Raya Oh Raya

Tengok kawan-kawan excited balik kampung 
Nak kacau dodol
Nak anyam ketupat
Nak buat bahulu
Wah wah wah ,

Okeyh , sebelum terlambat .
Nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat islam
Tak kiralah kenal ke tak
Andai terlanjur kata 
Andai tersalah komunikasi
Andai tersilap langkah (Perbuatan)
Maaf dipinta.


Semoga Raya ni . 
Dapat merapatkan hubungan silatulrahim sesama Islam.


Kembalikan Senyuman Aku

Sedang hati menerima tamparan hebat
Dugaan datang lagi menambah perasa ujian
Makin bertambah 
Makin sakit  
Makin runsing

[Pulangkanlah kegembiraan , Kembalikanlah senyuman ku semula Oh Tuhan]

Hanya kerana satu sebab 
Hanya kerana satu kecewa
Hanya kerana satu orang
Hanya kerana satu cerita
Aku gagal dalam mengawal perasaan sendiri


Cuma hati tetap berpegang teguh
Menanti cerita baru disebalik cerita sedih


Leena ALyna : Andai esok aku tiada , simpanlah kenangan aku dihatimu. Andai esok aku tiada , jagalah tangisanmu agar tidak menyeksaku. Andai esok aku tiada , kirimkanlah doa buatku. Andai esok aku tiada , teruskanlah hidupmu tanpa aku. Maafkan aku.

Ku Hulurkan Tangan

Kau kata aku sahaja yang memahami kau
Ya ! aku memahami semua rakan-rakan aku


Kerana itu yang aku selalu cuba untuk belajar apa itu memahami dan menghargai
Andai engkau mengenali orang seperti ini
Jangan sangka dia berdiam ,dia bodoh
Kerana mereka diam sebab dia lebih memahami

[Ku hulurkan tangan kepadamu , semoga ringan bebanmu sahabat]

Aku hanya menghulurkan apa yang pernah aku alami
Apa yang pernah aku belajar tentang hidup ini


Suatu ketika dulu
Apa yang telah dipernampak kepada aku tentang kehidupan ini
Ku bersyukur kerana di ajar mengenali kehidupan terlebih awal
Supaya alam dewasa aku lebih berhati-hati
Terima Kasih MSHBR
Aku terhutang banyak benda dengan kau


Jadi kepada mereka
Aku mohon , jangan terlalu sakit menerima dugaan perih ini
Kerana hasilnya akan indah kelak

Leena ALyna : Adakala kita tersalah memilih jalan , tapi kita sebenarnya mempunyai banyak simpang untuk kembali ke jalan yang betul semula.Tetapi nampakkah kita simpang-simpang tersebut ? Jadi , renung-renunglah kehidupan ini.

Percubaan SPM 2011

Orang beraya aku mengstudy sini sana
9 Subjek penting
Perlu dikuburkan niat mengenjoykan diri
Cukup sekadar mengziarah dan bermaafan

Percubaan SPM 2011 bakal menyerang selepas cuti raya
Degupan DADA sudah berdentum kuat
Tangan sudah mula terkapai-kapai
Kaki dan lutut sudah mula mengeletar-geletar



Oh, mengharapkan keberkatan Tuhan terhadap kami
Semoga kami dipermudahkan segala urusan kelak
Semoga Berjaya Pelajar Tingkatan Lima Batch 2011
Raya-raya jugak , Usha awek sini sana jugak
Buku pun kena usha-usha jugakkan kawan

Leena ALyna : Kejayaan terletak diatas usaha sendiri

Kunci Usaha , Pintu Kejayaan ♥

Pecutan Terakhir 23 Aug pasti aku ingati
Bayangkan 1 semangat , insyaallah muncul dalam diri ini
Setelah Abang Hafiz Hafifi memberi suntikan semangat kepada pelajar-pelajar batch akhir tahun ini
Tingkatan Lima SMK Cheras Jaya


Terasa ingin berkongsi
Tetapi susah untuk diterangkan
Pesanan amat ku ingati
Kata-kata tersemat dihati

[Hanya dua pilihan diberikan dalam hidup , Jalan BAIK dan Jalan SALAH. Apakah Jalan yang bakal kita rempuhi]

