Tak Obses , Tak benci

Terasa hairan dengan diri sendiri
"Biar betul aku mampu bertahan"


Mungkin aku tidak obses dengannya


Aku sudah muak menerima cinta yang tiada hargainya
Aku juga tidak secantik bunga dilaman
Cukuplah dengan apa yang aku ada
Aku juga menyatakan aku juga pernah kesunyian
Namun
Kerananya pasti
Aku takut akan pisang berbuah dua tiga kali

Namun jika seru memanggil 
Aku harap orang sepertinya
Bermula sebuah pengalaman baru
Walaupun masa ketika itu amat singkat
Aku harap dia tidak makan hati sendiri



Tiada masalah untuk berubah
Demi Tuhan dan orang yang disayangi
Yang sekeliling perlu memberi semangat bukan memperlekehkan hati



Itu hakku
Aku tetap dengan pendirian
Aku pastikan tiada lagi cinta seperti sebelum ini
Semoga Tuhan terima niat ku ini


Leena Alyna : Kita diberi sebentuk hati , Dalam sebentuk hati ada 2 belahan yang serasi , Jika kau pasti dialah orangnya , Berilah sebelah hatimu kepadanya , "Jagalah ia sebagaimana aku menjaganya ketika ia bersamaku". Jika dialah yang bertanggungjawab itu , Pasti hati itu elok dan cantik rupanya sekiranya dipulangkan.Bukan hancur berkecai apabila dipulangkan. 
Tengok-tengok dan selamat berfikir.


♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...