Tiada Yang Sakit selain DIsakiti

Bila seseorang yang dulunya riang ria
Bertukar diam dan membisu
Mula mereka mempersoalkan
Kemana hilangnya keceriaannya
Kemana hilang riang rianya
Kemana hilangnya semangat hatinya



[Bukan ini yang kupinta untuk takdirku Tuhan. Hurm]

Hanya kerana satu sebab
Hanya kerana satu kejadian
Hanya kerana satu perkara
Hanya kerana satu kesalahan
Hanya kerana satu pemintaan
Hanya kerana satu kesilapan
Hanya kerana satu ungkapan
Hanya kerana satu peristiwa

[Yang berwarna warni itu belum tentu warna kebahagiaan yang kita cari]

Hanya dengan satu satu itulah mampu merubah seseorang menjadi lain
Yang kaya mampu menjadi miskin
Yang miskin mampu menjadi kaya
Yang bahagia mampu menerima kekecewaan
Yang gembira mampu menjadi sedih
Pasti semua yang berlaku mempunyai sebab tersendiri.

Leena ALyna : Meskipun sesuatu itu tidak dapat diterima akal fikiran kita , tetapi semua yang dilakukan pasti bersebab.


♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...