Apa pilihan kita
Kita sahaja yang tentukan
Apakah ke jalan salahkah kita?
Apakah ke jalan baikkah kita?
Kita sahaja yang memilih hala tuju sendiri
Tanpa orang lain membantu
Bukan ibu bapa
Bukan rakan-rakan
Bukan cikgu-cikgu
Tetapi kita sendiri!
Kerana ini adalah percaturan hidup yang kita akan tempuhi


[kunci Usaha adalah pembuka pintu KEJAYAAN, tangga TIDAK PUTUS ASA adalah jalan menuju ke pintu KEJAYAAN]

Jika itu yang kami gengam sekarang
Apakah masih sempat untuk kami capai istilah Universiti itu.
Dan mungkinkah itu akan jadi angan-angan dalam hidup

[Tuhan tidak menciptakan manusia itu BODOH, tetapi tuhan menciptakan manusia dengan KEBIJAKSANAAN yang BERBEZA. Sesungguhnnya tiada manusia yang BODOH dalam dunia ini. Melainkan mereka yang memperbodohkan diri sendiri]

Leena ALYna : Sesungguhnya apa yang kita inginkan harus memiliki pelan , sedangkan nak membina rumah perlukan pelan. Apa lagi ingin membina sesuatu kejayaan dalam HIDUP.


Dia dan Dia , Oh L

1 Sebab lelaki suka cerita lain kat belakang
2 Sebab lelaki tak pernah nak bagi harapan untuk mempercayainya
3 Sebab lelaki mendatangkan fobia dalam hidup ?
4 Sebab Sebab aku sendiri tak tahu sebabnya ?


Bila kita mencuba kita terasa hati
Bila kita tengok dia mengatal dengan orang lain
Bila kita pandang dia cuba cerita lain dengan kita
Bila kita cakap dia cuba menangkan diri dia
Bila kita diam kata kita tak ambil tahu
Bila kita bersuara dia suruh jangan sibuk
Bila kita tinggalkan tahu nangis-nangis
Bila kita maafkan dia tak reti hargai
Ehhh , tolonglah apa lagilah yang si lelaki-lelaki nak ni

[Yakinkan aku setelus hati kamu]
Kalau dia tanya kenapa kita sakit hati
Cubalah faham sendiri
Kalau dua minta penjelasan kita diam sebab bengang
Tah apalah yang bermain difikiran dia
Kalau dia suruh kita percaya dia
Kau sendiri tak pernah buktikan  mata kau sibuk padang betina lain
Macam tu yang kau nak
Baik diam daripada bersuara

Leena ALyna : Kalau sayangkan hati , jangan bagi pada orang tak reti memahami. Baik simpan sendiri.

Dia yang Aku Rindu

Aku jumpa dia dijalanan 
Dia lihat , aku diam
Sedih hati mengingati kenangan
Rindu jiwa merinduinya


Lama sudah tidak ku dengar suara 
Lama sudah tidak ku lihat senyuman
Lama sudah tidak ku dengar ketawa
Teringat ketika engkau membantu ku ketika aku susah
Waktu itu ,aku terhutang budi
Saat aku dia dan kau makan satu meja bersama
Rindu ,
Hari ini ku jumpa
Tapi ku terkedu
Maaf ,sumpah ku rindu


[Maafkan saya bro,saya rindukan bro, tapi terasa terkedu hati melihat wajah bro yang sesudah lama leena rindukan.Maafkan leena sebab tidak bersuara dan berdaya untuk menegur]


