Siapalah Aku Untuk Semua ini

Saat ini , aku mendengar kata-kata dan luahan jiwa seorang kenalan


Kalaulah hati ini mampu dibelah-belah
Kenapa ?
Ingin sekali aku membelah hati ini dan berikan kepada semua orang yang aku sayang
Kerana apa ?
Agar tidak menyakitkan hati siapa-siapa
Untuk apa ?
Ingin sekali aku memiliki semuanya
Mungkinkah terjadi ?
Apakan daya aku tak ada kuasa untuk semua itukan ?
huh
[Berkongsi kasih suatu yang menyakitkan , tetapi kerana tidak mahu menyakiti orang lain. Aku bertahan walaupun menyakitkan hati aku sendiri]
Memang beruntung bila sudah menjadi kegilaan ramai orang
Tapi sakit bila nak menerimanyakan ?
Bukan sakit kerana apa , sakit bila kita menyakitkan hati orang lain
Sememangnya kita manusia biasa yang akan menerima segala dugaan dan cengkaman orang lain
Sudah dikatakan adat kehidupan
Hendak atau tak , kau harus tempuh
[Sedangkan burung mampu terbang dalam ribut, apakah lagi kita manusia yang berpijak pada bumi nyata untuk meredah segala ujian yang datang daripada-NYA. Sedang Tuhan bersama kita]
Dalam situasi ini 
Kamu harus sabar , dan sentiasa berdoa agar tidak tersalah membuat pilihan
Bila tersalah membuat pilihan
Meranalah kamu dalam kehidupanmu selamanya mahupun dalam tempoh yang lama
Lebih baik mendengar kata-kata emas daripada orang yang lebih berpengalaman kan ?
[SENYUM]

Leena ALyna : Siapa kita hendak menghalang ketentuan Tuhan,                 
                              Siapa kita hendak menyalahkan ketentuan takdir ?                         
                              Maaf , 
                              kita bukan sesiapa.
                              Kita hanya hamba ,                        
                              yang perlu menyiapkan persediaan menerima dugaan yang mendatang sahaja.


Kerana Pengalaman , Bukan Membenci

Lebih baik begini saja
Bebas dari cengkaman cinta
Bebas dari segalanya



Bukan ku takut bercinta lagi
Tapi ku takut menangis lagi
Bukan ku takut bermain kasih
Tapi ku takut jiwa 'kan merintih

Pelepasan geram kami hari ini
Tidak dirancang , tidak diduga
Sampai giliran sahabat baik seorang ini yang asyik mengena-genakan aku
Membuatkan aku sedikit tertarik dengan serangkap dua lirik lagu yang dinyanyikan dia !
Makna banyak tersirat disitu


Memberi makna , adakah masih ada manusia membenci cinta
Ingat bukan salah mereka membenci perkara berkenaan


Apakah aku berada di situasi berkenaan
Bila aku sudah tak boleh menerima orang lain dalam hidup aku
Bila aku sudah mula susah menerima kasih sayang orang lain
Bila aku sudah mula tidak menerima apa-apa perasaan
Maaf






[Lebih 50% orang akan mengatakan benci pada cinta , sedang ketika hatinya takut untuk menerima cinta]

Oh, bukan sekali aku membenci cinta
Tetapi aku akan membenci diri aku sendiri 
Bila sampai masanya aku telah tersalah memberi hati kepada orang yang tidak sepatutnya
Tidak aku salahkan orang lain
Hanya mampu mempersalahkan diri sendiri
Kerana kurang pandai menerima ujian , tersalah penyelesaian



[sakitnya semalam , mengharap hilanglah kepedihannya hari ini , esok aku menanti kebahagiaan kasih yang terpilih]
Bukan terlalu memilih , Bukan terlalu fobia
Tetapi kerana pengalaman , AKU SERIK !


