Ku Hulurkan Tangan

Kau kata aku sahaja yang memahami kau
Ya ! aku memahami semua rakan-rakan aku


Kerana itu yang aku selalu cuba untuk belajar apa itu memahami dan menghargai
Andai engkau mengenali orang seperti ini
Jangan sangka dia berdiam ,dia bodoh
Kerana mereka diam sebab dia lebih memahami

[Ku hulurkan tangan kepadamu , semoga ringan bebanmu sahabat]

Aku hanya menghulurkan apa yang pernah aku alami
Apa yang pernah aku belajar tentang hidup ini


Suatu ketika dulu
Apa yang telah dipernampak kepada aku tentang kehidupan ini
Ku bersyukur kerana di ajar mengenali kehidupan terlebih awal
Supaya alam dewasa aku lebih berhati-hati
Terima Kasih MSHBR
Aku terhutang banyak benda dengan kau


Jadi kepada mereka
Aku mohon , jangan terlalu sakit menerima dugaan perih ini
Kerana hasilnya akan indah kelak

Leena ALyna : Adakala kita tersalah memilih jalan , tapi kita sebenarnya mempunyai banyak simpang untuk kembali ke jalan yang betul semula.Tetapi nampakkah kita simpang-simpang tersebut ? Jadi , renung-renunglah kehidupan ini.

♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...