6 situasi yg akan membuatkan lelaki nangis



  • putus hubungan dengan kekasih
hasil dari kajian mendapati lelaki yg terlalu menyayangi kekasih hatinya pasti akan menangis bila hubungan mereka terpisah. Mahupun si dia yang meminta putus. biasanya lelaki tidak bole menerima hakikat hubungan cinta mereka berakhir diengah jalan, dan tidak diakhiri dengan sebuah perkahwinan. mereka akan menangis dibelakang, gara2 malu dan serba selesa
  • bila jatuh sakit
ade sstengah lelaki yg akan menangis bila jatuh sakit, lebih kronik lagi jika mereka tidak berupaya menjalankan tangungjawab sebagai ketua keluarga juga sebagai suami akibat penyakit yg dihadapi.
  • kehilangan pasangan
ini mungkin antara penyebab utama lelaki tidak bole terus berlagak macho bila pasangan meninggal dunia. bagi lelaki yg tidak dapat menerima hakikat, dukanya amat lama untuk disembuhi.
  •     Tertekan

xkira bebanan kerja, masalah peribadi dan sbgnya..akhirnya air mata lelaki gugur juga. ada juga lelaki yg mengambil jalan singkat mengunjungi kelab malam bg melepaskan tekanan, namun ini bukan jalan penyelesaian yg terbaik.

  • bertengkar dengan pasangan
even quantitynye sebanyak quantity air mate wanita yg mgalir, ade jugak lelaki yg xsanggup melihat pertelingkahan berterusan dalam rumah tangga. lebih memburukkn keadaan apabila si isteri meminta cerai atas perbalahan yg berlaku.
  • melihat anak-anak sakit
sesetengah lelaki tidak dapat menahan perasaan apabila melihat anak2 sakit kronik dan tidak dapat disembuhkan lagi.

Leena ALyna : Seego-ego mereka , mereka masih punya hati dan perasaan. Andai seorang perempuan mampu memahami insan bernama lelaki. Pasti dia seorang yang istimewa namun perempuan tidak mampu sebegitu rupa.

Ego Dengan Perasaan

Ego dengan perasaan
Manusia tidak pernah lepas daripada perasaan EGO
Sudah menjadi lumrah manusiakan?

EGO dalam Kekeluargaan
EGO dalam Persahabatan
EGO dalam Percintaan

Kerana EGO kita akan kehilangan sesuatu yang indah dalam hidup
Seperti aku yang pernah kehilangan perkara yang selama ini aku cari
Namun, ku terus redha

EGO dalam hubungan kekeluargaan
Buatlah ibu dan bapa mu tersenyum semula
Tanpa melihat anaknya menderhaka atau meninggikan suara kepadanya
Pasti tersenyum lebar ibu dan bapa mu



EGO dalam persahabatan
Kepada rakan aku memohon 
hulurlah tanganmu , tolak sekuat tenaga mu buanglah perasaan EGO itu
Semoga suatu hari nanti engkau peroleh kenikmatan PERSAHABATAN itu



EGO dalam percintaan
Ini perkara biasa yang kita lakukan
Oh, awek mahupun pakwe
Kalau tak ada siapa yang mengalah
Memang meletuplah hubungan itu.
So , mengalahlah wahai insan bernama kekasih kalau mahu hubungan itu secantik pelangi secerah matahari

Egokah anda ?
Tepuk dada tanya hati !


: Maaf jika ayat berterabur. Tidak sihat untuk masa ini.

Leena ALyna : Kita tertanya-tanya kemana hilangnya matahari ketika Tuhan turunkan guruh dan hujan. Sedangkan Tuhan telah memberikan pelangi. Untuk kita terus bersyukur dengan nikmatnya.

Takdir Pelbagai , Teruskan

Bila dugaan datang tanpa disedari
Mula diri tercari-cari penyelamatnya
Bagaikan hujan turun tanpa memberi amaran guruh dan kilat
Apakah sempat engkau menyediakan payung berteduh

[Belum sempat aku capai payung. Ia sudah terbang ditiup angin. Alangkah nasib]

Oh Tuhan 
Ku lemah dengan dugaan yang engkau turunkan kepadanya
Apakah hilang bakal keceriaannya yang lalu
Panah menusuk kalbu
Harus aku mencabutnya dengan penuh kesabaran dan ketekunan
Tanpa melukakan kesakitannya

[Sakitnya hidup , penawarnya harus dicari. Usah biarnya pergi]

Ingin aku berpesan kepada yang berkenaan
Ingatlah Tuhan menurunkan dugaan kepada mu
Untuk mengigati mu bahawa DIA Maha Penyayang
Sesungguhnya , DIA menguji mu untuk kamu berfikir sejenak
Apakah ini yang dikatakan perjalanan hidup
Apakah ini segala permainan takdir
Ingatlah , tiada yang indah selain apabila kita berjaya melawan apa juga musibah yang hadir

Leena ALyna : Takdir di dalam dunia mempunyai  pelbagai , ada yang sakit, ada yang indah. Jadi bersyukurlah sekiranya Tuhan memberi kamu takdir yang sedikit senang berbanding yang lain lebih susah. Biarpun payah engkau cuba pertahankan.


