Feeling Love Love and Luxury

Jika kita memikirkan soal hati..
Bila soal hati mula dipersoalkan , apa yang kita ada ?
Apa yang mereka ada ?
Bukankah kita sebagai manusia diberi hak untuk mencari kemana hilangnya rusuk kiri (bagi lelaki) , dimanakah pemilik rusuk kiri yang ada didalam badan kita (bagi wanita).
Jadi berhenti kecewa bila ditinggalkan 
Berikan mereka peluang mencari kebahagiaan mereka
Soal sakit hati , bukan bermakna kita hilang hati bila dikecewakan
Ia masih ada , tetapi ia akan serik untuk menerima yang baru bukan
Jadi berfikirlah secara manusia matang



[Hati berhak dipetik sesiapa , tetapi tak semestinya hati yang kita petik itu, yang itulah sebahagiaan hati kita. Jika salah , cuba lagi capai yang didepan mata]

Jika kita memikirkan soal perasaan..
Cinta adalah anugerah yang terindah dari Tuhan yang Maha Pencipta
Kita wajib bersyukur kerana telah dianugerahkan cinta
Kerana ada lagi orang diluar sana yang tidak memiliki cinta abadi
Setiap orang berhak mencintai dan dicintai, 
berhak mencintai siapapun tetapi jangan sampai hak itu melukai orang lain 
Kita tidak berhak memaksa orang lain untuk membalas cinta kita
Bukankah sesuatu yang dipaksa hanya akan menimbulkan sesuatu yang tidak disangkakan ? Bukankah pemaksaan bererti melanggar hak manusia lain ?
Jadi berhati-hatilah , kadang kala perasaan akan bertindak gila dan membuat manusia melakukan sesuatu perkara luar batasannya 




[My Love can not be bought with money : Kebahagiaan cinta tidak boleh dibeli dengan duit]


Kata orang sesetengah cinta mampu diperolehi dengan menghulurkan kemewahan
Tetapi kenyataannya salah
Kerana suatu hari nanti mereka akan sedar
Tiada kemewahan yang mampu membawa mereka kepada kebahagiaan cinta abadi

Leena ALyna : Tuhan segaja memberikan kita kekecewaan , supaya kita belajar menerima kesakitan sebelum menerima kenikmatan penawar cinta.


♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...