Arah Tujuan Harus Aku Teruskan

Dengar kata hati
Insyaallah , Dia mampu membawa aku ke jalanNYA
Berkat bulan ramadhan 
Aku bermuhasabah diri memohon petunjuk dan hidayah daripadaNYA


Mungkin apa yang terjadi sebelum ini 
Adalah hikmah untuk aku
Kesabaran untuknya
Membuatkan aku lebih cekal dan menjadikan aku seorang yang tabah
Syukur

Biarpun yang menjadi mangsa keadaan seorang yang sempurna hatinya
Tetapi oleh kerana ego aku yang tinggi (Jujur)
Aku buta hati , Aku buta perasaan 
Untuk menilai antara emas dan permata
Sedangkan permata lebih indah daripada emas
Sedangkan emas membuatkan manusia buta kerana nilainya yang besar
Kini aku akan cuba menebus kembali kesalahan ku terhadapnya
Tanpa menipu diri sendiri
[Langkah ku kini kehadapan, tanpa aku menghiraukan sekitar belakangku : 
Semoga jalan ku tidak melencong ke arah yang salah]

Tiada yang lebih baik selain berserah diri kepadaNYA yang SAtu
Terima Kasih Ya Allah , engkau telah memakbulkan doa hamba mu yang lemah ini
Sesungguhnya ,engkau telah membawa aku ke jalanMU dengan membiarkan mereka-mereka meninggaalkan aku ketika lalu
Engkau Yang Maha Pengampun
Aku insan yang lemah memohon kekuatan daripada mu untuk meneruskan hidup ku ini

Leena Alyna : Siapa dia sebelum ini tidak perlu dihiraukan , tetapi siapa dia sekarang haruslah kita menilai dengan sebaik mungkin



♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...