Erti Sebuah ♥

Seorang GURLS menanyakan soalan kepada BOYSnya

"Awak saya ni baik tak?"

Lalu si BOYSnya menjawab

"Tak"

GURLS tanya lagi

"Awak nak hidup bersama saya tak BOYS"

BOYSnya menjawab

"Tak'

GURLS masih bertanya lagi

"Awak menangis tak kalau saya tinggalkan awak"

BOYS masih kekal dengan jawapannya sebelum ini

"Tidak"

[Tidak tergambarnya perasaan seorang wanita menerima sesuatu yang indah daripada seorang lelaki tanpa si dia meminta. Kiranya memahamilah dia]

GURLS menangis lalu meninggalkan BOYS , tetapi ditahan BOYSnya
Dengan menatap mata GURLSnya , BOYS berkata

"Sayang , awak tahu. Awak bukan baik tapi terbaik untuk saya.
Awak tahu. Saya tak nak hidup dengan awak. Tapi saya nak hidup untuk awak.
Saya juga tidak akan menangis kalau awak tinggalkan saya. Tetapi saya akan mati bila awak tinggalkan saya.

Leena ALyna : Hargailah , apa yang anda ada. Selagi dia mampu mencelik mata kasar dan mata hatinya. Selagi dia mampu tersenyum dan ketawa melihat segala tingkahmu. Selagi dia masih disisimu.


♥ Takdir , Tidak Dapat Ku Lari

Alhamdulillah
Kenyang perut senang hati ini
Selamat sudah kita berada dibulan ramadhan 
Genap sudah dua minggu
Sujud syukur


Kenyataan manusia tidak akan pernah lari daripada kasih sayang manusia
Suatu ketika dulu
Aku mendoakan tidak akan membuat keputusan
Untuk membiarkan hati ini disakiti lagi

[Aku ingin lari dari berhadapan dengan takdir . Namun takdir sentiasa mengejar .Sungguh ku terima]

Oh namun bergitu
Lagi ku lari Lagi laju engkau mengejar (Cinta)
Oh takdir engkau memang tidak pernah serik menduga setiap hambaNYA
Namun , takdir tidak pernah kalah dan memenangi setiap dugaan
Takdir sentiasa dihadapan
HambaNYA harus menerima dengan redha


[Kalau kita rasa Tuhan telah menurunkan kesusahan kepada kita ,Ingatlah masih ramai yang susah diluar sana]

Oh Tuhan 
Ku berharap ini pilihan terbaik daripada MU
Ku tidak akan sesekali mengecewakan penciptaKU lagi
Syukur Tuhan telah mengurniakanKU hidayah
Alhamdulillah

Leena ALyna : Tuhan kurniakan kaki untuk kita berjalan , Tuhan kurniakan tangan untuk kita memegang , Tuhan kurniakan mata untuk melihat , Tuhan kurniakan telinga untuk mendengar dan Tuhan kurniakan mulut untuk bersuara. Tetapi apakah kita mengunakan segala kurniaanNYA kearah kebaikan. 

Hikmah Tersembunyi , Carilah ♥

Sekali lagi ku redah jalan berhujan
Menemui sahabat kelas di jamuan berbuka puasa


Hujan petang ini sekali lagi menguji kesabaran ku
Tuhan yang satu
Manusia hanya mampu merancang
Sedangkan kita tidak mampu tentukan
Syukur, hanya Tuhan yang Satu




[Orang kata, Tuhan turunkan hujan kerana ada rahmatnya. Tiada hujan Bumi akan panas, Tiada hujan Tanah akan kekeringan. Besarnya rahmatMU Tuhan]

Tidak tergambarnya perasaan seronok hari ini
Namun , ku bahagia melihat rakan-rakan
Mungkin untuk kali ini
Tahun hadapan mampukah lagi kami sebegini
Huh!
Tuhan sahaja yang tahu


Leena ALyna : Sahabat penyeri kehidupan setiap manusia , adakala kita perlukan rakan untuk susah dan senang. Walaupun payah mencari yang terbaik. Namun tugas kita sebagai khalifah di bumi ini. Mencari hikmah tersembunyi dalam kehidupan ini.

