Kasih Sayang ♥



[Aku capai apa yang depan mata, Tidak aku kejar apa yang aku rasa tidak mampu dapatkan]

Seorang cikgu Sivik telah memasuki kelas dan mengajar matapelajaran seperti biasa kepada anak muridnya

Cikgu : Ok semua , hari ini kita akan mempelajari tajuk Kasih Sayang. Buka muka surat 55.


Seorang murid telah bangun dan bertanya kepada gurunya itu.

Murid : Cikgu ! Macam mana nak menilai kasih sayang seseorang pada kita? Dan macam mana nak pilih yang terbaik untuk kita buat kasih sayang kita pada pasangan itu berkekalan?

Cikgu : Mari sini kamu. Cikgu nak kamu ke padang sana. Kamu ikut apa yang saya suruh.  Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. Dah petik rumput yang PALING cantik, bawa ke kelas.
["Love is like a violin. The music may stop now and then, but the strings remain forever"]


Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya.

Cikgu : Hai kamu , kenapa tiada rumput yang dipilih?

PELAJAR : Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. MEmang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada antara yang di belakang saya tadi rumput yang cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.


CIKGU : Ya itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlalu tidak berulang lagi. Sekali terlepas , belum tentu kita ada peluang kedua lagi. Jadi beringatlah. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Walaupun nak diikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi... 

Apabila Allah telah mengurniakan sesuatu yang indah buat kamu.
Pilihlah dia , janganlah kamu mencari yang lebih indah daripada itu.
Kerana mungkin selepas ini ,kamu tidak akan jumpa yang indah sepertinya lagi.


Kalau dulu seorang kekasih mampu memberi madah seperti ini kepada pasangannya. Tetapi akhirnya dia yang meninggalkan pasangannya itu. Apakah kekasih seperti ini hanya pandai bermain kata atau dia masih buta mata hatinya? Huh! Tuhan sahaja yang tahu.

Leena ALyna : Kehidupan bagaikan pelangi , adakalanya indah cahayanya, adakalanya cahaya itu ditutupi awan yang gelap . Kita hanya menunggu kembalinya cahaya pelangi itu untuk menyinari hari-hari kita.


♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...