Kawan bersuara , mendoakan ku disisi.
Engkau seorang yang hebat L , macam-macam dugaan kau terima. Tapi engkau tetap hebat mengstabilkan perasaan kau. Itu yang aku suka. Tapi L , kau tak pernah menang dalam menyorokkan duka masalah di muka tu.
Apa lagi aku mampu lakukan ,
Aku juga manusia biasa macam yang lain

Leena ALyna : Tahu tak ? Orang yang paling sedih adalah orang yang selalu 
                           menyimpan perasaan sedihnya daripada pengetahuan orang lain. 
                           Jadi tak salah berkongsikan. [senyum]


Ukur kemampuan dibadan sendiri

Tiada usaha tiadalah kejayaan yang kita cari. 
Kalau asyik membatu tanpa membuat apa-apa.
Umpama pokok bunga yang hanya ditanam tapi tak disiram. 
Last-last hanya layu terus.


Samalah seperti manusia yang perlu berusaha untuk mencari keindahan masa depan.
Hanya kita yang mencorakkan lukisan masa depan kita sendiri
Bukan Ibu, Bukan Abah, Bukan Abang, Bukan Kakak, Bukan Adik atau siapa-siapa sahaja.
Sebab kemampuan kita hanya kita sahaja yang akan nampak.
Biar pun mengambil masa yang lama , asalkan niat usaha ditanamkan dalam hati kita sendiri.
Tuhan akan berada disamping orang-orang yang sentiasa mempunyai niat yang baik dan ikhlas.
[Bertenanglah dalam apa juga keadaan]

A : dapat berapa ?
B : hehehe , hurmm
A : cepatlah , nak tengok.
B : aku bodohlah tak payahlah tengok.
A : elo kawan ! Tak ada orang yang bodoh dalam dunia ni , melainkan dia memperbodohkan diri dia sendiri. Semua orang ada kelebihan masing-masing. Pleaselah jangan cakap macam tu, cakap itu satu doa kau tahu.
B : tengok result aku semua teruk kau sendiri tahu.
A : eh , ukurlah kemampuan kau. 

Jangan sekali-kali menyalahkan takdir
Kerana orang yang mampu mengubah takdir adalah kita
Hanya niat , dan usaha sahaja mampu mengubah segalanya

Seketika

PEPERANGAN TAMAT UNTUK SEKETIKA

Kematangan demi Diri Sendiri

Kematangan seseorang menunjukkan sifat dan keperibadian individu


Apakah mereka sebegini seorang yang serius bagai?
Apakah mereka yang sebegini seorang yang tidak mudah dibawa gurau?
Pasti tidak sama sekali ,
Padahal mengenali orang yang sebegini menghiburkan
Kerana mereka lebih matang dengan aspek kehidupan
Wahh ! terasa seronokkan bila ada seseorang yang memahami kitakan ?
Apa ? Ingat boyfriend / girlfriend je ke boleh faham kita.
Orang lain pun bolehlah [SENYUM]



[Ubahlah nasib anda dengan kematangan]

Ok , berbalik kepada kematangan 
Orang yang matang , tidak terlampau serius , seorang yang relex a.k.a. cool [hehe]
Tetapi mereka ini banyak memberi kita motivasi
Banyak memperkenalkan kita dengan kehidupan dunia yang penuh pahit getir ni
Dan bukan seorang yang merosakkan kehidupan kita

[Lalui laluan yang betul , pastikan anda tak tersalah simpang]

Kematangan mampu mengubah seseorang yang dulunya kurang baik sikapnya
Kepada yang lebih baik sifatnya
Alhamdulillah , jika sudah sampai hidayah-NYA kepada hamba yang terpilih
Kematangan mampu membawa seseorang ke Jalan Kebenaran
Meskipun ,banyak halangan dan keperihan yang bakal ditempuhi ketika melalui Jalan Kebenaran

Alangkah bahagianya , ketika melihat rakan sudah kembali ke arah kebaikan
Meskipun ,bukan sepenuhnya . Tetapi itulah permulaan yang dinantikan.
[SENYUM.BAHAGIA.GEMBIRA]

