Takdir Pelbagai , Teruskan

Bila dugaan datang tanpa disedari
Mula diri tercari-cari penyelamatnya
Bagaikan hujan turun tanpa memberi amaran guruh dan kilat
Apakah sempat engkau menyediakan payung berteduh

[Belum sempat aku capai payung. Ia sudah terbang ditiup angin. Alangkah nasib]

Oh Tuhan 
Ku lemah dengan dugaan yang engkau turunkan kepadanya
Apakah hilang bakal keceriaannya yang lalu
Panah menusuk kalbu
Harus aku mencabutnya dengan penuh kesabaran dan ketekunan
Tanpa melukakan kesakitannya

[Sakitnya hidup , penawarnya harus dicari. Usah biarnya pergi]

Ingin aku berpesan kepada yang berkenaan
Ingatlah Tuhan menurunkan dugaan kepada mu
Untuk mengigati mu bahawa DIA Maha Penyayang
Sesungguhnya , DIA menguji mu untuk kamu berfikir sejenak
Apakah ini yang dikatakan perjalanan hidup
Apakah ini segala permainan takdir
Ingatlah , tiada yang indah selain apabila kita berjaya melawan apa juga musibah yang hadir

Leena ALyna : Takdir di dalam dunia mempunyai  pelbagai , ada yang sakit, ada yang indah. Jadi bersyukurlah sekiranya Tuhan memberi kamu takdir yang sedikit senang berbanding yang lain lebih susah. Biarpun payah engkau cuba pertahankan.


♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...