Mereka Teristimewa ♥


Mari Berkongsi kisah Leena dengan soalan-soalan panas rakan-rakan.
[Sebelum tu. kasi tunjuk gigi kamu semua]
"Jawab semua soalan ok, u dah janji.Kalau mungkir munafik tau"
_____________________________
1. Nur Izzati (2 Tahun)
Seorang kawan yang mempunyai daya tarikan memandang yang memukau! wauuu! hehe.

 Kau ceritakan tentang hati dan kehidupan kau?
Leena: Agak blur dengan soalan ini. Maybe maksud cik Z ni kehidupan aku sekarangkan? Ok, staraight to the point.Kehidupan aku still macam biasa, masih tersenyum,tidak menangis. Enjoy dengan kawan-kawan.Walaupun adakalanya,bencana datang tanpa amaran.Tapi, aku tak nak jatuh sebab takdir aku yang agak membebankan tapi bagi aku, aku akan anggap apa yang jadi dengan aku adalah dugaan kecil. Masih ramai yang mempunyai bebanan yang lebih berat dari aku.Masih panjang kehidupan aku untuk diteruskan. Jadi if korang tengok aku sedih-sedih kasi ketuk ini kepala ok? :). Berkenaan dengan hati,wahhhh! hati aku macam inilah. Kejap kecil kejap besar sudah lama tak center ma... :D
_____________________________
2. Ijlali Husna (10 Tahun)
Seorang bff terhebat. Pahit getir aku tersimpan ketat didirinya.Terima Kasih kawan.

a) Apa benda pelik yang pernah kau dapat?
Leena: Dua ekor kura-kura untuk dibela sebagai hadiah birthday daripada seorang rakan istimewa walaupun dia dah hilang daripada pandangan mata. :)

b) Pernah couple berapa kali?
Leena: 7-9 kali. hehe

c) Apa ciri-ciri lelaki idaman?
Leena: Soalan panas! Suka-suka. Okey, simple je pilihan aku. First, lelaki yang jujur bukan kaki kelentong, understanding person, terima seadanya aku, dia hormat cara aku aku hormat cara dia, open minded, yang akhir sekali dia berjaya mencairkan si keras hati dan si keras kepala ini. Hehe. That why, korang pun tahu aku macam manakan? :)

d) Apa pendapat kau tentang cinta dan persahabatan. Yang mana lebih kekal lama?
Leena: Soalan Panas! Cinta itu indah tapi ada duri yang tajam dan memiliki racun berbisa.
Persahabatan itu indah tapi punyai banyak drama bersiri yang membuat kita berfikir yang mana kawan dan yang mana lawan. Pilihan aku adalah persahabatan yang mampu bertahan lama jika masih mempunyai persefahaman yang terbaik. Tapi harus hati-hati dengan duri dalam daging.

e) Warna yang menjadi kegemaran ketika dulu?
Leena: Soalan mengenakan akulah ni,kawan-kawan aku pun tak pernah tahu hal ni. hehe. aku pernah obses dengan warna pink dulu. Jambu gila aku meyhh. Percaya tak percaya dulu segala pilihan aku warna pink. Sumpah kelakar. Now, pilihan aku black colour. Jauh menyimpang sudah. :)

f) Cara menangani perasaan sunyi?
Leena: Cara aku senang, buat satu perkara yang menjadi minat kita. Habiskan masa dengan kawan-kawan. Relek dan amalkan beriadah.Untuk aktiviti riadah aku banyak menhabiskan masa sendirian untuk mengosongkan fikiran dan melapangkan ruang-ruang sempit di hati aku. :)

g) Apa benda yang selama ini kau nakkan tapi tak kesampaian?
Leena: Kasih Sayang Seseorang :)
_____________________________
3. Abdul Azim (4 bulan)
Seorang yang mengagumi aku, bakal rakan kongsi aku, :)
Bagaimanakah miss leena mampu untuk membahagikan masa antara kehidupan seharian sebagai calon SPM 2011 dan dunia blogging dengan baik sekali kerana saya tahu bukan calang-calang orang mampu melakukannya kebanyakan terpaksa menangguhkan dulu aktiviti blogging mereka sehingga habis exam. Adakah ini yang dikatakna minat mengatasi segala-galannya?
Leena: Minat gila dengan soalan azim ni, nak memblogging tak ada salahnya bagi kami pelajar SPM. Kadang-kadang di blog juga adalah tempat dimana kami meluah perasaan dan melepas stress. Seperti leena sendiri, wujudnya blog leena yang ketiga ini adalah kerana leena tak boleh berengang dengan blogging.Lepas delete,mesti buat baru lagi. Gatal tangan ni.:)Malah, disinilah juga tempat Leena berkongsi rahsia dan perasaan.  Blogging tetap blogging tetapi masih ada sesi pembelajaran dirumah . Ya! bagi diri leena inilah yang dikatakan minat. Adakalanya leena banyak menghabiskan masa mengadap blog ni,manakan tidaknya. Leena memang minat dengan benda-benda macam ni.Sampai satu ketika teruk dimarah bonda tersayang :)
_____________________________
4. Zahura (2 Tahun)
The best friendlah, teman gila-gila. Tempat berkongsi cerita.

