Kecewa Bukan Istilah Penamat Hidup

Nyenyak keadaan ku terbaring atas katil empuk ini
Tersentak dengan panggilan handphone Nokia yang tersimpan kemas dalam almari
Berhabuk sudah [Tunjuk Gigi]


Setelah menekan keypack berwarna hijau
Sedikit demi sedikit tangisan seorang perempuan kedengaran
Tertera aku lihat nama yang harus aku rahsiakan
Kawan baik ku menangis menyatakan apa yang berlaku dalam sebaris ayat


1: "Na.......... aku dah clash gan ****(Nama harus disembunyikan seketika)."
2: "hah?ermmmm. . kau jumpa dia tadi?"
1: "Jumpa,pas tu... petang tadi... (tangisan makin kuat kedengaran dipanggilan) esok aku cerita dengan kau"
2: "Ok, jangan nangis daaa... bye"


[Tak perlulah dihairankan jika dulu I LOVE YOU, tapi kini I HATE YOU yang keluar daripada mulut si dia]

Huh! mengeluh panjang aku setelah mematikan panggilan itu.
Ini membuatkan aku kembali ke 6 bulan lepas.
Perpisahan yang tak pernah disangka-sangka berlaku.
Hadir juga menyerang hubungan yang penat aku cuba pertahankannya tetapi kerana sikap egoisnya.
Sampai situlah hubungan berakhir.
Tetapi inilah yang dikatakan cinta tidak dihargai.

[Ada Ketika Bila Kehilangan Orang Tersayang, Engkau Bagaikan Hilang Arah Bukan. Jadi Jangan Biarkan Anda Kehilangan Arah Lagi. Teruskan ke Hadapan]

Keesokkan harinya, aku hanya melihat mata lebam si rakan aku yang sudah menampakkan segala kekecewaannya disebabkan insan yang tak pandai menghargai.
Seorang agi perempuan di dalam dunia ini teah patah hatinya.
Aku hanya mempu memujuk hati yang sedang lara itu.
Memberi sokongan jiwa dan kekuatan semangat padanya.

Air matanya yang jatuh membuat aku terkenang akan peristiwa pahit yang lalu
"Beginilah keadaan aku semasa itu, malah lebih teruk lagi." Detik si hati.
Ketika itu tiada istilah bersuara, malah ibu bapa aku pun terdiam dengan tingkah laku yang hanya berkurung diri seorang diri tanpa mengucap sepatah kata.
Malah menjadi penipuan jika aku tak pernah menangis ketika itu.
Sudah! Disini cukup mengenangkannya.


against feelings
(Melawan Perasaan)

Hanya dengan memujuk hati dengan memperkuatkan prinsip diatas aku berjaya kalahkan perasaan kecewa yang kejam itu. Akhirnya aku kembali meneruskan hidup aku seperti biasa. Bagi aku tuhan tak pernah mengecewakan perasaan hati hambanya, melainkan ingin mengajar diri hambanya mengenali kehidupan sebenar yang harus dilalui oleh semua manusia dalam dunia ini. Cuma mungkin mereka tidak ditakdirkan sama seperti takdir kita. Tetapi mereka diberi dugaan yang lain malah lebih teruk daripada kita. Rehatkan diri anda sebentar, renungkan semula bahawa Tuhan menjadikan ini kerana ada takdir yang lebih baik menanti kita. Ingatlah masih ada ramai lagi orang yang lebih susah diluar sana.

Leena Alyna : Dugaan mengajar kita erti ketabahan dan kesabaran. Belajarlah menerima kenyataan, redha dengan segala ketentuannya.

♥ Story Morry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...