Jika Aku Punyai Kuasa

Kesilapan yang lalu hanya mampu ku kenangkan
Hanya mampu aku mengingati
Hanya mampu aku merenungkannya kembali
Jika aku diberi kuasa untuk mengubah semula takdir hidup aku
Akan sekali aku lakukannya
Akan sekali aku elak daripada mengenalinya
Akan sekali aku kembalikannya disisi semula
Akan sekali aku sayanginya semula
Akan sekali aku berikan kebahagiaan kepada wajah kesedihan
Akan sekali aku membahagiakan hati yang kecewa
Namun itu adalah angan-angan manusia yang lemah seperti ku ini
Itu tidak sama sekali akan berlaku
Ku pujuk diri sendiri
Usah menyesali segala yang berlalu
Teruskan hidup mu
Terima segala takdir itu
Ubah semula takdir itu sendiri dengan nikmat dan kurniaan yang Tuhan telah berikan
Mengharapkan ada hikmah yang akan memberikan aku kekuatan dan ketabahan semula

Leena Alyna : Lupa di kepala , lekat kekal dihati sampai mati.

♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...