Leena : Corak keperibadian kita terletak pada pemegang berus 
               yang mencorakkan lukisan kehidupan kita.
              Tahulah anda , pemegang itu adalah diri kita sendiri


Bezakan Aku suka dan Tak suka

Sahabat memang dikira wajib ada dalam hidup ini
Tapi , apakah semua sahabat cukup cita-rasa kita ?
Mesti ada yang menjengkelkan kan ?
Aku tak kisah kawan dengan sesiapa asalkan dia tidak menjadikan dia sebagai saingan musuh aku.
Peritnya nanti diri kau terasa , bila tak dimaafkan , kau bakal terseksa bukan.


photo

Aku SUKA :
1. kawan yang faham aku
2. kawan yang tak memaksa
3. kawan yang tak lupa jasa 
4. kawan yang terima 
5. kawan yang pandai jaga mulut dia
6. kawan yang tak mengecewakan
7. kawan yang biasa-biasa 
8. kawan yang tak menyakitkan
9. kawan yang menghormati hak pribadi orang lain
10. kawan yang menjadi dirinya sendiri

Aku TAK SUKA :
1. kawan yang mem'busy' body hal orang lain
2. kawan yang tak faham bahasa
3. kawan yang suka cakap belakang (belakon baik depan kita)
4. kawan yang suka tikam belakang
5. kawan yang mempergunakan kita

Senang je , 
Tapi masih ada kawan yang miliki sifat TAK SUKA tu.
Harap kawan sebegini akan buanglah sikap macam tu.
Takut lagi ramai tak suka , hidup masih panjang
Masih ramai jenis manusia bakal kita hadapi.


photo

[Warna warni kehidupan , hanya kita yang berhak mencorakkannya]

Leena : Kemaafkan akan dihulurkan ,            
           Jika usaha mencari "maaf" itu diteruskan.


Apa-apa Untuk aku

Lesen B cukup 1 Tahun
Kelakar bila ingat balik masa mula-mula nak amik lesen P motor dulu
Malaznyalah rasa ,
Konon dah ada L sukalah.
pas 3 bulan baru amik P
Gagal buat kali pertama sebab gementar punya pasal
Kali kedua okey.
Now dah setahun dah , tunggu tahun depan habislah.
Amik lesen D pulak , pas tu berangan-angan nak amik lesen B
Insyaallah kalau dimurahkan rezeki.

Okey , fullstop sini ya.

Cukup Gembira Melihatnya Bahagia

Kalau nak dikirakan sayang memanglah banyak dan tak terkata ceritanya
Tapi adakalanya manusia lain berhak memiliki cinta abadi
Terutama awak
Saya gembira tengok awak happy
Saya bahagia tengok awak dengan pujaan baru


Awak sedih ?
Tidak sama sekali , malah berbangga untuk selamanya
Kerana ini yang saya tunggu dari awak
Tuhan dah bagi saya hikmah bila kita tamat hubungan itu suatu ketika dulu
Alangkah bahagianya saya kini
Sebab Tuhan dah tunjuk siapakah awak yang sebenarnya



[KETAWA: Bila segala baik buruk kau jatuh atas kepala sendiri , semua orang boleh nampak]

Kini saya hanya memegang status awak sebagai kawan saya untuk 2 tahun
Tak lebih dan tak kurang
Kesalahan awak sudah lama saya maafkan
Tiada istilah benci lagi

[Berhenti menanti apa yang bukan pasti dimiliki]

Biar betul tak sedih?
Demi Tuhan tak , malah boleh senyum sinis lagi tengok perkara itu kantoi [KETAWA]
Kemungkinan perasaan sayang tu dah hilang agaknya
Wah ! bahagianya sebab dah tak sakit hati lagi 
Malah dah lupa pun.

Sekarang , Saya Nur ADLEENA akan memulakan hidup yang baru.
Mendekati hati kepada-NYA.
Sendiri Lebih Baik [Senyum]

[Leena] : Usah letakkan cinta itu segalanya
              Sebab cinta bukan segalanya


Olympic :)

Tamatnya 'Kasih Alia' 20 Sept
Memberi peluang melihat siaran langsung perlawanan yang agak sedikit gentar buat peminat Bola Sepak Malaysia iaitu 
MALAYSIA vs JEPUN
2012 Olympic Qualifier Asian Zone.