a) Kat mana tempat kau akan pergi masa kau sedih dan untuk tenangkan diri sorang-sorang?
Leena: Rahsia diselongkar sudah, mesti jawabkan?:D Ermm, 2 tempat kegemaran aku. Taman Bukit Jalil dan Taman Tasik Permaisuri. Biar jauh,asal aku dapat tenangkan fikiran yang bercelaru.

b) Kau suka kawan dengan aku?
Leena: Mestilah suka,kalau tak suka.Aku dah lari jauh-jauh.Kau memahami orangnya. Sebenarnya kita ni sekepala. Cuma belum ada rezeki nak tahu je.

c) Kau ada benda tak puas hati dengan aku tak dari dulu sampai sekarang?
Leena: Mari aku berfikir sekejap,ummmmm, tak adalah sayang. Don't worry,aku diam.Aku tak simpan apa-apalah.
_____________________________
5. Siti Zuraidah (8 Tahun)
Teman pernah kehilangan dulu,kini persahabatan kami bersatu kembali. :)

Saya nak tahu bila awak nak couple?
Leena: Uppppss! panas-panas! hehehe, suatu hari nanti. Tak tahu bila, hanya menanti hadirnya hari tersebut. :)
_____________________________
6. M.Shafiq Haikal (4 Tahun)
Dia mengenalkan aku dengan kehidupan. Suatu memori. Seorang yang understanding.

a) Borang tender ada lagi tak?
Leena: Hahaha! sengal kamu. Selagi aku hidup borang tu takkan pernah habislah bro.:)

b) Masih ada perasaan tak puas hati dengan aku?
Leena: Tidak sama sekali. Jika ada, aku dah berhenti berhubung dengan kau. Tapi sedikit perasaan jeles bagai tu banyak gilalah.haha. :D Bukan kau tak kenal cik Leena ini.
_____________________________
7. Ahmad Fikri (3 Tahun)
Teman terhebat, seronok berkongsi cerita dengan dia.

a) Siapa awak 10 tahun nanti?
Leena: Sudah menjangkau 27 tahun, insyallah sudah mempunyai keluarga. Sudah berjaya mencapai cita-cita.
b) Masih membenci istilah cinta?
Leena: Cinta tak ada salahnya harus dibenci,tapi orang yang tidak menggunakan cinta itu sebagai sesuatu yang berharga harus dibenci. :) Tidak akan sama sekali. Cinta itu indah.Keindahan cinta harus diukir dengan cantiknya oleh pasangan supaya menjadi indah.

c) Sampai bila awak nak memendam rasa kecewa itu?
Leena: Indah betul soalan itu, saya hanya manusia biasa yang sentiasa kecewa.Sampai bila ia harus reda,biarlah Tuhan yang menentukannya.
_____________________________
8. Nur Faizah (5 Tahun)
Rakan yang suka sangat berahsia,daripada raut wajah aku dah nampak segalanya.

a) Sehari biasa kau makan nasi berapa kali tambah?
Leena: Haha! ni nak perli aku ke? :P paling banyak pun 2 kali je la. Dah memadai kot.Kalau nampak badan aku dah naik, aku kurang makan nasi tapi banyak makan makanan ringan.

b) Kawan-kawan yang kau sayang? 3 orang je.
Leena: Tak naklah jawab soalan ni. kang ada pulak terasa hati. Tapi, aku terpaksa jugak jawab. Mereka haruslah seorang yang:
1. Kawan yang memahami
2. Kawan yang bukan kaki gosip belakang-belakang
3. Kawan yang tak menyakitkan hati
hehe, OK, semua aku sayang ok.itu je lah aku boleh jawab. Aku tak nak ada yang terasa hati dengan jawapan aku nanti.Apa yang penting, korang yang surport aku untuk post kali nilah paling aku sayang. ;)

Leena Alyna: yang teristimewa menjadi pilihan hati aku. Terima kasih teman terbaik. Sumpah aku terharu. [SENYUM]

♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...