.
Sebab kemampuan kita hanya kita sahaja yang akan nampak.
Biar pun mengambil masa yang lama , asalkan niat usaha ditanamkan dalam hati kita sendiri.
Tuhan akan berada disamping orang-orang yang sentiasa mempunyai niat yang baik dan ikhlas.
[Bertenanglah dalam apa juga keadaan]

A : dapat berapa ?
B : hehehe , hurmm
A : cepatlah , nak tengok.
B : aku bodohlah tak payahlah tengok.
A : elo kawan ! Tak ada orang yang bodoh dalam dunia ni , melainkan dia memperbodohkan diri dia sendiri. Semua orang ada kelebihan masing-masing. Pleaselah jangan cakap macam tu, cakap itu satu doa kau tahu.
B : tengok result aku semua teruk kau sendiri tahu.
A : eh , ukurlah kemampuan kau. 

Jangan sekali-kali menyalahkan takdir
Kerana orang yang mampu mengubah takdir adalah kita
Hanya niat , dan usaha sahaja mampu mengubah segalanya

♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...