Tiada peluang na tengok kat stadiumlah kali ni.
Sebab main kat Jepun.
Semoga permain Malaysia malam ini tidak tergugat dengan penyokong disana
Doa kami buat permain Malaysia di sini akan kami hulurkan buat kamu semua.

Majulah sukan untuk negara
Majulah peminat sukan untuk pasukan negara !
TV hari ini di kuasai oleh 3 peminat bola sepak yang mengila Abah, Along & Angah.
Ma , Achik & Adik terpaksa mengalah ya hari ni. [Ketawa sikit-sikit]

Angan-angan , Kenyataan

Kini , kami kami kami 
Sudah mula mempersiapkan diri untuk menghadapi SPM
Pelbagai perancangan telah kedengaran
Segala bidang mula dipilih oleh kebanyakan pelajar
Alhamdulillah , begitu juga aku
Kini yang terlalu berkeras untuk mencapai segala keinginan untuk berjaya

Usaha yang ada harus ditanamkan dalam diri
Segala angan-angan perlu dijadikan satu cabaran penting
Cabaran perlu dilalui dengan penuh keyakinan demi mencapai kejayaan kelak




Semoga segala impian kawan-kawan akan terbukti kelak :)

Feeling Love Love and Luxury

Jika kita memikirkan soal hati..
Bila soal hati mula dipersoalkan , apa yang kita ada ?
Apa yang mereka ada ?
Bukankah kita sebagai manusia diberi hak untuk mencari kemana hilangnya rusuk kiri (bagi lelaki) , dimanakah pemilik rusuk kiri yang ada didalam badan kita (bagi wanita).
Jadi berhenti kecewa bila ditinggalkan 
Berikan mereka peluang mencari kebahagiaan mereka
Soal sakit hati , bukan bermakna kita hilang hati bila dikecewakan
Ia masih ada , tetapi ia akan serik untuk menerima yang baru bukan
Jadi berfikirlah secara manusia matang



[Hati berhak dipetik sesiapa , tetapi tak semestinya hati yang kita petik itu, yang itulah sebahagiaan hati kita. Jika salah , cuba lagi capai yang didepan mata]

Jika kita memikirkan soal perasaan..
Cinta adalah anugerah yang terindah dari Tuhan yang Maha Pencipta
Kita wajib bersyukur kerana telah dianugerahkan cinta
Kerana ada lagi orang diluar sana yang tidak memiliki cinta abadi
Setiap orang berhak mencintai dan dicintai, 
berhak mencintai siapapun tetapi jangan sampai hak itu melukai orang lain 
Kita tidak berhak memaksa orang lain untuk membalas cinta kita
Bukankah sesuatu yang dipaksa hanya akan menimbulkan sesuatu yang tidak disangkakan ? Bukankah pemaksaan bererti melanggar hak manusia lain ?
Jadi berhati-hatilah , kadang kala perasaan akan bertindak gila dan membuat manusia melakukan sesuatu perkara luar batasannya 




[My Love can not be bought with money : Kebahagiaan cinta tidak boleh dibeli dengan duit]


Kata orang sesetengah cinta mampu diperolehi dengan menghulurkan kemewahan
Tetapi kenyataannya salah
Kerana suatu hari nanti mereka akan sedar
Tiada kemewahan yang mampu membawa mereka kepada kebahagiaan cinta abadi

Leena ALyna : Tuhan segaja memberikan kita kekecewaan , supaya kita belajar menerima kesakitan sebelum menerima kenikmatan penawar cinta.