Kasih Sahabat , Kasih Teman ♥



[Adakala aku perlukan kaki sendiri untuk belajar sesuatu yang sememangnya aku tak pernah lakukan sendirian]

Tanpa bermotor tetapi menaiki ulat bulu yang bergerak di atas landasannya
Keseorangang meredah jalan-jalan ke Ampang
Rambang habis mata tengok sini , tengok sana
Petang , pulang dalam keadaan basah kuyup bersama abah tersayang
Sedangkan malam ada datting dengan kawan-kawan
Doa selamat sampai je



[Adakala CINTA bukan hanya untuk insan bernama KEKASIH , tetapi juga kepada KAWAN]

Hari ke 12 berpuasa aku diuji ketabahan perasaan dan kesabaran diri
Namun aku tetap gagal mengawalnya
Hanya demi rakan
Aku mengalah , kembali menyatakan kasih sayang aku sebagai seorang sahabat tetap kukuh
Aku memujuk membiarkan dia berfikir
Namun usaha aku tidak sia-sia
Rakan tetap pilihan terpenting buat aku


[Kenangan akan diingati , ketiadaan Atiqah, Afiqah, Dalila, Izzuddin dan Muqri amat dirasai]

Enak berbuka puasa dengan rakan-rakan lama
Walaupun aku adalah orang terakhir yang sampai
Hujan yang sedikit menghalang perancangan kami
Namun diizinkan Tuhan dengan hikmah yang tersirat buat ku
Teruk di marah kawan bila mulut menyatakan tidak akan hadir malam ini
Malah bergurau sahaja
Senyuman terukir diwajah manis kawan ku itu

A : Akhirnya Leena jugak pujuk aku.
B : Tu menunjukkan dia sayang kat kau.
C : Tahu tak pe , sayang tau. Walaupun penat , aku tetap cuba selesaikan masalah. Asalkan kau happy kawan.


Leena ALyna : Apapun yang jadi , saat berkawan di masa remaja adalah yang paling terindah. Biarpun sering bertikam lidah. Hati tetap teguh menyayangi. Terima Kasih Allah. Kurniakan kami teman.


Kasih Sayang ♥



[Aku capai apa yang depan mata, Tidak aku kejar apa yang aku rasa tidak mampu dapatkan]

Seorang cikgu Sivik telah memasuki kelas dan mengajar matapelajaran seperti biasa kepada anak muridnya

Cikgu : Ok semua , hari ini kita akan mempelajari tajuk Kasih Sayang. Buka muka surat 55.


Seorang murid telah bangun dan bertanya kepada gurunya itu.

Murid : Cikgu ! Macam mana nak menilai kasih sayang seseorang pada kita? Dan macam mana nak pilih yang terbaik untuk kita buat kasih sayang kita pada pasangan itu berkekalan?

Cikgu : Mari sini kamu. Cikgu nak kamu ke padang sana. Kamu ikut apa yang saya suruh.  Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. Dah petik rumput yang PALING cantik, bawa ke kelas.
["Love is like a violin. The music may stop now and then, but the strings remain forever"]


Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya.

Cikgu : Hai kamu , kenapa tiada rumput yang dipilih?

PELAJAR : Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. MEmang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada antara yang di belakang saya tadi rumput yang cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.


CIKGU : Ya itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlalu tidak berulang lagi. Sekali terlepas , belum tentu kita ada peluang kedua lagi. Jadi beringatlah. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Walaupun nak diikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi... 

Apabila Allah telah mengurniakan sesuatu yang indah buat kamu.
Pilihlah dia , janganlah kamu mencari yang lebih indah daripada itu.
Kerana mungkin selepas ini ,kamu tidak akan jumpa yang indah sepertinya lagi.