Sahabat BF & GF saya

Saya Berterima Kasih kerana diberi kepercayaan sepenuhnya oleh teman
Rakan telah memberi ruang untuk saya memahami dia seketika
Rakan mencari bila ada masalah yang meruncingkan fikirannya
Opppss! 
Rakan bukan hanya mencari bila susah , time senang pun ada
Walaupun jarang berkomunikasi
Tidak bermakna mereka melupakan kita
Adakala berfikirlah secara positif jika mahukan hidup yang lebih membahagiakan


Cerita si Rakan banyak mengajar saya tentang pengertian hidup yang penuh dengan duri duri setajam pokok kaktus.
Adakala kita sendiri tak melaluinya
Tapi kita dapat mempelajarinyakan

Raya , Konvoi Tak Ingat Dunia

Tak tergambarnya bahagia saat bersama boyfriend dan girlfriend kesayangan.
Mereka terbaik bagi saya


Raya tahun ini paling happeninglah
Alangkah gembiranya kami , konvoi beraya bagai nak gila.
Bermotor , berkurung , berkebaya
Siapa sangka , kami bertindak segila ini
Percubaan SPM bukan halangan
Raya tetap raya
Percubaan tetap diingatan
Namun , aku tetap gembira kerana mungkin kali ini, tahun ini menjadi yang terakhir buat kami bertindak segila ini.
Ikatan persahabatan harap tidak akan putus ditengah jalan

[11 SEPTEMBER 2011 - open House Cik Wardah Bahari (kaklong) , Encik Izhar Faiz (abe) , Encik Ahmad Zariq (awok) , Cik Rohani Nofiana (hany) , Cik Nurul Syafiqah (fycca) & Cik Siti Nor Maisarah (ayie aeman) ]

Leena ALyna : Yang hari ini mencipta memori , esok jadikanlah sebahagian peringatan sebagai kenangan.

Tiada Yang Sakit selain DIsakiti

Bila seseorang yang dulunya riang ria
Bertukar diam dan membisu
Mula mereka mempersoalkan
Kemana hilangnya keceriaannya
Kemana hilang riang rianya
Kemana hilangnya semangat hatinya



[Bukan ini yang kupinta untuk takdirku Tuhan. Hurm]

Hanya kerana satu sebab
Hanya kerana satu kejadian
Hanya kerana satu perkara
Hanya kerana satu kesalahan
Hanya kerana satu pemintaan
Hanya kerana satu kesilapan
Hanya kerana satu ungkapan
Hanya kerana satu peristiwa

[Yang berwarna warni itu belum tentu warna kebahagiaan yang kita cari]

Hanya dengan satu satu itulah mampu merubah seseorang menjadi lain
Yang kaya mampu menjadi miskin
Yang miskin mampu menjadi kaya
Yang bahagia mampu menerima kekecewaan
Yang gembira mampu menjadi sedih
Pasti semua yang berlaku mempunyai sebab tersendiri.

Leena ALyna : Meskipun sesuatu itu tidak dapat diterima akal fikiran kita , tetapi semua yang dilakukan pasti bersebab.


Trial SPM 1

Paper terakhir minggu ini amat benar ku nantikan
Sebabkan paper sejarah adalah subject paling aku anti bukan nanti !


Dengan keadaan separuh sakit ni
Hidung tak habis-habis ditutup
Tekak tak habis-habis menelan mineral water
Aku mengadap paper yang paling menyakitkan tu
Cepatlah wahai masa
Tidak terdaya diri melawan
Namun ku bersyukur Tuhan berikan aku ruang untuk berdiri dan hadir kesekolah lagi



[Tuhan hulurkan aku bantuan dalam mencapai apa yang aku ingin capai]

Sesungguhnya aku gembira bersama rakan sekalian
Terubat sedikit kedukaan aku minggu ini
Alhamdulillah
Terima Kasih teman.

SenYum Sakit

Selsema dah teruk ,
Batuk menjadi-jadi.
Tak ingat dunia bila beraya
Balasan telah diterima.
Menangis tak guna
Tunggu ubat masuk tekak.


I'M back for my friend.
Trial tak habis lagi ,
Masih ade 3 minggu menanti.
So , enjoy tak ada erti
Mengadap buku hari-hari.

♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...