Kalau dulu seorang kekasih mampu memberi madah seperti ini kepada pasangannya. Tetapi akhirnya dia yang meninggalkan pasangannya itu. Apakah kekasih seperti ini hanya pandai bermain kata atau dia masih buta mata hatinya? Huh! Tuhan sahaja yang tahu.

Leena ALyna : Kehidupan bagaikan pelangi , adakalanya indah cahayanya, adakalanya cahaya itu ditutupi awan yang gelap . Kita hanya menunggu kembalinya cahaya pelangi itu untuk menyinari hari-hari kita.


Tiada Yang Sempurna ♥

Tidak akan sekali aku biarkan lelaki menyakiti hati rakan aku
Paksaan aku hari membuahkan hasil
Si rakan jujur bercerita
Terpancar wajah kesedihan yang kononnya disorokkan
Namun aku juga seorang perempuan, kawan
Aku amat memahami apa yang kau rasakan



Amaran peringatan ! 
Wahai lelaki , belajarlah menerima wanita walaupun kekurangannya menyakitkan mata.

Leena Alyna : Kaum lelaki dilahirkan dengan sembilan akal untuk kaum wanita bertujuan membawa kaum wanita ke sudut yang tepat dan betul tetapi kaum wanita bukan minta untuk disakiti mahupun dikecewakan. 

Arah Tujuan Harus Aku Teruskan

Dengar kata hati
Insyaallah , Dia mampu membawa aku ke jalanNYA
Berkat bulan ramadhan 
Aku bermuhasabah diri memohon petunjuk dan hidayah daripadaNYA


Mungkin apa yang terjadi sebelum ini 
Adalah hikmah untuk aku
Kesabaran untuknya
Membuatkan aku lebih cekal dan menjadikan aku seorang yang tabah
Syukur

Biarpun yang menjadi mangsa keadaan seorang yang sempurna hatinya
Tetapi oleh kerana ego aku yang tinggi (Jujur)
Aku buta hati , Aku buta perasaan 
Untuk menilai antara emas dan permata
Sedangkan permata lebih indah daripada emas
Sedangkan emas membuatkan manusia buta kerana nilainya yang besar
Kini aku akan cuba menebus kembali kesalahan ku terhadapnya
Tanpa menipu diri sendiri
[Langkah ku kini kehadapan, tanpa aku menghiraukan sekitar belakangku : 
Semoga jalan ku tidak melencong ke arah yang salah]

Tiada yang lebih baik selain berserah diri kepadaNYA yang SAtu
Terima Kasih Ya Allah , engkau telah memakbulkan doa hamba mu yang lemah ini
Sesungguhnya ,engkau telah membawa aku ke jalanMU dengan membiarkan mereka-mereka meninggaalkan aku ketika lalu
Engkau Yang Maha Pengampun
Aku insan yang lemah memohon kekuatan daripada mu untuk meneruskan hidup ku ini

Leena Alyna : Siapa dia sebelum ini tidak perlu dihiraukan , tetapi siapa dia sekarang haruslah kita menilai dengan sebaik mungkin



Jika Aku Punyai Kuasa

Kesilapan yang lalu hanya mampu ku kenangkan
Hanya mampu aku mengingati
Hanya mampu aku merenungkannya kembali
Jika aku diberi kuasa untuk mengubah semula takdir hidup aku
Akan sekali aku lakukannya
Akan sekali aku elak daripada mengenalinya
Akan sekali aku kembalikannya disisi semula
Akan sekali aku sayanginya semula
Akan sekali aku berikan kebahagiaan kepada wajah kesedihan
Akan sekali aku membahagiakan hati yang kecewa
Namun itu adalah angan-angan manusia yang lemah seperti ku ini
Itu tidak sama sekali akan berlaku
Ku pujuk diri sendiri
Usah menyesali segala yang berlalu
Teruskan hidup mu
Terima segala takdir itu
Ubah semula takdir itu sendiri dengan nikmat dan kurniaan yang Tuhan telah berikan
Mengharapkan ada hikmah yang akan memberikan aku kekuatan dan ketabahan semula

Leena Alyna : Lupa di kepala , lekat kekal dihati sampai mati.

♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...